| Sudut Pandangan Ketiga |
.
.
.
Mati akal sudah wanita itu. Dari tadi anak keduanya yang berusia empat tahun itu menangis-nangis.
Sudah hampir seminggu mereka berdepan dengan isu yang sama. Sejak keluarga Athya balik ke tanah air seminggu yang lepas, anak keduanya mula meracau-racau meminta sesuatu.
Kalau yang diminta itu barang, dia boleh bagi lagi. Ini tidak, permintaannya langsung tidak masuk akal!
"Sayang, jangan nangis. Don't cry, boy."
Tetapi semakin dia memujuk, semakin agresif anaknya memberontak. Pujukan yang diberi tak ada effect langsung. Malahan, anaknya yang satu itu sudah berani menepis sentuhannya. Dipeluk apatah lagi. Makin teruklah dia melawan!
Bahu kecilnya terhenjut-henjut menahan esak tangis. Matanya sembap. Wajahnya kemerahan. Parah, parah. Sudah terlampau lama anak ini berendam dengan air mata.
"Sayang please, jangan macam ni. Come to mama. Mama promise mama will buy you many new toys!" Ibunya memujuk lagi sambil tersenyum manis.
"I don't want new toys! I want angel!" Tangisannya semakin menjadi-jadi.
Sekarang dia benar-benar buntu. Disogok dengan mainan baru pun tak nak. Dia tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Semua sudah dicuba. Dan semuanya gagal.
Dulu masa dia kandungkan anak pertamanya, tak adalah seteruk ini. Anak pertamanya tak ada menangis-nangis macam ni. Semasa anak pertamanya berumur lima tahun pun, dia tak mintak benda yang pelik-pelik. Syukur alhamdulillah. Tapi masuk saja bahagian anak keduanya, haduh!! Sakit sudah kepalanya dengan ragamnya yang aneh itu!
Dear God, what possibly had gone wrong?
Dia merenung anak kecilnya yang masih tersedu-sedan itu. Tidak lama kemudian, seorang lelaki masuk ke dalam bilik itu. Mereka bertentang mata buat seketika sebelum wanita itu melarikan anak matanya.
"Sayang?" Lelaki itu memanggil. Dia masih tercegat pada pintu bilik itu. Wanita itu tidak menyahut. Dia sudah terlalu letih untuk bersuara.
Lelaki itu bersimpati dengan isterinya. Dah penat sangat dah tu.
You did well, sayang.
Apabila terdengar suara ayahnya, segera budak lelaki tadi berdiri lalu menerpa ke arahnya.
"Daddy!! I want angel!!" Permintaan yang mustahil itu disebut untuk kali yang entah keberapanya. Lutut ayahnya dipeluk beserta tangisan yang mencurah-curah.
Ibunya memicit kepala lagi.
"Tadi I dah call family Athya. Dorang mintak maaf sebab benda ni jadi."
Wanita itu cuma membisu mendengar penjelasan suaminya. Dia sudah tidak punya tenaga lagi untuk membalas.
Lelaki itu memeluk anaknya ke dalam rangkulannya sebelum mengusap lembut rambutnya.
"Dorang tak tahu nak tolong kita macam mana tapi, will a video call be enough?"
Video call?
Kenapalah dia tak terfikir sebelum ni?
"Bila?" Akhirnya dia bersuara. Suaminya dipandang dengan penuh pengharapan.
YOU ARE READING
Dia Pengawas Playboy
Teen Fiction1 | Passive Keeper "Kau ni lahir-lahir je kat atas muka Bumi ni memang nak seksa aku ke?" Sinis aku menyindir sambil menjeling tajam ke arah satu-satunya insan yang aku benci. Meluat. Paling menyampah! "What can I say? It's my duty." Selamba dia men...