0 2 🦋

7.9K 496 68
                                    

1213,

Knowing you was my greatest gift. Losing you was my biggest fear. Fate really was cruel. He took you away from me. I was already mad for you and losing you mad me madder than before.

Ever since, everyday became my nightmare, because you were no longer here by my side. My world felt so dark and cold. So cold without you and your warmth.

Please... Come back to me and only me...

.

.

.

.

.

"Hani!"

Suara panggilan itu tidak aku endahkan. Selimut putih yang gebu itu aku tarik perlahan sehingga mencecah paras telinga, sekaligus menutup leher aku yang terdedah dengan udara pagi yang dingin.

"Hanira!!!" kali ini suara itu bertambah nyaring, memanggil-manggil nama keduaku tanpa henti.

"Apa?" Aku menjawab malas, dengan mata yang masih terpejam rapat. Nafsu tidurku masih aktif. Tambah-tambah lagi aku letih dan otot aku masih terasa lenguh akibat aktiviti ko-kurikulum sekolah yang diadakan pada minggu lepas. Oleh itu, hanya tidur yang aku benar-benar dambakan sekarang.

Bimbang lenaku terusik, bantal peluk yang berada di sisi aku tarik. Aku berkira-kira hendak menutup telingaku dengannya untuk menghalang segala bentuk gangguan tidur terutamanya gangguan bunyi daripada menerjah masuk ke dalam cuping telingaku. Belum sempat aku lekap objek itu ke telinga, aku terdengar suaranya lagi.

"Kau dah lambat ni!"

Serta-merta, mataku terbuntang luas.
Lambat? Lambat untuk apa?

"Kau tak nak pergi sekolah ke?" Dia menjerit dengan kuat. Suaranya agak tenggelam. Dapat aku tebak dia berada di bilik sebelah, yakni kamarnya sendiri.

"Bukan ke hari ni hari cuti?" aku menjerit balik ke arah dinding yang memisahkan bilik kami. Dahiku sudah berkerut hebat. Dalam diam aku mula menitip doa semoga apa yang dia lontar itu salah dan apa yang baru saja aku sebut itu betul. Betullah kan, aku memang rasa tengah cuti pun.

"Masih bermimpi ke dik?" Dia tertawa kecil mendengar balasanku. Jawapannya membuatkanku segera mencapai jam yang berada di kepala katilku.

WED.

Rabu? Aku benci Rabu. Okey pernyataan yang kurang tepat. Sebenarnya semua hari yang ada sesi persekolahan aku tak suka. Isnin pulak? Tak payah cakap. Aku memang dilahirkan untuk membenci Isnin. Dengan waktu perhimpunannya lagi. Subhanallah!

"Dah tengok hari?" seolah-olah aku sedang diperhatikan, dia bertanya lagi. Kemudian, dia menyambung.

"Tengok sekarang dah pukul berapa."

Aku segera merenung jam itu semula untuk melihat angka yang tertera di sana.

6:37 pagi.

Lah. Baru pukul enam lebih. Kalau ya pun nak kata hari ni hari sekolah, masih awal lagi ni.

Eh...

Kejap!

Enam? Enam??

Nombor genap itu aku sebut berulang kali di dalam hati sebelum mataku terbeliak untuk kali yang kedua.

Aku mulai berasa cemas. Dah pukul enam weh! Lebih pulak tu!

Selimut gebu lantas aku lempar ke sisi katil. Aku terkocoh-kocoh bangun sebelum mengatur langkah yang tergesa-gesa ke arah rak yang menempatkan tuala. Rasa mengantuk tadi sudah hilang sepenuhnya.

Dia Pengawas PlayboyWhere stories live. Discover now