Aku akhirnya hadir ke majlis hari lahir puteriku sendirian. Aku meminta pemandu CekBad menghantarku. Majlis diadakan waktu siang di rumah mummy. Satu keberuntungan walaupun aku tidak lagi menjadi penghuni di rumah tersebut tapi kehadiranku masih dialu-alukan. Aku masih ingat petang itu aku hadir dengan membawa sebuah kotak hadiah yang sederhana besar. Di dalamnya aku titipkan sepasang baju kurung yang aku tempah khas untuk puteriku. Aku bahagia melihat puteriku membesar menjadi anak gadis yang sihat dan cantik. Seusai usia puteriku sudah menjangkau 6 tahun itulah juga usia aku dan papanya terpisah.
Hatiku berdebar dengan pertemuan di majlis itu. Aku lihat dia juga sendirian. Setahuku semenjak kematian isterinya 5 tahun lepas dia tidak pernah berkahwin lagi.
Kami berdiri berdekatan mengapit Ayuni puteri kami di tengahnya. Dia kelihatan tenang dan sekali sekala aku perasan dia masih mencuri memandangku.
Aku lihat puteriku juga sangat gembira dengan kehadiranku di majlis hari lahirnya. Naluri sebagai ibu sangat cemburu melihat layanan yang diberi kepada puteriku itu. Sebenarnya aku sangat tenang.
"Sayang, mummy mintak maaf kerana memisahkan kalian sekeluarga," ibu mentuaku yakni bekas mertuaku sebenarnya sangat melankolik pada setiap pertemuan kami. Dia hampir setiap kali bersua akan menangis memelukku. Aku faham sangat dengan perangainya sepanjang 3 tahun menjadi menantunya. Dia mungkin ibu mertua yang terbaik untukku kerana hingga hari ini dia masih memanggilku sayang. Anak lelakinya juga hanya memanggil nama ringkasku apabila berpeluang berbicara denganku. Kami masih berhubungan kerana seorang puteri. Puteri Ayunni Marcella Geraldine Binti Mohd Geraldin Benjamin sepotong nama yang aku tahu setelah dia berusia setahun. Kalaulah bondaku sendiri tidak memberitahu mungkin aku tidak akan mengetahuinya.
"Cella, terima kasih kerana sudi hadir," Dia menegurku ketika aku melayani Ayuni makan diribaanku. Kami duduk sangat dekat dan aku perasan bahu kami hampir tersentuh.
"Terima kasih juga kerana Encik sudi jemput saya," balasku. Tutur kata aku jaga kini membataskan perhubungan kami menjadi lebih formal. Aku tidak ingin lagi menjadi sebahagian dari sebuah perhubungn lama yang telah terputus itu. Aku genggam kuat pernyataan kini bahawa aku hari ini sudah berstatus seorang isteri kepada lelaki lain. Aku sedar aku perlu jaga batasan itu. Aku cuba tepis semua perasaan yang boleh mengingatkan kembali kepada sebuah sejarah lama dulu.
Selesai majlis aku tidak bercadang berlamaan di majlis itu. Walaupun hatiku sedih meninggalkan puteriku tapi aku tahu puteriku dijaga dengan baik di sana. Aku menolak apabila mummy mengajakku untuk bermalam di sana.
Aku meminta diri ke bilik air sebelum balik. Aku memperkemaskan diriku merapikan penampilan. Aku calit sedikit lipstik warna nude dan memperkemaskan lilitan shawl.
"Bonda, ayah datang," Terkejut aku dengan sapaan puteriku di depan pintu bilik air. Wajahnya ceria sambil memegang sebuah kotak mengandungi patung Princess.
" Bila ayah sampai sayang?" Tanyaku sambil memimpin tangan puteriku keruangan di mana majlis berlangsung. Aku melihat suamiku sedang berbual dengan Papa dan Datuk Ayuni. Aku cuba memerhati dari jauh. Aku hadiahkan senyuman apabila kedua pasang mata sedang memerhati langkahku. Sambil itu aku sempat menelek keduanya. Dua lelaki yang pernah menjadi milikku.
"Sorry Honey, Bie lewat sikit," ujar suamiku sambil mencium dahiku selepas aku mencium tangannya. Aku perasan dengan pandangan kedua lelaki lain didepanku. Mantan suami dan mantan mertuaku. Aku terus memeluk lengan sasa suami. Tangannya juga melingkari pinggangku.
"Bie dah makan?" Aku cuba mengalihkan perhatian kerana aku lihat kedua pasang mata mantanku sedang memerhati ke arah kami.
"Jemput makan dulu Eddy," pelawa Gerlad sambil menunjuk ke arah meja jamuan. Di situ terdapat susunan aneka menu dengan dua orang pembantu sedang berdiri disitu.
"Jom Bie, honey ambik sikit ya," pelawaku sambil menarik tangan suami ke arah meja jamuan. Gerald kemudian bergerak ke arah tetamu lain melayani tetamunya yang baru hadir.
"Honey, ambik sikit aje ya. Bie kenyang lagi ni," usul suamiku apabila melihat aku meletakkan spaggeti penuh ke dalam pinggannya. Akhirnya aku terpaksa meletakkan semula sedikit mee spaggeti itu ke bekas asalnya. Kemudian aku membontoti suamiku mencari tempat duduk. Kebetulan banyak kerusi sudah kosong setelah ramai tetamu beransur pulang.
"Bie, terima kasih sudi datang majlis Ayuni," ucapku sambil menatap wajah suami. Aku melihat mulutnya penuh dengan spagetti yang aku ambil tadi.
"Bie kena datang. Kalau tidak isteri bie akan merajuk," ujarnya sambil tersengih. Dia mencuit hidungku mesra. Aku tersenyum bahagia dengan bicaranya. Dia juga menceritakan tentang kesibukannya sepanjang hari ini. Setelah selesai makan, kami meminta diri. Kami balik bersama kerana kebetulan aku datang bersama pemanduku dan aku menyuruh pemanduku balik sendiri kerana aku akan balik dengan suamiku.
Aku memeluk lengannya sambil kepalaku terlentok ke arahnya. Gaya manja dan mengada-ngadaku bila bersama suami. Hahaha... Gayaku dari dulu lagi. Perjalanan kami hampir setengah jam juga menuju ke rumah kami disebelah utara.
Dia bercerita tentang perlawanan kelab yang diwakilinya. Dia juga beritahu projek yang telah berjaya di bentangkan dan telah diluluskan. Selain itu beberapa projek lain yang telah dilaksanakan oleh anak buahnya menjadi tajuk perbualan. Setengah jam perjalanan berlalu dengan singkat.
Kereta kami sudah menghampiri pintu pagar rumah. Suamiku keluar dari kereta membuka pagar. Waktu itu sudah hampir waktu maghrib. Aku menunggu di dalam kereta kami.
"Bie nampak tadi bekas suami honey macam ada perasaan lagi dekat honey," ujar suamiku ketika dia membelok kereta ke arah garaj rumah kami.
Aku rasa pelik dengan omelan suamiku. Riak-riak bunga api cemburu mula tercetus.
"Bie, kenapa cakap begitu?" Aku pegang lengan kekarnya. Aku pandang wajahnya yang tenang memandu.
"Ia, betul. Sebab tu Bie peluk honey tak nak lepas tadi," Dia menekankan sedikit nadanya diiringi ketawa kecil dihujungnya.
"Eeeiii... Teruklah bie . Kita dah kahwin 5 tahun dah. Bie tak nampak lagi kesetiaan honey. Sedih tau..."
Eh! Jadi sebak pula. Airmata ni pun satu. Laju aje meluncur tanpa dapat disekat-sekat. Kereta suami berhenti di garaj untuknya dan kami masih belum keluar dari kereta.
"Bie tahu Honey, hati honey kat bie aje. Tapi bie takut juga andai dia cuba merebut kembali hati honey. Bie tak nak kehilangan honey lagi..." ujarnya sambil menggenggam tanganku. Dia kemudian memaut tubuhku dan memeluknya erat. Dia mengucup dahi dan ubun-ubunku. Aku membalas pelukan hangatnya.
"Bie percayakan honey kan. Bie kena yakin hati honey untuk bie aje," balasku separuh berbisik. Aku biarkan dia mengucup bibirku.
"Bie, apa yang penting bie percayakan honey. Janji jangan buat macam dulu-dulu tu. Hanya bie sahaja di hati honey..." sambungku lagi. Bibirnya aku pagut. Kami berbalas kucupan sebelum membuka pintu kereta dan keluar. Kami berpimpin tangan masuk ke dalam rumah yang telah dibuka pintunya oleh pembantu kami.
YOU ARE READING
Serinity Of Love Part 2
RomanceKisah cinta terus bersambung. Dia terumbang ambing dengan cinta dan perkahwinan. Bayangan semalam terus menghantui. Bagaimanakah kesudahan sebuah cinta monyet bila naik hantu. Awas ada sketsa realiti rumahtangga tidak sesuai untuk bacaan si teruna...