"WOW.. Cantiknya.. Untunglah kau baru tiga hari kerja Tengku dah masuk meminang. Aku ni lima tahun kerja tak ada apa apa." Kedengaran suara Nada memuji cincin berlian yang tersarung di jari manis Aifa Batrisya itu dengan memegangnya berulang kali.
Aifa Batrisya hanya tersenyum mendengar kata kata Nada itu. Sebenarnya, peetunangannya ini hanyalah satu kebetulan sahaja bukannya disengajakan pun. Kalau diikutkan dia dan juga Tengku Harith itu sedikit pun tidak layak bersama. Mereka itu ibarat langit dengan bumi kalau diperhatikan.
"Memanglah, kau tu PA Tengku Hasbullah dia tu kan dah kahwin dah ada isteri ada anak takkan nak pinang kau lagi kot. Silap silap kalau dia pinang kau kena kejar dengan Tengku Hazlina keliling rumah dia." Kata Aifa Batrisya dan disambut oleh gelak tawa Nada daripada belakang.
"Haah, betul jugak kan apa yang kau cakap tu. Aku tak nak kena simbah asid dengan Tengku Hazlina sebab caras laki dia." Balas Nada dengan kata kata bercanda.
"Tapi, aku tak rasa Tengku Hazlina tu perangai macam tu sebab aku tengok dia tu baik je muka pun manis bila senyum jelita je tengok tak nampak macam orang umur 40 macam tu. Nampak macam anak muda."
"Hai.. Aifa.. Aifa.. Kau ni jangan nilai orang daripada rupa tau sebab manusia ni kita tak boleh hidu apa ni budi pekerti dia. Orang yang nampak baik tu lah sebenarnya jahat dan yang jahat tu lah sebenarnya baik."
"Oh, jadi kalau macam tu kau ni jahatlah sebab aku tengok kau baik je dengan aku." Aifa Batrisya terus ketawa terbahak bahak apabila berjaya mengenakan kawannya itu. Kelihatan wajah Nada berubah tidak puas hati dengan kata kata Aifa Batrisya.
"Hish, kau ni aku serius kau main main pulak." Kata Nada tidak puas hati dan dia terus mencubit cubit bahu Aifa Batrisya berkali kali.
Zharfie yang baru keluar daripada rumahnya hendak menuju ke arah keretanya terlihat Aifa Batrisya bersama Nada di buaian di kawasan rumahnya. Tergerak hatinya untuk menegur dua sekawan itu dan kakinya laju berjalan menuju ke arah rumah Aifa Batrisya. Pintu pagar yang terbuka luas dimasuknya dan terus menuju ke arah mereka.
"Assalamualaikum, tengah buat apa tu? Mesra nampak?" Soalnya membuatkan Aifa Batrisya dan juga Nada berhenti bergurau dan memandang tepat ke arah susuk tubuh lelaki itu.
"Waalaikumusalam, eh.. Zharfie awak buat apa dekat rumah saya ni? Nak jumpa ayah ke mak?" Soal Aifa Batrisya bermacam macam sehinggakan lelaki itu belum menjawab lagi satu daripada soalannya.
"Eh.. Saya bukannya nak jumpa ayah atau mak awak. Sebenarnya, saya ni nak keluar tapi nampak awak duk bergurau sakan dengan kawan awak ni tu yang saya datang nak tengok apa yang gembira sangat." Beritahu lelaki itu hajatnya ke mari.
"Oh......." Jawab Aifa Batrisya panjang dengan membulatkan mulutnya. Nada hanya mengikuti sahaja apa yang dilakukan oleh sahabatnya itu.
"Macam ni sebenarnya kawan saya ni baru bertunang sebab tu lah dia gembira sangat." Beritahu Nada kepada Zharfie yang kelihatan seakan menunggu sahaja jawapan daripada Aifa tadi.
"Ni, cincin tunang dia kasi." Nada terus mengangkat tangan Aifa Batrisya tinggi tinggi dan menunjukkan kepada Zharfie cincin berlian yang tersarung di jari manis Aifa Batrisya itu.
"Tahniah lah.. Awak bertunang dengan siapa?" Soal Zharfie ingin tahu.
Kelihatan wajah Aifa Batrisya seakan bengang dengan perangai nada yang lepas laku macam beruk menang loteri itu. Sibuk je memberitahu hal orang daripada dia tu tak laku laku tak ada orang nak pinang.
"Oh, sebenarnya dia bertunang dengan...." Belum sempat Nada menghabiskan ayatnya kedengaran bunyi hon kereta daripada BMW milik Tengku Harith tanda menyuruh Aifa Batrisya datang ke arahnya.
YOU ARE READING
MISI MEMIKAT TENGKU HARITH #WATTYS2018
RomanceKisah cinta antara Tengku Harith dan Aifa Batrisya...