[7|

204 37 1
                                    

Ok yang ni tak payah tukar font jadi hitam tapi sebaliknya diminta agar menukar font menjadi cream. Okay, enjoy!

Faez POV

Aku menggunakan kemahiran parkour aku untuk melarikan diri, tanpa aku sedar hanya Rahman dan Nazhan sahaja dibelakang aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku menggunakan kemahiran parkour aku untuk melarikan diri, tanpa aku sedar hanya Rahman dan Nazhan sahaja dibelakang aku. Mana Sharil dengan Nazmi ?

Arash POV

Aku dah terpisah dari yang lain, Natasya dan Najihah saja yang masih bersama dengan aku. Aku harap Harriz dan yang lain selamat. Tak guna punya makhluk.

" Yang lain mana?, dah tak nampak langsung " Natasya meletakkan tapak tangan di paras kening, cuba melihat dengan teliti jikalau ada yang masih berdekatan.

" Nampaknya diaorang dah lari jauh. Macam mana ni ? " Najihah memandang aku dan Natasya silih berganti. Aku pun buntu sebenarnya, tapi tak nak diaorang risau aku kena pura-pura seperti tiada apa.

" Kita teruskan perjalanan kita, mana tahu jumpa diaorang kat depan sana nanti "

Aku terus mengorak langkah melalui kayu-kayu yang tumbang serta dedaun kering. Dua orang wanita itu setia dibelakang, dengan wajah ketakutan. Aku cuba sedaya upaya untuk membuat mereka tenang.

Harriz POV

" Nampaknya, kita berdua je lah. Lain semua dah hilang " Aku berdiri di sebelah Doktor Desi dengan nafas tercungap-cungap. Jauh kitaorang lari tadi.

" Jadi, kita nak pergi mana ni ? " Doktor Desi juga semput lari tadi. Adu kenapa lah bukan Najihah yang dengan aku sekarang ni. Dapat la aku tunjuk sifat kelelakian aku, temu janji di dalam hutan. Hehe.

" Kita jalan je lah. Jom " Aku mendahului Doktor Desi.

" Harriz, saya nak tanya sikit, boleh? "

" Apa dia? " Balas aku tanpa memandang dia di belakang.

" Awak, suka dekat Najihah ye ? "

Erk. Walaupun dia bukan Najihah, tapi aku gugup nak jawab.

" Doktor tak payah tahu lah " Balas aku mendatar. Kawal macho la.

" Oh okay.. " Nadanya hampa, suasana kembali senyap. Sebersalah la pulak.

" Tak nak tanya lagi ? " Aku cuba menghilangkan kehambaran diantara kami.

" Natasya tu, dengan Doktor Arash kan? "

Aku dah agak dah, ada cinta tiga segi dalam pengembaraan ni. Untung kau Arash.

" Kenapa, Doktor cemburu ke ? " Aku tak jawab soalan tapi sebaliknya. Saja nak tengok reaksi dia.

" Ttak- takde lah.. Saya cuma nak tahu je "

[MALAY] The Adventures BEGIN✔Where stories live. Discover now