[COMPLETED] Dalam masa satu hari, semuanya bertukar tragis.. Malaysia dah tak aman lagi.
Started [ 24| 11 |17 ]
Ended [ 11| 12 |17 ]
Credits: to myself😝
Mula-mula sekali, untuk menambahkan lagi perasaan(feel) diharap boleh tekan perkataan Aa kat atas tu↑ then pilih atau tekan warna hitam/susu. Macam dalam gambar ni↓
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Enjoy!
∆×∆×∆×∆×∆×∆×∆×∆×∆×∆
Pagi yang cerah dan indah bagi Natasya untuk pergi melawat sahabat karibnya Najihah di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Bandar Klang, Selangor. Sahabat karibnya, Najihah berada di wad 9A, menemani adik kembar lelakinya Danish yang telah diserang demam yang sudah 2 minggu masih tidak kebah.
" We jihah , aku on the way. Tingkat 9 kan ? " Soal Natasya di dalam telefon. Dia sedang memandu ke hospital itu.
" Ha betul la tu, aku ada je ni ngan Danish " Balas Najihah.
" Okok " Natasya menamatkan panggilan.
Telefon Natasya berdering lagi. Nama Farah muncul di skrin telefon.
" Ha " Jawab Natasya.
" Nat , cakapkan dengan Najihah aku tak dapat ikut kau pergi melawat adik dia, kawan aku jemput aku pergi majlis graduasi dia hari ni "
Terang Farah dengan nada kesal. Dia semestinya mahu mengikuti Natasya, tapi sahabatnya yang lain juga harus diutamakan.
" Halah takpa la, esok pun kau boleh melawatkan ? Nanti aku kasi tahu Najihah " Natasya menamatkan panggilan Farah.
Natasya
Aku mematikan enjin setelah sampai di tempat parkir hospital. Aku mengambil buah tangan di tempat duduk belakang untuk diberikan kepada adik Najihah.
Disebabkan lift hospital ni semuanya penuh dengan pelawat yang berpusu-pusu ingin melawat kenalan mereka, aku menggunakan tangga untuk ke tingkat 9. Bunyinya memenatkan, haha memang penat pun -,-
Aku mencari katil bernombor 14, setelah jumpa, aku menghampiri penghuni katil itu.
" Oit ! Miss me ? Yuhuuu " Jerit aku.
" Weh , slow la sikit. Kita kat hospital la " Tegas Najihah.
" Ahahahaha tau, saje je buat jejak kasih. Danish sihat ? " Soal aku prihatin. Matang je muka dia, badan tegap sikit. Walaupun diaorang kembar, tapi muka diaorang tak seiras.
" Dah kalau duduk kat katil ni, sihat ke ? " Balas Danish kasar, ye dia ni memang kurang ajar. Aku je yang tahan.
" Eh lupa, kau kan tenat, nak mati dah ahahahaha. Nah kek kukus, Mak aku buat " Aku meletakkan bekal berwarna biru laut di meja katil Danish.
" Masyeh wak" Najihah senyum pada aku seraya memberi aku duduk.
" Ko tau-tau je aku penat naik tangga, ada air tak ? " Soal aku tanpa segan silu. Buat apa malu-malu, dia ni kawan baik aku dari tadika hihu.
" Ee, yang sakit aku. Kau melebih mintak air semua kenapa ? Dah la bagi kek kukus je. Kek coklat takde ? " Eih mamat ni, dah sakit, mulut puaka laktu. Aku sumpah jadi kek kukus baru tahu apa erti penyesalan.
" Diam la, sakit buat cara sakit " Balas aku. Danish merengus lalu bermain dengan telefon pintarnya.
" Kau sorang je ke ? " Tanya Najihah yang baru mengambil kerusi untuk duduk.
" Haah, Farah tak ikut. Dia kena pergi majlis graduasi kawan dia " Terang aku.
" Doktor Arash ! " Jerit seorang jururawat perempuan yang sedikit jauh dari katil Danish.
Aku dan Najihah memanjangkan leher, ingin tahu apa yang sedang terjadi di hujung wad 9A.
Kelihatan 4 orang jururawat bergegas ke katil pesakit, pesakit menggelupur, nak kata sakit dia tak menjerit.
Seusai itu, seorang lelaki memakai coat doktor bergegas ke hujung wad. Dipercayai itu lah Doktor Arash, waduh hensem banget ♥-♥
" Kenapa ni !? " Soal doktor Arash.
Jururawat ada cakap sesuatu tapi aku kurang dengar, bukan sebab pekak tapi jururawat tu pelan sangat.
Setelah disuntik dengan jarum, pesakit tu pun kembali tenang. Aku dan Najihah memendekkan semula leher. Ok bunyi pelik😂
" Woi, tengok apa lagi tu ? " Najihah menepuk peha aku.
" Takda la, doktor tu putih, kau tahu kan taste aku macam mana ? " Aku masih tertumpu pada Doktor Arash yang berjalan ke luar dari wad.
Doktor Arash sempat memandang aku sekilas sebelum hilang di sebalik dinding. Allahu, hatiku~
" Kau berangan apa, dia tu lagi tua dari kau. Tak payah mimpi " Najihah mematahkan semangat aku, cis. Apa punya kawan la.
" Ha dah la, aku balik dulu. Nanti Mak aku marah lama-lama " Aku bingkas bangun ingin menyalam Najihah.
" Takkan sentap kot " Kata Najihah
" Biar la dia Kak, bising je pun kalau duduk sini " Kata Danish yang sedang ralik bermain Mobile legend, macam aku tak tahu -_-
" Tak ada la, aku tak sentap pun. Ha balik dulu nanti aku datang lagi " Aku berjalan ke luar dari wad 9A
Aku singgah di kantin hospital, peti aiskrim itu aku bukak. Aiskrim waffle dicapai. Yes, kegemaran gue.
Aku pergi ke kaunter untuk membuat bayaran.
Aku membuka bungkusan kecil aiskrim waffle itu, sambil berjalan aku makan. Tiba-tiba bahu aku terasa disentuh dan aiskrim itu pun selamat melekat di lantai.
Aku pandang aiskrim itu sayu. Kenapa, kenapa kau pergi!?
" Sorry ! " Jerit orang yang langgar aku, tak sempat nak marah. Dia dah lari sambil cakap maaf tadi.
Tapi baju yang dia pakai tu, bukan baju nurse ke? Tapi dia lelaki kan? Hahaha amende la dunia zaman sekarang.
Aku terus lupa tentang aiskrim aku yang mencair di lantai dan terus ke tempat letak kereta.
|The Adventures Paused |
Part zombi belum ada lagi, mungkin chapter 2? Mungkin? Hahahah sabar okies.
Cerita ni akan di-update pada waktu malam atau tengah malam saja. Bertujuan untuk menghidupkanperasaan seram dalam diri readers ewahh haha kasi feel la senang cite.