BAB 18

13.2K 317 0
                                    

SEBUAH Honda City berwarna merah berhenti tepat di hadapan pintu masuk utama Pavillion. Aifa Batrisya segera turun daripada kereta tersebut dan berjalan masuk ke dalam untuk mencari restoran seperti yang dijanjikan oleh orang misteri yang memintanya untuk bertemu tadi. Selepas habis sesi bersuai kenal dengan pekerja pekerja di Bumi Holding Tengku Harith terus meminta diri untuk ke pejabatnya dan ketika itulah Aifa Batrisya mengambil peluang untuk ke sini dengan meminta bantuan Nabeel untuk menghantarnya.

Dia tiba di hadapan restoran hailam kopitiam yang kelihatan tidak ramai mana pelanggan di situ. Mungkin kerana hari bekerja itu yang menyebabkan orang tidak terlalu ramai. Aifa Batrisya mengatur langkah masuk ke dalam restoran itu dan melilau kepalanya mencari siapakah orang misteri yang menghantar pesanan kepadanya itu. Walaupun tidak ramai tapi adalah juga dalam 15 meja yang diduduki oleh orang yang datang ke situ.

"Miss Aifa Batrisya. I'm here." Panggilnya yang duduk di bahagian paling hujung sekali yang terselindung dengan ramai ramai dengan melambaikan tangannya ke arah Aifa Batrisya.

Aifa Batrisya melihat ke arah pemilik suara itu. Seperti dia mengenali gadis yang memanggilnya itu. Ya!! Itu ialah Tengku Liyana sepupu suaminya yang datang menyerangnya di hospital tempoh hari. Tapi, dia tidak tahu tujuan gadis itu mahu menemuinya. Langkahnya diatur ke arah meja Tengku Liyana dengan muka yang manis.

"Silakan duduk." Pelawa Tengku Liyana dengan muka yang penuh dengan senyuman. Entah apa mimpinya hendak bertemu dengan Aifa Batrisya padahal sebelum ini dialah yang paling nombor satu sekali orang yang membenci gadis itu.

Aifa Batrisya menarik kerusi dan terus melabuhkan punggungnya. "Ada apa kau nak jumpa aku?" Soalnya meminta kepastian dengan pandangan yang dihala ke arah gadis itu dengan pandangan yang lain macam.

"Actually.. Aku nak beritahu kau yang aku sayang sangat dekat Abang Harith tu. Kau boleh tak bagi dia dekat aku?" Katanya dengan wajah yang penuh dengan rayuan dan harapan. Aifa Batrisya semakin tidak faham akan agenda gadis itu.

"Apa yang kau mengarut ni Yana? Kalau kau tak ada benda penting nak beritahu baik tak payah kacau aku dengan hantar pesanan macam tu. Menggangu... Aku ni banyak kerja." Suara Aifa Batrisya menjadi marah dia terus mengambil beg tangannya dan bingkas bangun daripada kerusi namun Tengku Liyana menghalangnya dengan memegang tangan gadis itu erat.

Aifa Batrisya tidak jadi pergi sebaliknya dia mengambil tempat duduknya kembali. Dia malas hendak bertengkar nantikan apa pula orang lain cakap. "Kau nak apa lagi, hah?" Kali ini suaranya ditinggikan sedikit.

"Iqwan... Aku tahu pasal Iqwan. Dua tahun lepas kau hampir hampir nak kahwin dengan dia kan? But, he run. Sebenarnya, akulah penyebab dia lari tu. Aku yang pergunakan gunakan dia untuk mendapatkan apa yang aku ingini. And, aku tak tahu pulak yang bakal isteri dia tu kau. But, now aku dah kahwin dengan dia tapi sebab paksaan and sebab tu lah aku nak kau kembali kepada Iqwan supaya aku dapat Abang Harith aku balik." Kata Tengku Liyana dengan menunjukkan sebentuk cincin emas di jari manisnya.

Aifa Batrisya menarik muka ketat. Pada waktu ini dia tidak pasti sama ada kenyataan Tengku Liyana itu benar mahupun palsu. Tapi, takkan mungkin palsu kerana Aifa Batrisya faham benar yang gadis itu sanggup membuat apa sahaja demi Tengku Harith. Aifa Batrisya terus bangun berdiri dengan menepuk meja di hadapannya itu dengan kuat sekali.

"Kau ni memang jahatkan Yana. Kau ni memang perempuan perampas kebahagiaan orang lain. Kalau tak kerana kau aku nyaris nyaris dah kahwin dengan Iqwan tahu tak. Mesti sekarang ni kami dah bahagia. Tapi, disebabkan kau dia tinggalkan aku." Jerit Aifa Batrisya dengan kuat. Dia tidak mempedulikan tentang orang sekeliling ketika ini. Apa yang penting tentang perasaannya yang teramat marah.

"Please calm down. Aifa.. Sekarang masalah kita akan selesai kalau you berikan Harith dekat aku dan aku berikan Iqwan dekat kau." Cadangnya dengan bibir yang tersenyum jahat itu. Nampaknya rancangan dia itu bakal berhasil dengan mempergunakan Iqwan.

MISI MEMIKAT TENGKU HARITH #WATTYS2018Where stories live. Discover now