FG: 02

3K 226 16
                                    

Jarinya lincah menaip sesuatu di komputer. Matanya melekat di skrin hinggakan tak perasan adik kesayangannya melinap masuk.

"Boo!"

"Woi Boo Seungkwan nak kawen!"

Yerin ketawa dengan reaksi Seokjin. Dia memang suka menyakat abang kesayangan dia.

"Ishhh, Yerin. Kenapa buat macam tu." Seokjin mencebik. Yerin pun buat muka tak bersalah.

"Heheh sorry, saja nak kacau." Yerin pun duduk di atas katil Seokjin. Seokjin sambung semula kerjanya.

"Ha, kenapa masuk bilik oppa ni, mesti ada something Yerin nak bagitahu kan?" kata Seokjin yang matanya masih di skrin.

Wajah Yerin yang tadi tersenyum bertukar menjadi senyuman terpaksa.

"Oppa, memang kita sebagai manusia wajib jadi kurus je ke? Memang orang gemuk tak layak hidup?" kata Yerin, membuatkan Seokjin tersentak. Terus pandangannya beralih ke adik kesayangannya.

"Kenapa tetiba cakap macam ni? Siapa yang dah sakitkan hati Yerin ni? Siapa cakap macam tu?"

Yerin diamkan saja dirinya. Dah tentu dia sedikit terasa dengan Puan Kim yang tak habis suka menyindir dan panggil dia gemuk.

Seokjin bangun dari tempat dia duduk dan duduk di sebelah Yerin. Tangannya diletakkan di bahu Yerin.

"Yerin, tak kisahla Yerin gemuk ke kurus kering macam ikan bilis ke, oppa tetap sayang Yerin tau."

Dia menarik Yerin ke dalam dakapannya. Dia sebagai seorang abang, dia sayangkan adiknya tak kira macam mana bentuk fizikal adiknya.

---------

Jungkook

Suasana dingin dan tegang di antara Jungkook dan keluarganya. Bukan ada pergaduhan ke apa. Tapi memang macam tu. Tuan Jeon yang suka mengarah dia, maki dia kalau buat salah. Puan Jeon yang merupakan mak tiri Jungkook namun dia adalah isteri pertama kepada Tuan Jeon.

"Minguk akan balik dari US tak lama lagi. Awak sepatutnya dah pilih pewaris yang sesuai." kata Puan Jeon dengan nada lembut supaya ianya tak kedengaran memaksa.

"Saya kan dah kata, Jungkook pewarisnya. Dia akan kahwin dengan Yerin dari keluarga Kim untuk kita kembangkan perniagaan." jawab Tuan Jeon.

Puan Jeon dalam hati, api membara. Dah tentu dia tak suka dengan Jungkook. Dah tentu jugalah dia nak anak dia, Minguk menjadi pewaris seterusnya sebab dia rasakan bahawa anaknya lebih layak.

Lagipun Jungkook adalah hasil daripada hubungan yang tak sah dan Jungkook pula anak kedua, manakala Minguk anak sulung. Jadi, Minguk lebih layak dari Jungkook.

Puan Jeon pun tak tahu apa sajalah Tuan Jeon nampak pada Jungkook.

Puan Jeon beredar dari bilik bacaan Tuan Jeon dengan perasaan hampa. Keluar saja, dia nampak Jungkook berdiri di luar.

"Apa kamu buat?"

"Betul ke yang hyung nak balik?" soal Jungkook sambil menahan geram.

"Ya. Dia akan balik. Jadi, kamu tolonglah. Tolong jangan sakitkan hati saya, dan anak saya." lalu Puan Jeon beredar.

"Tak guna."

---------

"Jadi… Appa panggil kamu ni sebab appa ada sesuatu nak bagitahu." Tuan Jeon menghirup kopinya.

Jungkook harap Tuan Jeon takkan beritahunya tentang kedatangan abang tirinya, ia cuma akan menambah minyak dalam api saja.

"Appa dah aturkan pertemuan kamu dengan Kim Yerin. Kamu akan kahwin dengan dia bulan depan. Ni tujuan untuk kembangkan perniagaan keluarga kita. Faham?"

Jungkook mengalih pandangangannya ke Tuan Jeon. Dia nak menentang, tapi dah tentu sakit padahnya. Dia cuba menahan mulutnya dari berkata.

"B-baik."

🍁🍁🍁🍁

Keadaan antara kedua manusia tu teramatlah tegang, dan janggal.

Jungkook hanya dengan wajah tegangnya, Yerin pula rasa tak selesa. Dia dan Jungkook berduaan dalam restoran mahal. Apa yang mereka berdua patut buat? Berbual? Tentang apa?

Baru saja Yerin nak minta diri untuk ke tandas, Jungkook mencelah.

"Jadi nampaknya, walau macam mana aku dengan kau tak setuju dengan perkahwinan ni, kita kena juga berkahwin kan?"

Yerin hanya balas dengan anggukkan.

"Apapun, aku cuma nak bagitahu. Kau jangan harapkan apa-apa layanan istimewa dari aku. Okay?" sebaik saja dia habiskan ayatnya, Jungkook bangun dari tempat duduknya dan pergi dari situ, tinggalkan Yerin berseorangan.

"Cis, ingat aku hamak sangat ke layanan dia? Poyo." ujar Yerin sambil menjeling pada Jungkook.

Dia pun bangun dari kerusi untuk beredar. Bangun saja dari kerusi, dia terpijak kain bajunya mengakibatkan dia hilang keseimbangan badan.

Nak jatuh, tapi tak jatuh. Matanya terpejam. Dia dah bersedia untuk digelakkan orang sekeliling. Tapi dia rasakan badannya tak jatuh ke tanah.

Dia pun bukak matanya untuk tengok magik apa yang dah berlaku. Depannya, ada wajah seorang lelaki kacak.

"Err, saya mintak maaf." kata Yerin sambil tersipu malu. Lelaki tu hanya tersenyum melihat Yerin.

"Tak apa, nasib baik awak tak jatuh. Apapun, saya Jeon Minguk, awak?" Lelaki tu menghulurkan tangannya.

"Saya Kim Yerin."

---------------
BONUSSS CHAPTERR

Fat GirlTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang