sudah seminggu semenjak kejadian antara yerin dan minguk berlaku. tipulah kalau minguk lansung tak rindu gadis tu. nak telefon tapi kata-katanya pada haritu bermain di fikirannya. dia tak mahu hancurkan rumah tangga jungkook. nak taknak dia terpaksa mengaku dia tak cintakan yerin. kalaulah gadis tu tahu betapa kuat perasaannya terhadap dirinya, mesti mereka berdua lari dari sini bersama-sama dan ada hidup bersama sendiri.
dia hanya boleh berimaginasi. dalam hati, mengharapkan imaginasi menjadi kenyataan. dia pandang telefonnya yang ada di sebelahnya.
dia ambil dan berfikir sejenak. patutkah?
nafas ditarik dalam-dalam, nombor yerin dia dail.
"hello."
terasa seperti dia tak boleh bernafas sebaik saja dia dengar suara gadis tu. rindu dia rasa terubat. rasa seperti nak menangis.
dengan suara yang gementar dia balas, "h-hello, yerin." disebutnya nama gadis itu dengan senyuman seolah dia bercakap secara depan.
"kenapa." yerin hanya balas sepatah, seperti dia mahu menamatkan panggilan dengan cepat. minguk faham mengapa dia berbuat demikian. sudah tentu sebab apa yang terjadi.
"yerin, saya nak jumpa awak." dia menyatakan hasratnya.
"buat apa. kita bukannya ada apa-apa. jangan buang masa awak." balas yerin. disangkanya gadis itu akan tamatkan perbualan.
"saya serius ni. saya akan ambil awak pukul 1 ni." sebaik saja minguk habiskan ayatnya terus yerin letak. dia melepaskan keluhan. salah dia juga. kalau tak, yerin takkan layan dia sebegitu.
----------------
mereka berdua duduk bertentangan antara satu sama lain. minguk yang menikmati makanannya melihat yerin yang lansung tak menyentuh makanan yang dipesan.
"kenapa tak makan?"
"tak lapar."
pinggan yang berisi daging stik yang lansung tak disentuh yerin diambilnya. dia potong daging tu kepada cebisan-cebisan kecil. dia letakkan semula pinggan tu di hadapan yerin.
"nah, awak makan la. sedap tu. awak pun nampak macam makin kurus saja." kata minguk tetapi tak dilayan. namun dia tak berputus asa.
"nak saya suap? meh saya suap." dia cucuk daging yang sudah dipotong dengan garfu lalu dia suakan ke mulut yerin. gadis tu memandangnya dengan pandangan seperti mahu memaki, namun gadis tu kekal diam.
"makan laa." minguk memuncungkan mulutnya, membuatkan wajahnya kelihatan lawak. yerin tersenyum sedikit dan dia pun makan daging yang disuap minguk.
"haa, makan pun. kan bagus macam ni. nak kena suap lagi ke??"
"ish, takpayah la. bagi balik garfu tu."
minguk ketawa kegembiraan kerana akhirnya dia dapat buatkan yerin senyum. dia serahkan garfu kepada yerin. gadis tu mula makan dengan berselera.
"saya minta maaf." ujar minguk sambil melihat yerin. senang hatinya melihat gadis itu semula.
"memang patut pun awak minta maaf. seminggu saya tunggu awak minta maaf. baru hari ni nak bagitau?" balas yerin seakan bergurau.
"saya minta maaf sebab tipu yang saya tak cintakan awak." sambung minguk lagi. terkedu yerin mendengar kata-katanya.
"apa?"
KAMU SEDANG MEMBACA
Fat Girl
Fanfiction"Woi, gemuk. Nyah kau dari sini." "Eii, macam bab-" Kim Yerin, gadis yang berbadan gempal. Sering diejek kat sekolah menengah. Sampai la satu hari, keluarga dia paksa dia berkahwin dengan Jeon Jungkook yang sekarang ni adalah seorang model dan pada...