[4|

218 32 7
                                    

" Kita berpasangan kemudian berpecah " Arah Doktor Arash.

" Kalau macam tu, saya cadangkan Harriz dengan Najihah, Doktor dengan saya "

" Baiklah, kita berempat naik lift untuk turun ke tingkat 5, kemudian kita berpecah. Kamu berdua ikut tangga Bomba di bangunan sebelah, Saya dan Natasya lalu Jalan depan "

" Ehhh!, Kenapa kita tak ikut diaorang sekali? " Soal Natasya tidak berpuas hati.

" Padan la muka, nak sangat dengan Doktor Arash kahkah " Najihah mentertawakn Natasya, Natasya menjeling sahabatnya sekilas. Tak pasal-pasal kena berhadapan dengan manusia cannibal tu sekali lagi.

" Sebab mereka berdua akan ke bilik mayat dan ambil beberapa sample manusia. Saya dan awak, akan terus ke pintu pagar hospital "

Rahang Najihah terbuka luas, tak sangka dia yang sebenarnya akan menghadapi bahaya dan bakal bertemu mayat~

" Tutup mulut tu we, nanti lalat masuk hahaha " Natasya ketawa sendiri

" Tapi, kita nak keluar dari hospital naik apa? " Harriz memandang Doktor Arash, mengharapkan lelaki itu punya rancangan.

" Jap! Saya ada kawan yang berada luar dari hospital " Natasya mengeluarkan telefon dari kocet seluarnya.

Yang lain hanya memerhatikan sahaja perbuatan Natasya.

" Cis! Farah rupanya yang telefon. Tak guna, sebab kau la aku nyaris mati " Ngomel Natasya sendiri. Kemudian nombor Farah juga lah yang didail di papan kekunci.

" Jangan "  Doktor Arash memegang lengan Natasya, menyuruh gadis itu berhenti mendail. Pandangan mereka berpaut.

Wujud CGI bunga-bunga hayalan jatuh disekeliling mereka. Angin sepui-sepui bahasa mula bertiupan. Harriz dan Najihah tiba-tiba saja hilang, suasana mula bertukar romantis. Mereka bagaikan bukan dihospital sekarang. Rasa seperti ditempat lain, jauh dari perkara yang merunsingkan ini.

" Eherm! Dah kemaruk sangat ke sampai pandang macam nak telan masing-masing? " Perli Harriz, Najihah hanya ketawa pendek. Lamunan mereka terhenti. Potong betul.

Arash lantas melepaskan pegangannya. Mereka berpaling ke tempat lain, astarghfirullah!. Pipi masing-masing merona merah. Pfft.

" Ke-kenapa tak boleh Telefon? " Natasya Tergagap-gagap.

" Sebab diaorang boleh kesan radiasi yang dihasilakan dari panggilan telefon. Macam gelombang yang bising bagi diaorang " Jelas Doktor, barulah mereka mengerti.

" K, sekarang macam mana nak keluar? " Najihah membetulkan tudungnya yang sedikit rosak akibat sesi kejar mengejar bersama zombi tadi.

Mereka mengintai ke luar daripada bukaan pintu yang kecil. Wad 12B sudah lengang, mana yang lain pergi? Tandas kah? Zombi pun buang air?

" Ok, dalam kiraan tiga, semua lari ke bawah katil dekat baris depan tu, faham? " Arah Doktor Arash. Yang lain mengangguk tanda setuju.

" 1..2... "

Harriz terlebih dahulu memecut, Natasya yang menganggap Arash sudah menyebut nombor tiga pun turut merangkak ke bawah katil berdekatan.

Arash menepek dahinya.

" Kau gerak dulu kenapa!? " Arash cuba merendahkan suaranya.

" Maaf lah aku nervous! " Balasnya.

Selang beberapa minit, selepas diperhatikan keadaan sekeliling, Arash dan najihah berlari anak ke bawah katil yang lain.

" Sekarang? " Soal Najihah.

" Kita pindah satu katil ke satu katil. Sampai la dekat katil hujung yang dekat dengan pintu keluar tu "

[MALAY] The Adventures BEGIN✔Where stories live. Discover now