FG: 06

2.2K 189 18
                                    

"Apa yang dah jadi dekat Hyera?!"

"Jungkook!" Yoongi cuba menghentikan Jungkook yang dah tak berada dalam kawalan.

"Bagitahu la! Apa dah jadi!!"

"Dia cuma pengsan je! Dia kekurangan air dalam badan, pastu kerja lebih masa. Doktor cakap keadaan dia tak teruk. Jangan la risau!" Namjoon pula bersuara. Hanya mereka saja yang tahu akan hubungannya dengan Hyera. Tetapi Seokjin tidak.

"Dia tengah tidur, tapi kalau kau nak tunggu dia, pergi lah masuk." kata Taehyung pula.

Jungkook pun terus masuk ke dalam wad di mana Hyera ditempatkan. Sebaik saja dia dapat panggilan dari Yoongi, terus dia hilang akal jadinya. Dia tak fikir lagi dah pasal Yerin ke apa ke. Dalam kepala otak dia sekarang, Hyera.

-----------

Yerin merayau sekitar shopping mall tu, kalau-kalau dia jumpa Jungkook. Dia sebenarnya agak panik sebab tiba-tiba Jungkook hilang, tapi dia cuba tenangkan diri.

Sedang dia merayau tu, ada benda menarik perhatiannya.

"Hmm? Comelnya… Macam aku." kemudian dia tengok tag harga.

"Tapi aku tak ada duit sekarang.. Haih, Jungkook. Mana kau!!" mulutnya dimuncungkan apabila dia tak dapat beli patung yang dia inginkan.

Dah la tak ada duit, macam mana nak balik? Dia tak nak telefon Seokjin, nanti menyusahkan pulak.

Dia cuba telefon ibunya berkali, tapi tak dapat. Tengok-tengok telefon tinggal 1%. Sudah.

"Takkk! Ah shit!" dia mendengus geram. Masa nilah bateri habis. Kenapa hidup terlalu kejam?

Sekarang macam mana dia nak balik?

"Maaf?"

Bahunya dicuit berkali-kali.

"Ya? Ehhh! Minguk?! Nasib baik jumpa awak! Tolong tumpangkan saya balikk!" pinta Yerin dalam pada masa yang sama berasa gembira apabila terjumpa lelaki tu.

"Okay, kalau macam tu jom."

"Kejap! Boleh tak awak belikan patung beruang ni?? Comel sangat  tapi saya tak ada duit. Esok saya ganti. Kita jumpa kat Starbuck."

"Betul ni? Okay."

Minguk pun belikan Yerin patung beruang tersebut. Dah tentu hati gadis tu gembira. Rasa macam nak lompat sampai ke langit!

---------

Akhirnya tiba juga di rumah Yerin.

"Ah! Ni sapu tangan awak. Saya dah basuh walaupun saya tak guna pun." Yerin serahkan sapu tangan berkain satin tu kepada Minguk. Minguk cuma menguntumkan senyuman kepada Yerin.

"Thank you! Saya pergi dulu." Yerin melambaikan tangannya, Minguk membalas semula lambaiannya.

Sebaik saja keretanya keluar dari perkarangan kediaman keluarga Kim, Yerin pun masuk ke dalam dengan perasaan girang. Tapi rasa sakit hati terasa apabila dia teringat bahawa Jungkook tinggalkannya seorang diri.

"Tak guna punya jantan! Pikir aku ni kucing ke anjing ke senang-senang nak tinggal centu je?"

Telefonnya berdering sebaik saja dia habis mengutuk Jungkook. Di skrin, tertera nombor yang tak dikenali. Tapi dia jawab juga.

"Hello?"

"Hello, ni Pakcik Jeon. Nak tanya, macam mana hari kamu dengan Jungkook?"

Yerin terdiam sekejap. Kalau dia bagitau perkara sebenar, nanti mesti Jungkook marah. Dia jugak sakit hati.

"Semuanya baik-baik je. Saya baru je sampai rumah, dia hantarkan." jawabnya dengan penuh penipuan.

Tuan Jeon di talian gelak tanda puas hati.

"Baiklah, bagus lah macam tu. Pakcik letak dulu ya?"

Mereka pun tamatkan perbualan pendek mereka.

-------------

"Hyera, awak dah bangun? Saya ada belikan bubur." Jungkook keluarkan bekas yang berisi bubur dari plastik.

"Jungkook… Awak datang."

"Dah tentu." Jungkook melemparkan senyuman. Kemudian dia menghadiahkan kucupan di dahi gadis itu. Membuatkan gadis itu tersenyum gembira

"Thank you…"

"Tak perlu pun. Awak girlfriend saya, saya kenalah jaga." ujar Jungkook sambil mencedok bubur masuk ke dalam mangkuk kecil lalu dia duduk di kerusi yang terletak bersebelahan katil.

"Bukak mulut, makanan nak masuk."

"Jungkook…"

Jungkook letak semula sudu tersebut ke dalam mangkuk.

"Kenapa awak tak bagitahu?"

Hyera terdiam.

"Kenapa awak tak bagitahu awak mengandung? Saya risau awak tahu tak? Kenapa awak tak jaga kesihatan awak? Tengok apa dah jadi… Bayi tu tak bersalah. Tapi—"

"Saya cuba cari masa yang sesuai nak bagitahu, tapi bila saya jumpa masa yang sesuai, saya dapat tahu pula yang awak akan berkahwin. Saya taknak guna anak ni sebagai alsan dekat appa awak. Saya tak tahu perkara ni akan terjadi. Saya tak tahu yang saya akan kehilangan anak ni…"

Jungkook mengetap bibirnya, cuba untuk hilangkan rasa sedihnya. Baginya, kalau bukan Yerin sebagai penghalang anak ni masih hidup, dia akan berkahwin dengan Hyera. Lebih senang, dia akan gembira. Tapi nampaknya hidup tak memihak padanya.

"Tak apalah Jungkook, saya mungkin kehilangan anak ni, tapi saya masih ada awak di sisi. Janji jangan tinggalkan saya?"

Jungkook mencapai tangan Hyera dan genggam tangan gadis tu.

"Ya."

-----------

"Jungkook." Panggil Minguk, namun panggilannya tak diendahkan. Dia menarik bahu Jungkook, namun ditepis.

"Apa kau nak?"

"Kenapa kau layan Yerin macam tu? Dia tu bakal isteri kau."

Jungkook tersenyum sinis. Kenapa abang tirinya perlu ambil berat tentang halnya dan Yerin tiba-tiba?

"Kenapa kau tanya?"

"Aku terjumpa dia dekat pasaraya. Dia sorang-sorang kat situ, merayau. Dia tu dah la perempuan. Kalau apa-apa jadi macam mana??!" tengking Minguk.

"Biar la kat dia. Lagipun  siapa je nak culik dia? Tak sempat angkat, patah dah tulang. Dia? Hahhahaha tak payah risau la. Lagipun kau siapa nak sibuk hal aku dengan dia? Lagisatu, muka aku nampak macam kisah?" balas Jungkook. Terus dia masuk ke dalam biliknya lalu pintu dihempas.

-------------------
UPDATE

-------------------UPDATE

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
Fat GirlTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang