Aazad masuk ke bilik tidurnya dan merebahkan diri diatas sofa.Aazad memegang kepalanya.
'Hani, betul – betul dah jatuh cinta pada doktor sampai dia sanggup tunggu doktor. Hani banyak terseksa. Dia cuba cari doktor tapi gagal….’ Terngiang – ngiang kata – kata Tania siang tadi sehingga membuatkan Aazad tersenyum seorang diri.Tiba – tiba seorang wanita datang dan meletakkan secawan teh diatas meja..
‘Minum la teh hijau ni. Boleh tolong hilangkan stress tu’.
Azaad cuma tersenyum memandang wanita itu.
‘Ni dah kenapa abang asyik tersenyum je ni?.’
‘Abang senyum sebab abang tengah bahagia.’
‘Hei…pelik la abang ni. Sejak balik sini, Rina rasa kepala abang ni dah mereng kot.’
Aazaad tersenyum lagi.
‘Dah la…Rina nak tidur dulu. Bye.’
‘Bye.’ sambil tersenyum lagi.
********
Aku sedang menulis sesuatu di dalam sebuah buku. Tiba – tiba seseorang menghulurkan sejambak bunga ros merah di hadapan mukaku.
Aku hanya mengeluh memandang bunga itu.
‘Bad, berapa kali aku nak cakap?. Dah – dah la bagi bunga kat aku.’
‘Kenapa?.’
‘Sebab..aku sayang Aaz..’
Aku mengeluh lagi.
‘Sayang Aazad?. Banyak mana sayang kat Aazad?.’
Tanpa berlengah, aku terus menoleh untuk memandang Bad tetapi tanggapanku ternyata meleset kerana lelaki yang berdiri di belakangku bukanlah Bad tetapi Aazad. Aku terus berdiri menghadapnya.
Aazad tersenyum memandangku. Aku cuba tidak endahkan pandangan itu tetapi ternyata aku tidak berjaya sama sekali.
‘Maaf sebab terpaksa buat awak tunggu,' Kata Aazad sambil memegang bahuku.
Aku menolak Aazad. Aazad cuma ketawa kecil melihat ku.
Kemudian, Aazad mengeluarkan sekeping gambar dari dalam dompetnya. Aku melihat gambar Aazad bersama wanita dan budak kecil yang aku jumpa tempoh hari bersama sepasangan orang tua.
‘Yang ni parents saya. Yang perempuan ni adik bongsu saya dan budak kecil ni anak adik saya merangkap anak sedara saya.’ Sambil menunjukkan dengan jari.
Aku terpaku mendengar kata – kata Aazad.
‘Saya minta maaf sebab pergi tak bagitahu awak dulu. Saya tak sangka awak akan tunggu saya.’
Air mataku hampir – hampir mengalir.
‘Adik saya tu kahwin dengan mat salleh dan menetap kat London tapi di sebabkan dia mengalami masalah dengan suami dia jadi saya terpaksa pergi sana untuk tolong dia memandangkan parents kami dah buang dia sebab tak suka dia kahwin dengan mat salleh. Saya pergi sana pun tanpa pengetahuan orang tua saya. Lepas adik saya bercerai, adik saya hampir jadi gila sebab tu saya tak balik. Saya duduk dekat sana sementara waktu untuk pulihkan adik saya dan Alhamdulillah dengan izin Allah selapas setahun lebih dapatkan rawatan akhirnya adik saya sembuh. Bila adik saya dah sihat, saya terus bawak dia balik Malaysia dan bagitahu semuanya pada parents kami dan nasib baik parents kami terbuka hati untuk terima dia balik.’
Aku terdiam mendengar kata – kata Aazad.
‘Dan Ali tu la anak dia. Memang sejak dari Ali umur dua tahun, dia dah start panggil saya papa dan sampai sekarang dia dah terbiasa panggil macam tu. Jadi saya biarkan je la. Tapi tak sangka pulak ada orang salah faham tanpa sempat saya nak jelaskan apa – apa pun.’
Air mataku terus mengalir laju.
‘Jadi, lepas awak hantar saya pergi daftar nama untuk sem baru tu, awak terus pergi London ke?.’
Aazad mengangguk sambil tersenyum. Aku tidak mampu lagi untuk menahan bebanan rinduku terhadap Aazad. Aku terus memeluk Aazad sekuat hatiku.
‘Maaf..saya…’
‘Dah la..awak tak buat salah apa – apa pun pada saya. Cuma saya nak minta satu je dari awak. Lepas ni, kalau ada apa – apa yang awak curiga tentang saya, awak terus tanya saya. Jangan simpan dalam hati awak sampai awak buat andaian yang bukan – bukan. Ok?.’ Kata Aazad sambil membelai lembut rambutku.
‘Ok!.’ Kataku sambil menahan tangisan yang semakin laju ingin keluar.
THE END
YOU ARE READING
Kontrak (Completed)
RomanceBad mencabar Hani untuk kuruskan badan dalam masa 5 bulan!. Bad dan Hani bersetuju untuk mengikat kontrak. Syarat - syarat kontrak : 1) Hani perlu turunkan berat badan dalam masa 5 bulan 2) Hani dapat rm5000 dari Bad bila dah kurus. Macam mana Hani...