BAB 11

14K 437 6
                                    

TENGKU Hanafi memberhentikan keretanya di dalam kawasan rumah Tengku Hasbullah. Semalam semasa ditawan oleh Iqwan dia tidak diberikan kebebasan langsung sebaliknya mereka semua terpaksa ke luar negeri bagi menguruskan sesi akad nikahnya bersama Yana. Dalam keadaan pengsan begitu Yana kini telah sah bergelar isteri kepada Iqwan. Sedih hatinya apabila tidak dapat berbuat apa apa untuk membantu anak perempuannya itu.

Kelihatan rumah tersebut sunyi tanpa sebarang suara tapi Tengku Hanafi yakin yang abangnya berada di dalam kerana selalunya hari hari minggu begini dia tidak akan ke mana mana kecuali bermain golf bersama kawan kawannya. Loceng ditekan berulang kali dan kelihatan seorang bibik daripada indonesia membukakan pintu untuknya.

"Tengku Hasbullah ada?" Soalnya kepada bibik ratih yang tercegat di hadapan pintu masuk itu.

"Ada... Ngapain? Mahu ketemu?" Soalnya yang berbahasa indonesia pekat likat itu. Hampir pening Tengku Hanafi mendengarnya bibik ratih itu ngomong.

"Iye.. Boleh saya masuk?" Tengku Hanafi meminta izin daripada bibik ratih untuk masuk ke dalam. Bibik itu mengganguk laju tanda bisa untuk lelaki itu masuk ke dalam rumah majikannya.

"Jangan benarkan dia jejakkan kaki dalam rumah saya ni ratih." Kedengaran suara Tengku Hasbullah kasar melarang adiknya itu untuk masuk ke dalam rumahnya. Hatinya masih sakit oleh keranahal semalam puas ditunggu tapi adiknya itu tidak tidak juga muncul sehinggalah dia terpaksa mengembumikan sahaja jenazah emak mereka itu tanpa adiknya yang seorang ini.

"Along.. Maafkan aku. Aku bukannya tak nak datang semalam cuma..." Dia membiarkan ayatnya tergantung di situ. Buat masa kini masalahnya itu dia tidak boleh dedahkan kepada sesiapa lagi kerana itu sangat berbahaya. Buktinya bersalah terlalu banyak bersama Iqwan dan juga nyawa anak serta isterinya perlu dijaga. Mereka bertiga kini dalam kawalan Iqwan yang zalim itu.

Tengku Hasbullah segera menampar pipi kiri adiknya itu dengan begitu kuat sehingga kepalanya terpusing ke belakang. Kalau diikutkan hatinya hendak sahaja dia menumbuk adiknya itu bertubi tubi tapi difikirkan yang mereka sudah besar sudah tua dan cukup matang untuk berfikir serta menyelesaikan masalah dan bukan begitu caranya. Baginya memukul adalah tempat melepaskan kemarahan bukannya perkara yang boleh menyelesaikan masalah.

Tengku Hanafi terkedu dengan tindakan abangnya itu. Sampai begitu sekali abangnya memarahi dirinya kerana tidak menghadirkan diri sewaktu sesi pengembumian emak mereka. Ye, dia memang patut ditampar kerana dia ialah anak tak guna dan anak derhaka sewaktu emaknya hidup dia tidak pernah menjenguk orang tua itu sampailah dia meninggal dia sekeluarga tidak datang melawat. Tapi, itu semua bersebab dan sebabnya dia sendiri perlu menanggung atas perbuatannya yang dahulu.

Oleh kerana perbuatannya yang dahulu dia perlu menanggung hari ini. Kerana sikap tamak dan sikap dengki hari kebahagiaan Iqwan telah dirampasnya dan demi duit dia sanggup mempergunakan lelaki itu sehinggalah dia ditangkap polis selama dua tahun. Kini, dia menyesal dia menyesal sepenuhnya atas segala perbuatanya cuma masa yang tidak boleh diundur kembali.

"Cuma apa? Hah, cuma apa? Sekalipun kau tu tak hingin nak melawat mak masa dia hidup duku tapi sekurang kurangnya semalam kau datanglah. Kami ni tunggu kau sampai berjam jam tapi kau tak jugak muncul dan akhirnya mak masuk kubur tanpa tengok wajah anak dia yang seorang yang paling dia sayang masa kecik kecik dulu untuk kucup muka dia. Anak jenis apa kau ni? Anak derhaka." Marah Tengku Hasbullah dengan muka yang menahan sabar kalau diikutkan hatinya sampai ke padang pasir adiknya itu diteranjang olehnya.

Sudahlah, Tengku Hanafi itu ialah anak kesayangan Tengku Rahmah sewaktu kecil kecil dahulu. Antara mereka bertiga yang paling dimanjakan dan paling disayangi ialah Tengku Hanafi. Tengku Azmir adik yang paling bongsu pun dia tidak begitu manjakan. Dia masih ingat lagi ketika waktu sekolah menengah Tengku Hanafi ditangkap menghisap rokok dengan kawan kawannya Tengku Rahmah tidak memarahi sebaliknya dia kata yang itu cumalah satu salah faham.

MISI MEMIKAT TENGKU HARITH #WATTYS2018Where stories live. Discover now