0 4 🦋

5.7K 398 25
                                    

0213,

Sweetheart, are we really destined for each other?

Because if we aren't, I'd just be better off dead. Because life without your presence is just meaningless.

.

.

.

.

.

KRINGG!!

Aku terus menyembamkan wajah di atas meja. Rasa mengantuk mula menguasai diri. Perlahan-lahan, aku menutup mata.

"Masa untuk makan!" Sorakan Hazwani yang tiba-tiba sahaja menerjah gegendang telinga membuatkan aku terkejut. Kus semangat!

Hilang terus rasa kantuk dibuatnya! Niat hendak tidur sekejap tadi terpaksa dibatalkan sahaja memandangkan mataku telah menjadi segar-bugar semula.

Sekarang sudah masuk waktu rehat. Seperti biasa, hanya aku dan Hazwani sahaja yang berada di dalam kelas. Yang lain pula telah lesap entah ke mana. Makan di kantin barangkali. Tak pun, lepak di perpustakaan. Memang jarang sekali hendak melihat batang hidung mereka di dalam kelas pada waktu-waktu begini.

Dengan dahi yang masih melekat pada meja, aku memusingkan kepala ke kanan untuk melihat Hazwani yang duduk di sebelahku. Dia sedang gigih membersihkan mejanya. Rajin benar minah ni. Meja aku pula masih sama seperti tadi, dengan keadaannya yang bersepah di sana dan di sini. Nanti-nantilah aku kemas.

Perasan dirinya diperhati, Hazwani berhenti mengelap sebelum menoleh ke arahku. Kami berbalas pandangan untuk beberapa saat sebelum dia akhirnya tertawa kecil.

"Tengok apa?" Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Aku cuma menggeleng sebelum aku memusing kepala menghadap meja semula.

"Ish kau ni. Nasib baik cikgu masuk lambat tadi," tiba-tiba dia mengujar.

Sekali lagi, aku memandangnya dengan wajah tanpa emosi. Sesi membersihkan meja dia sambung semula. Dia memuncungkan bibir untuk meniup bekas-bekas pemadam dan segala macam organisma yang pastinya tidak kelihatan di mata kasar. Setelah yakin mejanya bersih, dia akhirnya melabuhkan punggung di atas kerusi lalu mengeluarkan beg kertas dari bawah meja.

"Aku dah cuak tau tunggu kau dalam kelas tadi. Mujurlah cikgu ada meeting pagi." Sambungnya dengan nada yang lega.

Benar sekali. Selamat aku tak kena denda tadi. Itu pun kerana Cikgu Sejarah itu lambat masuk gara-gara ada mesyuarat pagi. Aku yang dalam perjalanan ke kelas tadi memang sudah gabra habis memikirkan hukuman yang bakal cikgu itu beri.

Erghh, ini kalau tiada meeting pagi tadi, memang jatuhlah maruah aku kena hukum jalan itik keliling blok akademik. Skenario aku yang terkedek-kedek mencangkung sambil diperhati oleh pelajar menengah rendah mula berlayar-layar dalam fikiran. Mintak simpang jauh-jauh! Mahu tak ponteng sebulan aku selepas ini kalau itu yang berlaku.

Ya, pelajar tingkatan lima pun masih kena hukum jalan itik. Ini kita bercakap tentang Cikgu Zamanilah. Cikgu tu kalau masuk part mendenda pelajar, memang sudah tiada istilah belas kasihan lagi. Tak kisahlah kau pelajar senior ke, kau anak Tan Sri ke, anak Dato' ke, waima anak Menteri sekalipun, tetap kena hukum kalau masuk lambat! Yang penting di sini pantang larang tok nek dia tak kena langgar. Itu saja.

Aku mula membuat peringatan sendiri. Selepas ini kalau nak datang lewat lagi pun tak apa, janji bukan pada hari Rabu!

"So Rara, kenapa kau boleh lambat LAGI hari ni?" Hazwani mula menyoal sambil menayang wajah prihatinnya seperti selalu. Perkataan 'lagi' ditekan.

Dia Pengawas PlayboyWhere stories live. Discover now