Aazad

645 27 0
                                    

Hari ni aku bertekad mahu berjoging..HAHAHAHA.
Aku memerhatikan keadaan di sekeliling taman. Ramai juga manusia yang datang beriadah. Yelaa, nama pun taman..mesti lah ramai orang!.
Malu jugak lah nak berjoging, takut ada yang nak termuntah bila tengok si gemok berlari - lari. Aishhh..tak boleh jadi ni kena buat jugak! Lantaklah apa orang nak cakap!.

Aku meneruskan langkahku tanpa mempedulikan orang disekeliling sehinggalah aku terlanggar seorang lelaki yang datang dari arah bertentangan denganku. Tu lah tak pedulikan sangat orang dekat sekeliling, sampai tak tengok kiri kanan.huhh.
Aku jatuh terjelopok diatas rumput. Fuhh..nasib baik tak jatuh tersembam!.

'Cik ok?,' tanya lelaki itu sambil menghulurkan tangan kanannya untuk membantu diriku bangun.

Aku mengangguk sambil menundukkan wajahku. Yelaa, malu wei! Dah lah lelaki itu hensem teeeeruuukk!!! Mana nak letak muka ni?!! Aduhhh!.

'Cik?,' panggil lelaki itu lagi apabila melihat tiada sebarang respon daripadaku.

'Ok, saya bo..boleh..ban..gun sendiri,' tapi kata - kataku hanya sia - sia apabila lelaki itu sudah terlebih dahulu menarik tanganku untuk bangun dari kedudukan ku sekarang. Tetapi tidak semena - mena aku menjerit kesakitan.

'Kenapa cik?!,' tanya lelaki itu dengan wajah panik sambil memegang bahuku.

'Sssaa..saakit,' kesakitan yang teramat sangat membelengu diriku yang datangnya dari pergelangan kaki kiriku. Aduhh..ni mesti terseliuh! Arghh!.

****

Aku menunggu di bilik doktor di sebuah klinik sambil melihat keadaan sekeliling. Lelaki misteri tadi tiba - tiba sahaja membawa ku ke sini tanpa memperkenalkan dirinya. Mungkin dia doktor kot. Kemudian, aku terbaca suatu poster yang dilekatkan di dinding bilik itu tentang bahayanya kegemukan yang melampau atau obesiti kepada manusia. Aku mula khuatir membaca apa yang ditulis diatas poster itu : obesiti meningkatkan serangan jantung, Arthritis (sakit sendi), tekanan darah tinggi, Diabetis, Strok, Vena Varikos (urat bersimpul) dan lain - lain.
Tapi bila fikir balik, alhamdulillah setakat ni aku tidak mengalami simptom - simptom tersebut tapi takut jugaklah kalau terkena..baik aku diet cepat!.

Lamunan ku terhenti sebaik lelaki misteri tadi masuk ke dalam bilik sambil membawa beberapa alatan kecemasan. Lalu lelaki itu duduk disebelahku sambil mengangkat kaki kiriku dan letakkannya diatas pehanya tanpa meminta keizinanku terlebih dahulu. Gila!.

'Eh, Encik nak buat apa ni?!,' tanyaku dengan wajah panik.

'Saya..nak letak ubat kat kaki awak la. Ada luka sikit ni,' jawab lelaki itu dengan selamba.

'Tapi doktor kan ada. Encik tak payahlah susah - susah,'

'Apa pulak susah..awak kan pesakit saya,'

'Pesakit?,' Aku mula hairan dengan lelaki itu.

'Ya, pesakit,' jawabnya sambil membelek - belek kaki kiriku.

'Saya doktor Aazad,' jawab lelaki itu tanpa dipinta dan serentak dengan itu aku mengerang kesakitan sebaik doktor Aazad yang kacak lagi bergaya itu mula menyapu ubat di kaki kiriku.

'Sorry..,' kata Aazad lagi.

Aku hanya mampu mendiamkan diri. Tiba - tiba je jantung ni berdegup kencang. Apesal la hensem sangat kau ni doktor?!.

'Nama awak?,'

'Ha?..emm.. Hani..Hani Fatin,' jawabku sambil menahan kesakitan.

Aazad hanya mengangguk - anggukan kepalanya.
Kemudian, keadaan menjadi sunyi sepi. Aku memandang ke sekeliling untuk menghilangkan rasa gugup yang sudah tidak dapat dibendung lagi. Kemudian, mataku tertacap pada poster tentang bahayanya obesiti sebentar tadi.
Suatu akal fikiran terbit dimindaku. Aku memandang doktor kacak dihadapanku dan kemudian memandang semula kearah poster itu silih berganti.

'Doktor, boleh tolong saya tak?,'

Kontrak (Completed)Where stories live. Discover now