Bab 7 - Perangkap Pertama

86 7 1
                                    

Sudah masuk kali keberapa aku menelefon Zachery pada hari ini tapi masih tak diangkat olehnya. Aku cuba ingat semula sekiranya ada apa-apa yang tak kena berlaku antara kami berdua tapi rasanya tiadalah pula. Tapi, bimbang sekiranya mengganggu, aku diam sajalah.

"Alah, dia busylah tu. Budak MassComm kan dah kena start buat FYP. Mesti dia busy dengan benda tu punya." Linda cuba menenangkan aku yang sudah mula berfikir di luar kotak.

"Masalahnya kalau busy sekalipun, takkanlah tak boleh freekan masa bukak WhatsApp aku kejap. At least reply emoji. Ini bluetick je weyh. Mana tak geram."

"Macam aku cakap, maybe dia busy. Relaks dulu. Hamboi, dah ada Abang Iswan pun nak pandang orang lain lagi ke, Cik Natasha...?"

"Tak payah nak cik abang sangatlah dengan si Iswan tu. Malaslah nak fikir pasal dia tu. Setiap kali orang cerita pasal aku, mesti ada kait dengan dia sekali. Apa aku ni couple dengan Zachery ke Iswan?"

"That's what you don't know, sister. Semua orang sebenarnya memang mengharapkan kau dengan si Iswan tu tau. Well, by semua orang means yang suka kat kaulah."

"Dah kenapa? Zachery okay what?"

Linda nampak seperti menyorokkan sesuatu daripada aku. Tapi aku bukanlah jenis yang suka memaksa seseorang itu bercerita kalau bukan keinginannya sendiri maka aku diamkan saja. Kalau dia nak bercerita, dia akan bercerita sendiri.

Abang Daniel (eh dah berabang sekarang) masuk ke dalam kelas ketika aku dan Linda masih galak membawang. Wajahnya masih steady seperti biasa. Dan ya, aku baru perasan, Iswan tiada di dalam kelas pada hari ini.

Baru Abang (cringelah pulak. Panggil Daniel jelah) Daniel hendak memulakan kuliah, Iswan mengetuk pintu lalu masuk ke dalam. Wajahnya nampak kepenatan.

"Maafkan saya, Encik Daniel. Motor saya breakdown tadi."

"It's okay, Iswan. Pergi duduk."

Iswan memandang ke sebelah kiriku. Ya, seat itu masih lagi kosong tapi aku tidaklah berharap dia akan duduk di situ. Dia kemudiannya memilih seat yang berada di belakang aku. Aku pula yang rasa serba salah.

"Iswan, duduk jelah sebelah ni. Bukan ada apa-apa pun."

"Tak apalah. Saya okey je kat belakang ni."

"Sure?"

"Sure."

Aku sebenarnya tak tahu apa aku patut rasakan setiap kali aku berkomunikasi dengan Iswan. Adakah aku sebenarnya patut takut atau hanya perlu melayannya seperti manusia normal yang lain? Aku keliru dan buntu.

Kelas hari itu berjalan seperti biasa. Tidak banyak yang boleh kukomen dengan cara mengajar Daniel. Masih terdapat beberapa perkara yang dia boleh perbetulkan tapi tak apalah. Kesilapan itu proses pembelajaran.

"Lepas ni kau nak pergi mana?" Linda bertanya ketika kelas sudah semakin ke penghujung.

"Makanlah. Kau tak lapar ke?"

"Aku makan kat Fakulti Kejuruteraan kut. Ada Tinder date."

"Desperatenya kau wahai perempuan."

"Henlo, of course aku desperate. Kau dah taken, si Ezzah pun dah asyik takde je..."

"Speaking about Ezzah, kau perasan tak dia dah jarang lepak dengan kita?"

"Perasan je. Alah, biasalah. Dia pun nak merasa bahagia jugak."

Sekali lagi, Linda nampak macam menyembunyikan sesuatu daripada aku. Sejak bila minah ni reti nak berahsia bagai dengan aku? Selama ini, semua benda cerita kat aku. Mana ada rahsia langsung.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 05, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sekuntum Bunga Bernama NatashaWhere stories live. Discover now