Aku berjalan mundar - mandir dihadapan klinik Aazad. Hampir setiap hari aku akan datang ke sini menanti kehadirannya walaupun ternyata usahaku itu hanya sia - sia.Dah move on konon! Apa lah kau buat ni Hani?!. Dah setahun Hani! Wake up lah!
Aku hanya mampu mengeluh. Sesekali beberapa orang jururawat yang keluar masuk ke klinik hanya tersenyum memandang ke arahku. Aku tahu dorang mesti fikir aku ni gila. Ya memang aku gila! Gila dan lembab sebab tak sedar tentang perasaan Aazad terhadap diriku selama ini. Haishhh..Aazad tu pun satu hal, bagitahu je lah yang dia suka aku..tak payah pakai ayat ikhlas tu semua. Aku bukannya faham!. Aku faham pun sebab Tania yang terangkan dekat aku lepas aku cerita pada dia tentang kata - kata Aazad itu. Ishh..stress!.
Kegilaan ku terhenti sebaik terlihat satu kelibat yang sangat aku kenali sedang melangkah masuk ke dalam klinik itu.
Tiba - tiba aku jadi sesak nafas.
Jantungku berdegup kencang.
Suasana disekelilingku seperti terhenti.
Air mataku mula mengalir keluar.
Aku menampar pipi kiri dan kanan ku untuk memastikan ini semua bukan mimpi. Tetapi ternyata aku masih belum buta untuk melihat lelaki yang ku lihat adalah lelaki yang aku cari selama ini. AAZAD!.Tanpa berlengah aku terus berlari untuk mendapatkan Aazad tanpa melihat ke kiri dan kanan. Peduli apa aku! Yang aku peduli sekarang hanyalah Aazad!. Namun, malang tidak berbau apabila kaki ku tersandung lalu aku terjatuh terjelopok diatas lantai betul - betul di hadapan pintu masuk klinik.
Aduhai malu sungguh!!.Semua orang yang berada di dalam klinik itu memandang ku dengan penuh tanda tanya. Ada juga yang cuba menahan tawa mereka terutama sekali dua orang jururawat yang berada di kaunter klinik itu. Yelaa, dorangkan ingat aku gila!.
'Cik ok?,' sapa seorang lelaki.
Aku mengangkat wajah dan terpaku seketika sebaik menyedari Aazad berada betul - betul di hadapanku.
Macam mimpi oi!.
Aazad yang baru menyedari akan diriku terus tersenyum.'Hani! Long time no see..,' kata Aazad dengan senyuman manisnya yang mampu mencairkan semua hati wanita yang memandangnya termasuklah dua orang jururawat yang dari tadi asyik jadi pemerhati dan wajah mereka sedikit berubah sebaik mendapati yang Aazad mengenali diriku. Hahaha!.
Tidak semena - mena air mataku gugur lagi tapi kali ini pakej sekali dengan esakan kuat. Terkejut Aazad melihat keadaan ku itu.
'Kenapa nangis ni Hani?,' soal Aazad sambil menepuk - nepuk lembut bahuku.
Aku hanya mengeleng sambil menutup mukaku menggunakan tangan.
Malu wei! Kat sini jugaklah aku nak menangis pun! Ishh!.*****
Aku hanya memerhati Aazad yang sedang meletakkan ubat diatas kaki ku yang sedikit terluka akibat jatuh sebentar tadi. Ishh macam terkena sumpahan! Dulu pun pertama kali jumpa Aazad kaki aku luka..haishh.
'Awak sihat?,' aku memulakan bicara apabila aku menyedari yang Aazad hanya mendiamkan diri dan aku dapat rasakan yang Aazad seperti berasa tidak selesa berhadapan dengan diriku sekarang.
'Ha? Emm..sihat. Awak?,' katanya tanpa memandangku.
'Sihat,'
Kemudian, suasana menjadi sepi kembali.
'Ok, dah siap,' kata Aazad sambil bangun dari kedudukannya lalu menyimpan peralatan perubatannya diatas meja.
Dan barulah Aazad berani memandang kearahku dan wajahnya nampak sedikit matang berbanding sebelum ini. Padahal bukan lama mana pun dia menghilang..setahun je. Jangan nak over Hani!.
'Asal awak nampak kurus sangat ni?,' soal Aazad dengan wajah berkerut. Yelaa, Aazad manalah aku tak kurus kalau setiap hari fikirkan pasal kau je! Nak fikir pasal makan pun tak sempat tau!.
'Emm..tak ada lah biasa je,'
'Jangan taksub sangat nak kurus, jaga jugak kesihatan,'
Sakit hati betul aku dengar!.
'Taklah mana ada saya taksub sangat nak kurus. Mungkin sebab saya busy, nak final kan,'
'Ohh..so macam mana life sekarang? Awak...dengan Bad macam mana?Ok?,'
'Ha? Sa..saya dengan Bad?,' berkerut - kerut dahi aku. Apehal pulak aku dengan Bad?!.
'Yelaa..,'
'Saya..,' aku tidak dapat menghabiskan kata - kataku sebaik pintu bilik dibuka dari luar dan muncul kelibat seorang budak kecil lelaki meluru kearah Aazad sambil diikuti oleh seorang wanita cantik.
'Ali! Kan mummy cakap ketuk pintu dulu baru masuk!,' marah wanita itu kepada anaknya.
Budak kecil yang dikenali sebagai Ali itu sudah berada di dalam dakapan Aazad yang kelihat begitu gembira sekali.
Aku hanya memandang mereka dengan wajah pelik dan curiga.'Papa! Jom makan ais krim!,'
Whaattttt?! PAPA??!!!!
Tiba - tiba sahaja aku dapat merasakan api kemarahan ku naik secara mendadak.
SETAHUN AKU CARIK KAU! SETAHUN AKU TUNGGU KAU MACAM ORANG GILA! TAHU - TAHU JE KAU DAH ADA ANAK?!ARGHHHH!.Aku terus berdiri sambil mengengam penumbuk.
'Aakuu..gerak..dulu,'
Aazad memandangku pelik. Mungkin sebab penggunaan ayat 'aku' tu..yelaa, sebelum ni mana pernah beraku dengan dia.
'Eh, Hani saya hantar awak balik la,'
'Oh, ni ke Hani? Yang abang selalu cerita tu yer?,' sampuk wanita cantik itu.
ABANG??!! PERHH..BERNANAH TELINGA AKU DENGAR!.
Kenapalah aku bodoh sangat? Kenapalah aku tak siasat dan selidik dulu siapa diri Aazad yang sebenar sewaktu Aazad membantu aku dahulu?! Aku rasa akulah manusia paling bodoh dalam dunia ni!.
Sebelum aku penumbuk muka si Aazad ni baik aku blah!. Lalu dengan pantas..aku terus melangkah pergi tanpa menghiraukan Aazad yang memanggil - manggil namaku.SAMPAI HATI DIA TIPU AKU!
YOU ARE READING
Kontrak (Completed)
RomanceBad mencabar Hani untuk kuruskan badan dalam masa 5 bulan!. Bad dan Hani bersetuju untuk mengikat kontrak. Syarat - syarat kontrak : 1) Hani perlu turunkan berat badan dalam masa 5 bulan 2) Hani dapat rm5000 dari Bad bila dah kurus. Macam mana Hani...