BAB 13

13.1K 373 2
                                    

AIFA Batrisya duduk di hadapan bongkah batu di luar pagar rumahnya sambil menantikan kehadiran Tengku Harith. Kata lelaki itu semalam mereka akan keluar pada waktu pagi dan itulah yang dia sudah terpancak menunggu di luar takut kalau lambat bersiap nanti kena bebel pulak. Tapi, ini dah setengah jam dia menunggu masih juga belum tiba kelibat lelaki itu. Hendak menelefonnya takut dimarahi pula nanti. Hendak masuk ke dalam rumah berkunci kerana emaknya sudah keluar untuk ke rumah saudara mereka yang sakit. Ayahnya seperti biasalah sudah berangkat ke tempat kerja.

"Awak buat apa dekat luar ni sorang sorang? Berjemur ke?" Tiba tiba sahaja kedengaran suara Zharfie menegurnya. Terkejut beruk Aifa Batrisya dibuatnya nasib baik tiada serangan jantung kalau tidak sudah tentu meninggal dia di sini juga.

"Eh, awak buat dekat sini? Tak kerja ke harini?" Soal Aifa Batrisya sambil mengangkat punggungnya bangun daripada bongkah batu yang dibuatnya itu dengan muka manis.

"Saya kan boss. Ikut suka hati sayalah nak masuk kerja bila? Yang awak ni tak kerja ke harini?" Soalnya kembali kepada Aifa Batrisya dengan soalan yang sama. Gadis itu menggaru kepalanya yang tidak gatal itu kalau dia tahu yang dia bakal bertemu dengan lelaki itu sudah tentu dia takkan keluar rumah lagi.

Aifa Batrisya bukannya apa dia cuba takut Tengku Harith melihat mereka bersama sahaja. Sudahlah tunangnya itu kaki cemburu, pemarah. Silap silap dibelasah pula Zharfie itu hari ini. Aifa Batrisya sebenarnya tidak mahu tunangnya itu silap faham dan terjadi pergaduhan bodoh.

"Tak.. Sebab saya...." Belum sempat gadis itu habis berkata kata Zharfie segera memotong percakapannya dengan pantas.

"Saya nak tanya awak sikit boleh tak?"

"Ya.. Tanyalah apa yang awak nak tanya." Kata Aifa Batrisya yang cuba memberi peluang kepada lelaki itu. Zharfie memandang ke arah gadis itu dengan tepat sekali membuatkan Aifa Batrisya menjadi segan.

"Awak sebenarnya  kahwin dengan Tengku Harith tu sebab paksaan ke? Takkanlah awak tu baru kerja dekat syarikat dia tak sampai seminggu tapi dah boleh jatuh cinta dengan dia pulak?" Soalan Zharfie itu benar benar membuatkan Aifa Batrisya menjadi buntu hendak menjawabnya.

'Aduh... Kenapa lah aku ni kena jumpa dia time time macam ni? Apa aku nak cakap dekat dia pulak sekarang ni?' Getusnya di dalam hati dan berharap supaya Tengku Harith datang menjemputnya sekarang.

"Jawablah cepat. Ke apa yang saya cakap tu sebenarnya betul?" Kelihatan Zharfie seakan mendesak Aifa Batrisya untuk menjawab pertanyaanya.

"Eh, mana ada. Saya dengan Tengku Harith tu sebenarnya dah lama kenal tau dari masa awak pergi UK lagi. Cuma saya baru sekarang je apply untuk kerja jadi PA dia. Sebab perkahwinan ni kami rasa yang kami ni ada chemistry. Lagipun, kami sama sama single salah ke kalau kami nak kahwin. Kenapa awak asyik tanya je?"

Kelihatan Zharfie ketawa terbahak bahak mendengar apa yang diperkatakan oleh Aifa Batrisya tadi. Gadis itu mencebik entah apa yang lawak pun dia tidak tahu.

"Awak ingat saya bodoh."

"Tak pulak saya cakap awak tu bodoh tapi kalau rasa diri tu bodoh.. Saya cuma alu alukan je." Kata Aifa Batrisya yang seakan sudah malas hendak melayan lelaki itu lagi dan dia rasa seperti mahu melarikan dirinya sahaja ketika ini.

"Eh, Aifa. Kalau aku tak dapat kau jangan harap ada yang boleh dapat nikah dengan kau." Kedengaran suara Zharfie seakan menyinga membuatkan bula roma gadis itu mula meremang. Biar pun hari sedang siang tapi dia tetap rasa takut ketika ini.

"Apa awak cakap ni Zharfie? Gila dah ke?" Soal Aifa Batrisya berbaur marah. Dengan muka yang ketat di memandang ke arah Zharfie.

"Ya.. Memang aku gila." Zharfie yang telah pun memastikan kawasan rumahnya mereka itu clear terus memegang sebuah batu bata yang bertaburan di atas jalan dan terus memukul kepala kepala Aifa Batrisya dengan kuat. Kelihatan gadis itu rebah pengsan di atas jalan.

MISI MEMIKAT TENGKU HARITH #WATTYS2018Where stories live. Discover now