3 bulan dah berlalu semenjak perkahwinan antara Yerin dan Jungkook. Jungkook pun sekarang rapat dengan Seolhyun, tapi apapun dia juga rapat dengan Hyera. Namun jarang dorang bercakap kalau berjumpa. Seperti biasa, Yerin mulakan rutin hariannya.
Jungkook pun keluar lagi harini, katanya kerja seperti biasa. Femes sangat ke Jungkook ni sampai hari-hari ada photoshoot? Hairan jugak Yerin.
Petang tu, Tuan Jeon datang ke rumah. Jungkook yang pada masa yang sama dah habis pengambaran balik ke rumah sekejap petang tu. Fikir nak pergi chill dengan Yoongi. Tapi dah Tuan Jeon dan abang tiri dia Minguk datang, terpaksa tangguh kejap.
"Appa rasa dah tiba masanya Jungkook kena mula kerja dekat company. Mula-mula Jungkook kena berlatih buat apa yang patut. Minguk akan ajar kamu. Memandangkan dia pun memang tahu kerja yang dia buat dan apa yang dia patut ajar kamu. Kamu akan diberi 2 bulan, lepas tu terus kena start kerja kat company." kata Tuan Jeon panjang lebar.
"Tapi macam mana dengan kerjaya Jungkook sebagai model? Takkan nak tinggal macam tu je?"
"Ya, tinggalkan jela. Bukan penting pun. Kerja ni lagi penting. Nanti kamu dah ada anak, kamu kena ajar dia pula." balas Tuan Jeon.
Jungkook terdiam lalu pandang Yerin dengan pandangan jijik.
"Anak? Dengan dia ni?"
"Yelah, siapa lagi?"
"Sampai mati Jungkook takkan ada anak dengan dia kalau macam ni." kata Jungkook yang kemudiannya bangun dari tempat duduknya lalu naik ke biliknya di atas.
Tuan Jeon mengeluh tanda sedikit kecewa dengan Jungkook yang suka pandang rendah pada Yerin hanya sebab dia gemuk. Minguk pula rasa bersalah terhadap Yerin dengan kelakuan Jungkook. Minguk dan Yerin sekarang berkawan baik, dan bila Yerin sedih, Minguk jelah tempat dia meluah segala isi hati.
3 bulan berlalu banyak juga benda berlaku. Kedua orang kawan Jungkook, Taehyung dan Jimin sekarang dah berkahwin. Berlaku salah faham antara Seokjin dengan Tuan dan Puan Kim, mengakibatkan Seokjin lari dari rumah, pergi ke luar negara. Yerin dah tentu risau dan sedih. Telefon tak angkat, mesej tak balas.
Bila Jungkook buat dia sedih, dia mengadu pada Seokjin, tapi sekarang Seokjin tak ada, Minguk menjadi penggantinya.
Keesokkannya, petang tu Yerin melawat Minguk di pejabatnya.
"Kopi atau teh?" Soal Yoo Cassandra, PA Minguk.
"Bagi air kosong ya." balas Yerin dengan senyuman, namun Cassandra balas dengan jelingan, membuatkan Yerin terdiam seketika.
"Maaf la buat awak tunggu. Dah lama sampai? Saya ada mesyuarat tadi. Pastu kena uruskan hal Jungkook."
"Baru sampai. Macam mana dengan Jungkook? Dia okay ke dengan latihan dia kat sini?"
"Macam budak-budak jugak dia tu. Selalu mengadu itu ini. Susah la, bosan la. Fikir kerja ni untuk main-main mungkin." Minguk dan Yerin ketawa. Bab mengata Jungkook memang suka dorang ni.
"By the way, betul ke awak nak masuk program tu?" Soal Minguk tentang mesej yang dihantar Yerin beberapa hari yang lepas. Baru dia teringat nak tanya.
"Ya, saya dah tekad nak masuk program tu. Lagipun, pergi gym pun tak ada perubahan. Maybe kalau masuk program ni, boleh kurus." balas Yerin.
"Okay, tapi jangan push diri tu sangat. Apapun, pasal Seokjin… Saya dapat maklumat yang dia ada di Perancis sekarang. Tapi alamat tak diketahui. Dengarnya, dia kerja jadi chef." beritahu Minguk. Yerin ada minta bantuannya untuk cari Seokjin memandangkan dia hilang tanpa bagitahu apa-apa. Dah tentu dia sekarang nak cari abang kesayangannya tu.
Yerin menghela nafas lega. Walaupun maklumat yang dia dapat sikit saja, tapi dia tetap rasa sedikit lega. Dia menghirup air kosong yang dihantar Cassandra.
"Baiklah, saya kena pergi ni. Awak pun kena kerja. Saya pergi dulu la ya."
"Malam ni saya datang bawak kek lagi."
"Ala, tak payah la. Nanti makin gemuk la."
Malam tu, Minguk tetap datang dengan membawa kek juga. Jungkook masih tak balik, padahal sebelum dia balik, Jungkook dah minta diri dulu. Dia fikir dah balik, tapi ni batang hidung pun tak nampak.
"Jungkook tak balik lagi?" soal Minguk hairan.
"Ya, selalu macam tu la. Bila dia balik saya tanya dia kata dia kerja lebih masa. Kenapa?"
Minguk terdiam seketika. Dari situ dia dah tahu Jungkook ada muslihat lain. Padahal hari-hari Jungkook minta diri balik awal, kenapa kata dia kerja lebih masa pulak? Minguk hanya menggelengkan kepala dan sambung memakan kek yang dibelinya bersama Yerin.
--------------
🍁🍁🍁Mata Minguk melekat pada Jungkook yang sedang menyusun fail ke dalam laci.
"Kau dah kenapa tenung aku macam tu?" kata Jungkook sambil dia fokus menyusun fail. Minguk menggelengkan kepalanya.
"Ni nak tanya. Selalu, kau bukan main balik awal. Tapi bila aku pergi rumah kau, kau takde pun?"
Jungkook berhenti buat kerja dia seketika. Terkejut dengan apa yang Minguk beritahu.
"Kejap, kenapa kau pergi rumah aku?" soal Jungkook kehairanan. Sejak bila abang tirinya tu rajin pergi rumah dia? Dia pun tak tahu.
"Aku rapat dengan Yerin. Jadi rajin jugakla aku pergi rumah kau bila kau selalu takde. Beli kek untuk dia. Dia mesti lah keseorangan, takde kawan. So apa salahnya." jawab Minguk. Namun Jungkook seakan tak puas hati dengan tindakan Minguk yang suka hati pergi ke rumahnya.
"Kau tak jawab lagi soalan aku." kata Minguk.
"Bukan urusan kau." jawab Jungkook yang kemudian sambung kerjanya.
Malam tu, Minguk cuba perhatikan gerak geri Jungkook. Dia nak tahu kemana Jungkook pergi.
Dia ikut kereta Jungkook dan tiba di sebuah rumah. Dia nampak seorang gadis keluar dari rumah tu. Gadis berambut panjang, dia mengukir senyuman apabila Jungkook keluar dari kereta dan membukakan pintu untuknya.
Bila dia tengok betul-betul wajah gadis tu, dia baru teringat. Gadis tu namanya Seolhyun, dia tahu dari majalah Cecí. Dia merupakan model yang terkenal buat masa ni dan pernah bekerjasama dengan Jungkook.
"Skandal?"
--------------
huhuhu , rasa macam merepek je ff ni lama-lama . tak sampai berpuluh chapter lagi dah rasa down sikit dengan ff ni :/ maaf la kalau merepek . satu lagi , maaf la kalau selalu update lambat ff ni , ada hal yang tak dapat nak dielakkan . apapun , thanks to sesiapa yang vote dan komen . and again, maaf kalau ttba fina pergi unpub ff ni 😔
tbc.
KAMU SEDANG MEMBACA
Fat Girl
Fanfiction"Woi, gemuk. Nyah kau dari sini." "Eii, macam bab-" Kim Yerin, gadis yang berbadan gempal. Sering diejek kat sekolah menengah. Sampai la satu hari, keluarga dia paksa dia berkahwin dengan Jeon Jungkook yang sekarang ni adalah seorang model dan pada...