FG: 15

2.5K 162 19
                                    

Seminggu berlalu semenjak Jungkook dan Hyera berpisah. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. Itulah Jungkook. Walaupun depan mata terbentang Yerin iaitu bini dia yang kini cantik, cun melecun, lansung dia tak pandang. Walaupun dia sememangnya ada hati, tapi apakan daya, dia ditinggalkan buat kali kedua oleh gadis yang dia cintai semenjak sekolah menengah.

Dah tentu dia letakkan semua kesalahan  ke atas bahu Yerin, kalau dia tak berkahwin dengan gadis tu, mesti hubungannya dengan Hyera akan berkekalan.

tok tok tok!

Pintu diketuk buat kali ketiga, namun masih tak disahut Jungkook. Perasaan yang dia simpan sedikit kepada Yerin terus serta merta bertukar menjadi benci.

Pintu yang tak berkunci tu dibuka, kelihatan Jungkook sedang duduk di meja bacaannya. Wajah Yerin dipandang sekilas olehnya.

"Jungkook, jom la makan. Sikit pun jadilah. Harini awak tak makan lagi pun. Saya risau…" Yerin meletakkan dulang yang di atasnya ada beberapa mangkuk berisi makanan ke atas meja bacaan Jungkook.

"Taknak. Kau pergilah. Aku taknak tengok muka kau." halau Jungkook dengan kasar. Muka gadis tu lansung tak dipandangnya.

"Tapi Jungkook, penat saya masak ni. Saya dah la risau sebab awak tak makan lagi harini. Saya sebagai isteri—"

"Pergi mampus la dengan title kau sebagai isteri tu. Ada aku suruh kau masakkan untuk aku? Ada aku suruh kau kahwin dengan aku? Takde kan? Jadi sekarang kau berambus. Kau, tunggu masa je aku ceraikan kau. Pikir sekarang kau dah lawa, aku hamak la kat kau? Jangan lupa kau tu dulu macam mana? Macam **bi." dulang yang ada di atas mejanya ditolak jatuh ke lantai. Habis makanan tumpah.

"Jungkook!" Yerin melutut ke lantai untuk kutip balik makanan-makanan tersebut. Rasa macam air mata dia akan mengalir bila-bila masa.

"Jungkook, memang awak tak mintak untuk berkahwin dengan saya. Tapi awak jugak kena ingat yang saya pun tak mintak untuk berkahwin dengan awak. Ya, saya rasa seronok akhirnya dapat berkahwin dengan orang yang saya suka semenjak sekolah menengah, tapi saya tak lupakan tanggungjawab saya sebagai isteri awak. Sekurangnya saya cuba untuk tak terlalu mendesak awak untuk— untuk cintakan saya." dia keluar dari bilik bersama dengan dulangnya. Air matanya mula jatuh.

Dia fikir yang bila dia dah cantik dan kurus Jungkook akan sukakan dia, tapi apa yang dia harapkan tu rupanya salah. Hatinya rasa bagai ditikam apabila dengar Jungkook menghina dia.

Panggil dengan panggilan yang dia selalu diejek waktu sekolah menengah dulu. Kenangan pahit yang dia taknak ingat.

Air mata dia dah mula tak boleh berhenti mengalir. Telefonnya di ambil dari dalam poket apron. Dia mendail nombor Minguk. Yelah, dah Seokjin takde, sekarang Minguk la jadi tempat dia mengadu.

"Hello? Yerin?"

" Mingukk.."

Jelas kedengaran suara Yerin yang sedang menangis di talian.

"Yerin? Awak menangis ke ni? Saya pergi tempat awak sekarang—"

"No, tak— tak perlu."

"Apa dah jadi ni? Ha? Bagitahu."

"Minguk oppa. Walaupun Yerin dah kurus, tapi tu takkan ubah kenyataan yang Yerin dulu orangnya gemuk kan?"

Fat GirlTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang