3 bulan kemudian...
Kelihatan suasana di kolej kembali bernyawa sebaik sesi pembelajaran untuk semester baru telah bermula. Ramai para pelajar yang hadir untuk mendaftarkan diri masing - masing.
Aku berjalan masuk ke dewan pendaftaran dengan penuh bergaya dan seksi. Dari jauh, Aazad yang turut datang menemaniku hanya memandangku dengan senyuman manisnya. Mungkin berasa bangga dengan kejayaanku yang telah berjaya menurunkan berat badan dari 100kg hingga 45kg. Kau rasa?! Hanya dalam masa 5 bulan! Semuanya atas bantuan Aazad.
Semua orang yang berada di dewan ketika itu memandangku dengan wajah terpesona. HAHAHAHA. Mana Bad?! Aku nak tuntut 5000 aku!.Bad hampir - hampir melelehkan air liurnya sebaik memandangku.
'Mana 5000 aku?,' soalku dengan gaya berlagak. Tania yang turut memerhati dari jauh hanya ketawa kecil melihat reaksi Bad ketika itu. Selain Aazad, Tania turut memainkan peranan dalam menjayakan misi kurusku. Yelaa, kalau dia nampak je aku mula tak ikut jadual yang Aazad bagi..habis satu muka surat laporan dia bagi dekat Aazad. Lepas tu, habislah aku kena denda. Pernah sekali tu, aku dilarang untuk memakan nasik selama 2 minggu sebab dengan sengaja aku telah mengambil jumlah pengambilan nasik lebih dari dua kali dalam satu minggu. Seksa wei!.
'5000?,' soal Bad, pelik.
'Yelaa..5000. Takkan dah hilang ingatan kot? Nak aku tampal kontrak yang kita dah sign dekat dahi kau?,' panas je hati aku tengok si Bad ni.
'Eh jap!..kau...,' pucat lesi wajah Bad ketika itu. Ha..baru kau tahu! Habislah RM5000 bapak kau!.
Malas betul aku nak layan dia ni. Lalu aku terus menoleh ke belakang, mencari kelibat Aazad yang sudah tiada disitu.
Tiba - tiba seseorang memegang bahuku. Lalu aku menoleh.
'Hani?!,' terbeliak mata Bad memandang kearahku.
***
Bad berjalan mundar - mandir sambil mengosok - gosok dagunya. Tanda dirinya sedang gelisah. Haziq merangkap sahabat baiknya hanya memandang Bad dengan wajah bosan. Itulah, cari pasal. Dah berbuih mulut si Haziq ni nasihat jangan buat Deal tu..nak jugak! Sekarang padan muka kau Bad!.
'Macam mana dia boleh kurus ha?! Aku main - main je pasal offer tu..tapi apesal dia ambil serius?!,'
'Kalau aku jadi dia, aku pon ambil serius la samdol. Aduh kau ni..dulu tak nak dengar cakap aku. Sekarang mana kau nak cekau 5000 tu?,' soal Haziq.
'Tak payahlah risau pasal tu,'
'Tak payah risau??hahaa..jangan buat lawak wei. Kau tak ingat ke bapak kau baru je mengamuk 2 hari lepas sebab kau pegi bedal kad kredit dia sampai beratus ribu. Ni kau nak cekau lagi 5000. Kau pon tengah kopak,'
'Eh..kau diam ahh! Aku bayar la ansur - ansur...tak poooonn...,' Bad mula tersenyum meleret memandang kearah Haziq.
'Haa..ada lagilah tu idea kurang bernas dia tu,' keluh Haziq.
'Aku propose Hani jadi awek aku..settle,'
Haziq hanya mengeleng - gelengkan kepala melihat perangai sewel rakan baiknya itu. Nak nasihat pon dah tak guna. Lantak kaulah labu!.
***
Sepanjang minggu pertama kuliah bermula, aku mendapat pelbagai ucapan tahniah dari rakan - rakanku yang lain. Ada juga yang mendengki dan ada juga yang mula menaruh minat keatas diriku tapi malas aku mahu ambil peduli. Dulu waktu aku gemuk tak ada seorang lelaki pun yang berminat dengan diriku melainkan kalau nak mintak tolong..hemmm..
Bad yang tiba - tiba muncul terus duduk diatas kerusi kosong yang terdapat dihadapanku. Lalu, aku terus menghulurkan tanganku untuk meminta wang ganjaran itu.
'Nanti aku bagi la..rilek ahh,' kata Bad sambil tersenyum manis.
'What...eveeeerr,'
'Lupakan pasal duit..aku ada idea lagi bernas dari tu,'
'Apa benda pulak ni? Kau jangan nak suruh aku sign kontrak yang bukan - bukan lagi,'
Bad mengangkat keningnya.
'Memang pon..tapi kontraknya aku tak buat lagi,'
'Kau jangan nak merepek la, malas la aku nak layan kau,'
'Aku tak merepek. Aku serius,'
Bad menarik nafasnya sedalam - dalam yang boleh lalu dihembusnya sambil mengengam erat kedua - dua belah tanganku dengan kedua - dua belah tangannya. Tersentak aku wei!.
'Apa kata..kau jadi awek aku,'
Terbeliak biji mataku mendengarkan kata - kata Bad itu. GILA!.
Aku terus melepaskan kedua - dua belah tanganku dari gengaman tangannya.'Kau gila?,'
'Apa pulak? Aku serius la, lagipun aku tahu kau memang ada feeling dekat aku kan?,'
'Bad..ok..aku mengaku memang aku ada feeling dekat kau tapi tu dulu! Zaman tok kaduk punya cerita!,'
'Ala..apa bezanya dulu dengan sekarang?!,'
'Baaaanyaaaaak bezanya Bad. Sebab dulu aku bodoh..sekarang ni dah pandai sikit. Lagipun aku tak tahulah apa motif kau tiba - tiba buat offer tu,'
'Ok..pasal tu aku mintak maaf, aku main - main je. Saje bosan tak ada benda nak buat,'
'Amboooi..senangnya kau mintak maaf!,'
'Hani..aku ikhlas la mintak maaf dekat kau,'
'Eh, kau boleh tak jangan cakap pasal ikhlas depan aku?!,' hangin betul la aku dengan mamat kerinting ni.hurghhh!.
'Tapi...,'
'Ikhlas?!!,' bagaikan baru tersedar dari mimpi. Tiba - tiba sahaja fikiran ku melayang teringatkan seseorang.
.Aazad. Baru aku teringat sudah hampir seminggu aku tidak bertemu dengan Aazad.'Yaa..aku ikhlas!,' kata Bad bersungguh - sungguh.
'Ehh, kau diamlah!,' kataku sambil mengemas barangan ku lalu terus melangkah meninggalkan Bad yang tidak henti - henti menjerit memanggil - manggil namaku.
YOU ARE READING
Kontrak (Completed)
RomanceBad mencabar Hani untuk kuruskan badan dalam masa 5 bulan!. Bad dan Hani bersetuju untuk mengikat kontrak. Syarat - syarat kontrak : 1) Hani perlu turunkan berat badan dalam masa 5 bulan 2) Hani dapat rm5000 dari Bad bila dah kurus. Macam mana Hani...