"Natasha... Natasha... Natasha...!" Iswan berlari mengejarku yang sedang berjalan menuju ke kelas pada pagi itu. Nampaklah termengah-mengah dia berlari sehinggakan lucu aku melihatnya begitu.
"Ya, Iswan. Kenapa lari? Kita kan kelas yang sama."
"Oh, I might not be going to the class tau. I've got to meet Dr. Daniel. For our Maths War."
"Who is that? Tak pernah dengar pulak nama tu sebelum ni?"
"Oh, dia yang replace lecturer yang bersalin tu kan? And wait, kenapa dia tak show up malam tadi?"
"Oh, dia baru daftar semalam so dia busy sikit. Tulah hari ni saya kena jumpa dia. Oh by the way, malam ni gather kejap boleh. Just a little bit of ice-breaking."
Shit! Aku sudah membuat rancangan bersama Ezzah dan Linda untuk pergi menonton wayang. Kelas habis pukul 2 jadi kau fikir aku nak mereput dalam bilik je?! Smart students also need rest!
Clara Natasha, did you just compliment yourself?
"Is he old?"
"Tak jugaklah. Dalam early 30s gitu. Eh, takpelah. I gerak dulu. Jumpa malam nanti I guess?" Dia berjalan menyambung perjalanannya semula sebelum aku memanggilnya kembali. "Ya, Natasha?"
"Malam ni pukul berapa ya?"
"Hmm, lepas Isyak? Okey, to be exact, 8:45 macam tu. Boleh?"
"Boleh awak temankan saya tak? Saya tak beranilah nak jalan seorang diri malam-malam macam tu."
Dia nampak seperti berat hendak mensetujui permintaanku itu. Mungkin dia bimbang sekiranya Zachery akan marah dan mencarinya sekiranya sampai ke pengetahuannya akan perkara itu nanti.
"Zach tu, nanti saya bagitaulah. Dia takde malam ni. Dia ada hal kat konti."
"Bukan itu masalahnya. Malam kan gelap. Tak sesuai untuk kita jalan berdua. Memanglah tempat tu akan ada orang yang lalu tapi, takut undang fitnahlah, Natasha. Saya tak berani. Bahaya untuk kita berdua. Uwais kan ada?"
"Tapi Uwais tu kan lelaki jugak. Okey saya tahu dia memang perangai macam perempuan sikit tapi..."
"Saya fikirkan Zachery, Natasha. Awak kekasih dia dan saya tahu dia sayangkan awak. Saya ni sekadar orang yang sukakan awak. Mesti dia akan cemburu nanti."
"Dia okeylah, Iswan."
"Saya lelaki, Natasha. Saya tahu apa yang dia fikir. Kami lelaki ni mungkin tak tunjukkan perasaan cemburu kami secara ketara. Tapi sebenarnya jauh dalam hati kami, ada perasaan itu."
"Sebab itukah kau selalu mengelak daripada jumpa aku kalau aku berada dengan Zachery?"
Dia mengangguk lambat-lambat. Kemudian dia tersenyum. Senyumannya tidak nampak terlalu mencuba. Ianya ikhlas dan penuh dengan kelembutan. Tidak dibuat-dibuat manisnya itu. Ish, aku ni dah terlalu memuji gamaknya.
"Tapi kalau awak betul nak saya temankan awak, saya boleh. Awak tanya Zachery dulu. Kalau dia izinkan, saya ikut. Bukan apa, saya hormat dia sebagai teman lelaki awak."
"Okey. Tapi saya pasti dia akan benarkan. Malam ni, awak tunggu kat kafe kolej. Boleh?"
"Baik. Saya minta diri dulu?"
Aku hanya tersenyum.
Aku menyambung langkahku menuju ke kelas. Di dalam kelas, si Linda sudah memandang aku dengan senyuman licik di wajahnya. Aku berharap sangat yang dia tidak melihat aku dan Iswan berbual tadi. Memang mati aku kalau dilihatnya.
YOU ARE READING
Sekuntum Bunga Bernama Natasha
RomanceKerana lelaki, aku kenal dunia Kerana lelaki, aku kenal diriku Kerana lelaki, aku kuat Zachery Hadri, aku tahu itu salahku Daniel Firmansyah, aku tahu itu khayalanku Hingga datangnya Iswan Aku tahu bungaku masih memekar