Aku dan Iswan sedang duduk berdua di dalam perpustakaan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Encik Daniel untuk Maths War. Memang pandai sahaja Encik Daniel meletakkan aku dan Iswan untuk berkerja sebagai satu pasangan. Tapi, Iswan ini professional sahaja orangnya ketika kami sedang membuat kerja bersama.
"Natasha, awak dapat tak jawab soalan lima ni? Daripada malam tadi saya cuba tapi masih tak dapat."
Aku mengambil booklet yang diberikannya itu. Soalan daripada tajuk Statistik itu diamatiku dengan fokus. Tajuk itu nampak sahaja mudah tapi hakikatnya susahlah juga untuk dibrain setiap isinya.
"Susah kan?" Dia bertanya kepadaku. Aku hanya tersenyum memandangnya.
"Quite much to say. Actually, kau salah jalan kerja ni."
"Really? Part mana weyh?"
Maka aku pun menerangkan kepadanya teori aku berkaitan soalan itu. Dia menjarakkan sedikit darinya daripada aku untuk menjaga batas. Sesungguhnya dia sangat berbeza dengan pemuda yang lain yang kalau boleh lagi hendak menempel dengan aku.
"Terima kasih, Natasha."
"Iswan, kan aku dah cakap banyak kali, dah. Just call me Tasha. Panjang sangatlah kalau panggil Natasha tu. I don't mind pun."
"Oh, awak tak suka saya panggil full ke?"
"Bukanlah tak suka cuma kan kalau panggil Tasha tu sounds more mesra and short as well. Tapi tak kisahlah awak..."
"Panggil nama orang penuh tu bagus sebenarnya, Natasha. Saya pasti mak dan ayah awak mesti ada bagi maksud yang baik pada nama Natasha tu. Jadi, bila saya panggil nama penuh awak, secara tak langsung saya dah doakan awak."
Aku hanya tersenyum. Dia ini terlalu baik untuk menjadi seorang manusia gamaknya. Aku selalu lemah dengan kebaikan yang sering diberikannya kepada aku. Tapi aku, entahlah, macam tak membalas semula kebaikan yang diberikannya itu.
"Mak saya pun panggil nama penuh saya Ammar Iswan tu tau. Especially kalau dia tengah marah, lagi laju dia sebut Ammar Iswan tu."
Aku ketawa kecil.
Aku menyambung menulis semula ketika pen aku terlepas daripada pegangan dan jatuh ke atas lantai. Reaksi spontan aku pantas membongkok untuk mengambil penku itu di atas lantai. Aku tidak perasan yang dia juga turut membongkok untuk mengambil pen tersebut. Tangan kami berlaga antara satu sama lain.
Mata kami saling berpandangan. Aku memberikan dia peluang untuk mengambil pen tersebut dan meletakkannya semula di atas meja. Wajahnya bertukar sedikit muram membuatkan aku mula berasa serba-salah.
"Iswan, I'm sorry. Aku tak maksud nak..."
"It's okay. I'm the one who supposed to say sorry. Sorry, Natasha."
"Oh, okay."
"Saya gerak dululah. Saya..."
"Iswan, don't feel bad."
"Err, saya..."
"Heyyy!!! Eh, Iswan nak blah dah ke?" Uwais sampai untuk menyelamatkan keadaan. Iswan nampak kendur sedikit emosinya.
"Oh, hai Uwais." Dia yang sudah berdiri duduk kembali. "Kelas dah habis ke?"
Uwais mengangguk. Dia memandang aku seperti meminta aku untuk menceritakan apa yang berlaku antara kami berdua sebentar tadi. Aku hanya memberikan isyarat memintanya untuk bersabar.
"Nice hoodie, mate," puji Iswan kepada Uwais. Uwais tersenyum sambil kakinya menendang-nendang kaki aku. Mamat ni dasar tak reti chill langsung."
"Thanks..." Dia menjawab sama nada seperti Stitch mengucapkan hai kepada Lilo. Dan hal itu membuatkan aku rasa nak rebus dia dalam air panas. "Anyway, korang buat apa?"
"Oh, kami ada discussion sikit."
"Aku kacau ke?" Alah, si Uwais ni. Kalau kau kacau dan aku cakap itu sekalipun, kau akan tetap duduk kat situ. Sama plastik macam bontot Kim Kardashian.
"Eh, taklah. Kau dah makan dah, Uwais?" Iswan, you don't ask him.
"Dah tapi kalau kau nak ajak aku makan berdua, the answer is no. So...?"
Iswan ketawa kecil. "Actually memang aku nak ajak kau makan pun. Nak tak? Aku belanja."
"Arm, leg, I'm all yours."
Aku tak tahu si Iswan ni hanya mengambil hati Uwais atau dia sememangnya suka tersenyum atau dia memang baik hati orangnya. Like, weyh, biasanya lelaki akan takut dengan si Uwais ni sebab, obviously he is an extra boy. Extra is him!
"Iswan, kenapa kau handsome?"
Si Iswan hanya tersenyum ke arah kami berdua. Ketika itulah, aku rasa nak rebus manusia bernama Uwais ini dalam kawah rendang agar mahu senyap mulutnya itu. Dia punya obsesi itu memang tahap tak boleh nak chill atau relaks tau masalahnya.
"You are handsome too, Uwais. Ask yourself."
Kau tahu kan perasaan bila crush kau puji kau? Itulah reaksi yang diberikan oleh manusia bernama Uwais kepada jejaka bernama Iswan ni. Memang fangirling level dewa gila dia punya extra tu.
"Boo, thank you. Can I hug you?"
Knowing Iswan, dia terus mendepangkan tangan dan menerima pelukan Uwais. Semasa Uwais memeluknya, aku dapat melihat yang senyuman di wajahnya ikhlas. Ya, Iswan sememangnya mempunyai hati yang sangat baik.
"Kau sanggup peluk musibat ni?" Aku bergurau dengan si Iswan.
"Apa salahnya? Rasulullah SAW dulu pun berpelukan dengan sahabatnya. Orang sekarang je yang judgemental lebih."
Ya, aku tahu aku patut diam sahaja tadi. Si Iswan mulalah menggeletis macam terjatuh dalam sarang kerengga. But well, biarlah dia bahagia.
Iswan dan Uwais pergi meninggalkan aku seketika di situ untuk memuaskan nafsu makan masing-masing. Aku mula menyambung latihan yang diberikan oleh Mr. Daniel kepada kami berempat.
"Hai, Natasha..." Seseorang menegur aku. Aku menoleh dan aku melihat pensyarah muda tersebut sedang tersenyum kepada aku. "Seorang je ke?"
"Ha'ah, sir. Oh ya, duduklah sir."
Dia mengambil tempat Iswan tadi. Fail di tangannya diletakkan di atas meja dan beg diletakkan di bawah kerusi. Senyuman mesra dihulurkannya kepada aku. Aku menyambutnya dengan baik.
"Boleh jawab soalan tu?"
"Thank God, boleh. Cuma adalah beberapa bahagian sikit yang keliru. Tapi secara general, saya boleh jawab lagi."
"Good. That's what I want to hear from you. Well, pertandingan tu memang lama lagi but I think I should drill all of you more with exercises, right?"
Aku hanya mengangguk. Setiap kali mataku bertentang dengan pensyarah, hatiku bagai dijentik oleh suatu perasaan yang ganjil. Perasaan yang aku sendiri tidak tahu hendak namakan apa. Tapi yang pasti, ianya ada.
"Boyfriend awak budak MassComm ya, Natasha?"
"Macam mana sir tahu?"
"Saya tak tahu pulak yang awak ni famous. Budak kelas saya bagitau."
Hal ini bukanlah yang pertama aku hadapi. Aku terpaksa akui yang namaku sentiasa meniti di bibir pelajar universiti ini tapi cerita mengenaiku bukanlah yang baik-baik sahaja semuanya. Banyak yang negatif daripada yang positif ceritanya.
"Well, it's not my fault that I'm famous."
"You got the point there."
Dia tersenyum lagi. Dan setiap kali dia tersenyum itulah, aku akan luluh seketika hati dan perasaan. Auranya itu terlalu semacam untuk aku layan dan atasi.
"So, Natasha, I have to admit. You are pretty."
"Oh, thank you."
"Look, seems like we might be more close than this, why don't you call me something else? Something sounds more friendly. Lagipun, saya kan Penasihat Akademik awak. So, kenalah ada something untuk break the ice, kan?"
"Contohnya?"
"Panggil je saya 'abang'. Tapi, keep this secret, okay?"
Bodohnya aku ketika itu, aku bersetuju. Aku bersetuju untuk masuk ke perangkap penuh kejam milik seorang Daniel. Di situ jugalah, aku memperjudikan hidupku sendiri. Di situlah mulanya...
YOU ARE READING
Sekuntum Bunga Bernama Natasha
RomanceKerana lelaki, aku kenal dunia Kerana lelaki, aku kenal diriku Kerana lelaki, aku kuat Zachery Hadri, aku tahu itu salahku Daniel Firmansyah, aku tahu itu khayalanku Hingga datangnya Iswan Aku tahu bungaku masih memekar