Rujukan Bible: 1 Corinthians 13: 4-8
Aku terjaga daripada lenaku pada petang itu apabila aku menerima panggilan daripada Uwais. Anak haram ini apa sahajalah yang dikehendakkannya pada petang hari ini. Biasanya, kalau tiba-tiba je ni, mesti nak mengadu pasal jantan.
"Hello..."
"Wey, jom makan!"
"Ala weyh... kejap pukul berapa ni?"
"Pukul enam. Kau tidur ke, bodoh?"
"Tidurlah. Kelas aku pukul empat tadi tu cancel. Hmm, Uwais..."
"Apa?! Cepatlah nak makan ke tak? Aku ada bawah kolej kau ni haa."
"Give me 10 minutes. Aku nak siap kejap."
"Haa, biar semenggah sikit siap tu. Pergi mandi pun takpe. Biar wangi sikit. Sia-sia je lawa tapi busuk."
Ya, si Uwais ini mulut memang celaka tapi itulah yang aku suka tentangnya. Dia tak berpura-pura dan kalau dia tak suka, memang dia hambur sahaja apa yang dia nak cakap. Tapi itulah, ada juga manusia yang tak dapat menerima kejujuran tak bertapis dia itu. Walaupun sikap tak seindah nama, tapi aku tahu dia ini masih baik.
Aku berkenalan dengan dia semasa Kelab Matematik meminta aku untuk mencari pelajar Penulisan Kreatif untuk berkolaborasi bersama aku. Menurut Iswan, yang ketika merupakan AJK Tahun Pertama, dia sering mendengar mengenai kehebatan Uwais menulis. Jadi, disuruhnyalah aku meriki si Uwais ni. Dari situlah bermula persahabatan kami. Kalau si Uwais ni tahu agaknya yang Iswan selalu puji dia, mahu pengsan dibuatnya nanti.
Si Ezzah di sebelah katil aku pula asyik ketawa daripada tadi sambil bermain handphone. Jarang pula perempuan ni ketawa sambil main handphone. Ada apa yang menarik kat Twitter hari ni sampai dia punyalah bahagia.
"Bahagia gelak, sis."
Dia masih tidak menjawab. Pandai dah ignore aku.
"Hello, Ezzah Atirah..."
"Eh ha, kenapa Tasha?"
"Takde aku saja tanya yang kau bahagia bukan main tengok phone tu. Chat siapa?"
Dia hanya tersenyum. Aku faham maksudnya. Elok jugalah kalau dia sudah berpunya. Maka kuranglah sedikit rasa serba salah aku bila on the phone dengan Zachery setiap malam. Walaupun aku tahu dia tidak kisah, namun memang aku merasakan perasaan itu sendiri. Kawan katakan...
"Kau siap bagai ni nak pergi mana, Tasha? Zach kan ada kelas."
"Aku nak... eh, macam mana kau boleh tahu kelas Zach ni?" Advance perempuan ni. Aku tahulah dia pernah syok kat Zachery tu tapi melampaulah sampai tahu ada kelas bagai.
"Instastory dia ada post dalam kelas. Tu yang aku tahu. Risau sangat orang sailang boyfriend dia."
"Gila kau tak risau. Zach tu one in a million kut."
Dia hanya tersenyum. "Haa, nak pergi mana?"
"Oh, keluar dengan Uwais kejap. Dia ajak makan. So aku temankan jelah."
"Zach tak jealous ke kau rapat sangat dengan Uwais tu?"
Aku tersentak sedikit. Kenapa pula si Ezzah ni macam terlebih sangat bertanya ni? "Kenapa?"
"Takdelah. Si Uwais tu kan lelaki so mestilah more or less, Zach akan terasa kan? Aku cuma concern pasal tu je."
"Dia dah tahulah. Tak payah risaulah. Relationship aku. Tahulah aku handle Zach tu nanti."
Aku keluar dari bilik dan terus menuju ke tingkat bawah kolejku. Seperti dijangka, si Uwais sudah menunggu di situ dengan wajah menyampahnya. Aku tahu yang aku mesti akan teruk dibambu olehnya nanti.
"Sorry, babe..."
"Clara Natasha, you might have Chinese ancestry but your punctuality prove the vice versa."
"Ala bodo. Baru lambat berapa minit je."
"Dahlah. Call Uber cepat. Aku nak makan Sushi King. Hari ni ada Bonanza. Cepat!"
Aku pun turutkan sahaja. Selalunya kalau dia yang mengajak, memang dia sahajalah yang belanja kesemuanya. Duit royalti novel dia setiap bulan tu memang terlebih cukup sebenarnya untuk dibelanjakan dirinya sendiri.
Kami tiba di Sushi King OIO Mall. Di sini sahajalah biasa port untuk aku dan Uwais melepak. Sebab si malaun ni suka gila kat sushi, memang selalulah diheretnya aku untuk makan di sini. Aku yang pada asalnya tak suka sangat pun jadi suka sama.
"Tasha, aku nak tanya sikit."
"Apa dia?"
"Kenapa kau tak pernah bagi peluang kat Iswan eh?"
Aku tersenyum. Si bodoh seekor ni tanya soalan macam tak tengok keliling dulu.
"Ada nampak mommy happy? Mommy tak nak Tasha senyum? Apa Tasha buat ni? Lol aku gurau but jawab soalan aku."
"Entahlah. Sebab aku tak nampak effort dia kut. Well, Zach did show me his struggles to get me but dia, entahlah. Confess pun lepas aku dah dengan Zach. So salah aku ke?"
Dia mencemik. "Kau pasti nak kata dia takde effort?"
"Uwais, it's too early to begin the deep talking, okay."
"Well, everything deep doesn't only happened at midnight. Jawab jelah soalan tu."
"Okey, dia takde effort. Or mungkin kalau dia ada pun, aku tak nak. Look, dia kata dia suka aku daripada first day class, tapi kenapa sampai ke sudah tak cuba cakap dengan aku?! Takkan aku yang nak kena pergi cakap dengan dia, kan?"
"Kut dia malu? Kau sendiri tahu si Iswan tu pemalu macam mana? Jaga ikhtilat tu weyh."
"Hamboi, sedap puji boyfriend. Kenapa tak kau je yang try dia tu kalau dah berkenan sangat?"
Uwais meletakkan tangannya sambil membuat muka comel. Trust me, sumpah menjijikkan dia buat muka macam tu.
"Babe, guess what? Kau kenal Faris kan? Budak sama course aku tu?"
Aku mengangguk.
"Dia roommate dengan Iswan tau. So aku selalulah lepak bilik dengan dia. Babe, Iswan shirtless is a gold, babe. Legit terjejas keimanan aku masa tu."
"Do you even have keimanan?"
"MasyaTuhan, sisthur. Dah lama jadi babi?"
"Okay, proceed."
"Sumpah babe! Dia hot gila babi!!! Dia tak sado sangat tapi badan dia lean which is goodlah kan. Putih badan dia weyh aku melting. Bahu dia pulak aku rasa macam nak gigit-gigit je weyh. Hot sangat."
"Dude, you sound like a psychotic bitch now."
"Fuck off! He's hot, dun fite me."
Uwais bukanlah orang pertama yang menyangkal keputusan aku menolak cinta yang diberikan Iswan kepada aku. Dan itu juga bukanlah kali pertama aku menerima soalan itu daripada Uwais. Memang sudah banyak kali soalan itu diajukan kepada aku. Dan setiapkali itulah aku sebenarnya tidak mempunyai jawapan.
Cinta. Dalam Bible ada mengatakan bahawa cinta itu kesabaran, cinta itu kebaikan, ianya tidak berunsur cemburu dan riak juga sombong. Ia juga tidak merendahkan orang lain, mementingkan diri sendiri, senang dimarahi dan wajar dipersilakan. Cinta tidak bersama dengan kejahatan sebaliknya bersatu dengan kebenaran. Cinta bersifat melindungi, mempercayai, mengharap dan juga setia. Ia tidak pernah gagal tetapi jika diramal, ia mungkin musnah, jika ada yang berbicara, ia boleh dipertahankan dan jika ada pengetahuan, ianya akan menjadi mudah.
Aku tak tahu sebenarnya sama ada aku benar ikhlas cintakan Zachery atau tidak. Setakat ini, apa yang aku tahu aku hanyalah sekadar teman wanitanya. Tidak lebih daripada itu. Cinta itu pun aku tidak tahu apa.
Atau aku hanya bercinta kerana aku terdesak?
Atau kerana aku hanya ingin bereksperimen?
Atau sebenarnya, aku memang jatuh cinta?
Dan hasil daripada lamunanku ini, aku telah dimaki hamun teruk oleh Uwais yang asyik bercerita mengenai betapa sempurnanya insan bernama Iswan itu. Mungkin juga, aku sepatutnya memberi peluang kepada Iswan?
Clara Natasha, apa kau merepek ni setan?!
YOU ARE READING
Sekuntum Bunga Bernama Natasha
RomanceKerana lelaki, aku kenal dunia Kerana lelaki, aku kenal diriku Kerana lelaki, aku kuat Zachery Hadri, aku tahu itu salahku Daniel Firmansyah, aku tahu itu khayalanku Hingga datangnya Iswan Aku tahu bungaku masih memekar