Misi Diet

641 25 0
                                    


Aazad meletakkan sekeping kertas diatas mejanya. Aku membaca isi kandungan didalam kertas itu dengan teliti. Berkerut - kerut dahiku sebaik membaca jadual permakanan dan rutin senaman yang dibuat oleh Aazad untuk ku itu. Yelaa, semua makanan disukat! Nasi dapat makan dalam seminggu dua kali je! Kita ni perut melayu..mana boleh tak makan nasik oi!.

'Doktor..biar betul. Macam susah je nak buat,' keluhku.

'Awak kata nak kurus. Jadi, displinkan diri awak tu untuk ikut jadual makanan dan senaman awak ni. Awak kena janji dengan saya..kalau tak..,' Aazad memandangku dengan pandangan tajam.

'Kalau tak?,'

'Awak pergi cari doktor lain. Saya tak nak tolong awak,'

'Yelaa..yelaa..saya janji,' kataku sambil mencebik. Aishhh.

Aazad tersenyum memandangku. Kemudian, Aazad bangun dan membuka kot putihnya lalu disangkut di tempat penyangkut.

'Jom,'

'Nak pergi mana?,' tanyaku dengan dahi berkerut.

***

Sejak dari itu, hidupku mula berubah. Setiap hari sebaik sahaja kuliah ku tamat, Aazad akan memastikan aku meluangkan masa bersamanya untuk pergi bersenam. Kadang - kadang Aazad akan membawaku bersenam di gym dan kadang - kadang kami akan berjoging serta bersenam di taman. Ada kalanya juga aku terpaksa bersenam seorang diri apabila Aazad perlu bertugas. Setiap minggu, Aazad akan menimbang berat badan, jumlah air dalam badan, kalori dan memeriksa tahap kesihatanku. Ada juga kalanya, aku benar - benar rasa berputus asa untuk meneruskan semua ini. Yelaa, bukan senang tau nak hilangkan lemak walaupun sekilo je! Arghhh menyesal tak jaga badan dari dulu! Tapi disebabkan Aazad yang bersungguh - sungguh untuk membantu diriku, aku menjadi semangat semula. Yelaa, dahlah tolong free..tak minta bayaran pun. Mula - mula aku memang nak bayar tapi dia tak nak. Katanya, anggap je dia buat charity. Hishh..ayat sama macam si Bad tu!. Semua lelaki memang macam tu ke? Suka buat charity?!.

Aazad menghulurkan sebotol air mineral kepadaku ketika kami sedang duduk berehat dihadapan tasik yang terdapat didalam kawasan taman.

'Terima kasih doktor,' kataku sambil mengapai botol itu dari tangan Aazad lalu dengan pantas meneguk airnya.

Aazad tiba - tiba mengeluh.

'Hani..berapa kali saya nak cakap? Jangan la panggil saya doktor..panggil Aazad je,'

'Saya tak selesa la panggil Aazad je,'

'Saya pulak tak selesa bila awak panggil saya doktor. Kita bukannya dekat klinik pun,'

'Tapi..tak biasalah,'

'Kalau tak biasa, biasakanlah,'

'Yelaa..yelaa,'

Aazad hanya ketawa kecil melihat wajah cemberutku.
Dan kemudian, wajahnya berubah serius semula.

'Hani..boleh saya tanya sikit?,'

'Boleh..tanya banyak pon boleh,' selorohku sambil tersenyum.

'Apa yang merangsang awak untuk kurus erk?,'

'Emmm..sebab ada sorang lelaki ni nak bagi saya 5000 kalau saya kurus,' jawabku. Malaslah nak menipu.

'Biar betul? Baik betul hati dia. Boyfriend awak ke?,' berkerut - kerut dahi Aazad memandang kearahku.

'Ehh tak ada la, siapalah nak kat saya yang gemuk ni,' kataku sambil menundukkan wajahku. Tak sanggup mahu memandang wajah Aazad ketika aku mengungkapkan kata - kata itu.

'Hani, cinta tak perlu diukur dengan rupa paras. Bagi saya, tak kisahlah perempuan tu gemuk ke, kurus ke, cantik ataupun tidak..tapi kalau hati dia ikhlas cintakan saya, benda tu semua dah tak penting. Hati yang ikhlas mampu mengatasi semua kekurangan yang ada. Saya rasa, awak lebih berhak dapat lelaki yang lebih baik dari dia Hani,'

Terbeliak mataku mendengarkan kata - kata Aazad itu.

'Lebih berhak dari dia? Siapa dia?,'

'Lelaki yang offer awak tu la. Cuba awak fikir kenapa dia buat macam tu?,'

'Entahlah, mungkin dia rasa saya takkan ambil serius dengan tawaran dia,'

'Itu satu..dan satu lagi mungkin jugak dia suka awak tapi dia nak awak kurus dulu. Baru dia rasa awak sesuai dengan dia,' jelas Aazad sambil memandang tepat kearahku. Ada logiknya juga kata - kata Aazad itu tapi..abaikan je lah. Si Bad tu ingat aku nak ke kat dia?! Boleh pergi mam la.

Serentak dengan itu, Aazad bangun dari kedudukan nya dan terus melangkah pergi meninggalkan aku seorang diri yang terpinga - pinga memandang kearahnya yang kian menjauh itu. Pelik!.

Kontrak (Completed)Where stories live. Discover now