BAB 8

13.4K 431 16
                                    

"Yana.. Yana.." Kedengaran suara Tengku Hanafi memanggil anak gadisnya yang berada di dalam bilik itu. Sudah penat mulutnya memanggil dua tiga kali tapi masih belum juga muncul muncul kelibat si anak itu.

"Yana..." Sekali lagi sewaktu dia hendak memanggil barulah dia melihat kelibat anak gadisnya itu berdiri di hadapannya dengan rambut yang kusut masai dan muka yang masam bercuka. Sekali pandang macam orang gila.

"Ya Allah, Yana kenapa dengan kamu ni? Soalnya sambil menggelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan apabila melihat kelibat anak perempuannya yang tak terurus itu. Hai! sudahlah ada anak seorang lepastu gila pulak.

"Yana takkan berubah pa. Yana akan terus macam ni selagi Harith tak datang pujuk Yana." Kata gadis itu yang mula mengambil tempat di sebelah ibunya yang duduk berhadapan dengan Tengku Hanafi di ruang tamu.

"Kalau kamu tu betul nakkan si Harith tu sepatutnya kamu tu pasang plan untuk pickup dia bukannya duduk macam orang lepas bersalin dengan rambut mengerbang macam ni. Sepatutnya kamu kena selalu ambil perhatian dia goda dia sampai dia angau dengan kamu."

Tengku Roslina yang berada di sebelah anak gadisnya itu mengeluh lemah sebelum bersuara.

"Abang.. Harith tu dah tak nak dekat anak kita ni. Dia tu dah buang si Yana ni dari hati dia jauh jauh.  Sampaikan saya ni pun dia dah tak ada rasa hormat tau abang."

Tengku Hanafi meraut mukanya dengan tangannya. Kini, semakin susah rancangannya hendak memperjodohkan anak gadisnya dengan anak abangnya itu. Padahal, daripada anak mereka masih kecil lagi arwah ayahnya inginkan kedua dua orang cucunya itu bersatu dan dia ingin melaksanakan amanat itu.

"Alah, apa kata kita cuba cara lain pulak. Kita guna cara halus." Cadang Tengku Hanafi kepada anak serta isterinya itu agar pandangannya diterima secara bulat bulat.

"Cara apa lagi abang? Tadi saya pergi office si Harith tu PA dia yang dia duduk gila gilakan tu dia menangkan. Lepastu, ada ke patut dia cakap Yana ni pakai baju tak siap nampak kaki. So! rude."

Tengku Liyana melompong mendengar kata kata ibunya itu mengenai apa yang dikatakan oleh Tengku Harith tadi kepadanya. Too much...

"What? Ibu apa yang bodoh sangat si Harith tu cakap dekat Yana macam tu. This is fashion and trend, okay. Daripada PA dia tu pakai baju kurung pakai tudung macam orang padang pasir itu yang dia kata cantik. Blind."

"Wait.. Ibunya, Yana sila bertenang dulu sebab masalah kita sekarang ni Yana seorang je yang sukakan dekat si Harith tu tapi Harith cuma anggap si Yana ni sepupu je sebab tu lah kita punya misi ni payah sedikit. Cuba kalau Yana guna bomoh."

Tengku Roslina dan juga Tengku Liyana mati kata dan mereka berdua saling berpandangam antara satu sama lain. Kelihatan Tengku Hanafi mula mengukir senyuman jahat.

KEESOKKAN harinya Aifa Batrisya mengambil cuti daripada Tengku Harith kerana tidak mahu bertemu dengannya dan juga mahu melihat cara orang tua Tengku Harith itu datang meminangnya. Nasib baiklah hari ini ayahnya cuti kerana kelmarin sehari suntuk dia di hospital untuk membuat operation seorang pesakit. Kalau tidak susah dia hendak berdolak dalih.

Kata Katanya kelmarin juga difahami oleh kedua dua orang tuanya semasa makan malam dia menjelaskan bahawa esok ada orang yang akan masuk meminangnya. Memanglah emak dan ayahnya tidak risau kerana itulah niat mereka daripada dulu inginkan menantu selepas dia ditinggalkan oleh Iqwan.

Kelihatan sebuah Vellfire berwarna hitam metalik berhenti di hadapan rumahnya. Setelah pintu dibuka kelihatan Tengku Hasbullah lelaki yang ditumbuknya tempoh hari bersama seorang wanita berjubah rose gold dan berputih purple berjalan masuk ke dalam kawasan rumahnya. Aifa Batrisya yang berada di dapur mula gelabah kerana apa yang diperkatakan oleh Tengku Harith semalam benar. Nampaknya lelaki itu benar benar ingin meminangnya.

MISI MEMIKAT TENGKU HARITH #WATTYS2018Where stories live. Discover now