Bab 2: Permainan Kasih

269 4 0
                                    

Aku tahu khilaf aku. Aku pasrah. Aku tidak ingin untuk mengakuinya. Aku tahu aku sibuk. Begitu juga dengan dia.

Semenjak aku tahu dia bermain cinta semula dengan kekasih lamanya hati aku menjadi tawar. Aku benar-benar tak kisah andai ini pengakhirnya. Kisah ini pernah berlaku dulu. Dia tidak pernah serik untuk mengulanginya. Aku juga tekad untuk ulangi kisah yang lama. Kisah cinta aku dan dia yang tidak pernah berpenghujung. Cinta yang membara tapi terputus di tengah jalan.

Aku akui hati aku tidak sepenuhnya untuk dia . Aku masih nanar untuk mencapai 100 peratus hati dan perasaanku untuk dia. Dia yang menghulurkan salam kebahagian dan dia juga dalam diam menjadi api dalam sekam. Aku pasrah. Benar-benar pasrah.

"Honey, malam ni Bie balik lewat sikit. Ada perjumpaan dengan team lama."

Itu pesanan yang dititipkan ke nombor telefonku lewat mesej whatsapp. Aku baca sepintas lalu dan sudah kufahami maksudnya.

Meja makan aku kemas. Malam ini dan seperti malam-malam sebelumnya aku sendirian menghadap pinggan. Sekadar lauk ikan goreng dan ulaman hijau santapanku yang sangat lazat.

"Eddy ada di club," mesej dari Shania aku baca. Dia informerku. Sebenarnya dari dulu dia yang menjadi penyampai berita tidak bertauliah. Dia tahu kisah hidupku dan aku kenal dia juga sudah lama. Velyra, sahabat yang aku sayang juga telah berpindah jauh nun di negara Timur Tengah mengikuti suaminya yang bertugas di sana. Velyra salah seorang sahabat yang hadir dalam hidupku juga banyak mencorakkan grafik hidupku. Semenjak dia berkahwin dengan lelaki Irish yang sama keturunan dengan bapanya dia terus mengikuti suaminya.

Aku... Masih samar dan jatuh cinta kembali dengan sebuah perhubungan yang lama. Setelah beberapa bulan kahwin barulah aku menyedari aku tidak pernah menyintai dia. Aku hanya sekadar menyayangi dia sebagai seorang sahabat. Walaupun istilah sahabat dalam perhubungan seorang lelaki dan wanita dinafikan tapi aku lebih sanjungi persahabatan dari sebuah percintaan. Semua moment antara aku dan dia masih segar dalam ingatanku.

Selesai makan aku berehat seketika. Menonton drama di televisyen. Bersendirian. Ketawa dan termenung sendirian.

"Honey, Bie sibuk sikit sekarang ni. Bie ada latihan setiap hari. Dah lama tak berlatih Bie rasa stamina semakin menyusut..," teringat perbicaraan aku dengan dia beberapa minggu yang lepas. Ketika itu kami dalam kereta sewaktu perjalanan pulang dari pejabat. Dia yang memandu kereta.

"Bie, malam nanti temankan honeyke rumah mummy ya. Honey nak jumpa Ayuni. Hari ni majlis hari jadi dia," Tangan dia aku raih. Wajahnya yang tenang memandu aku tatap. Mengharapkan jawaban yang menenangkan dari dia.

"Honey, sorry malam ni Bie ada games lagi.." Aku tak mahu dengar jawapan itu. Luluh hatiku. Aku akui kesibukan dia. Dia sangat sibuk di siang hari terutama waktu petang. Walaupun kami bekerja satu pejabat tetapi petangnya kami jarang balik bersama ke rumah. Bahkan malam pun dia akan pulang selepas tengahmalam. Aku kerap sendirian melalui malamku. Lagipun aku juga telah mengupah seorang pemandu. Semuanya atas arahan nenda dari awal. Aku lebih banyak berkenderaan dengan pemanduku berbanding sendirian.

Sesalkah aku kerana membina perhubungan yang rapuh ini? Aku mengetuk meja kaca di dapur sambil menikmati secawan minuman coklat. Aku rasakan rumah ini terlalu sunyi semenjak aku masuk ke sini. Kalau diikutkan rumah ini ada 3 orang pembantu yang diupah nenda tetapi aku tidak bergaul mesra sangat dengan pembantuku itu. Bukan sombong atau batasan antara pekerja dengan majikan tapi aku lebih suka bersendirian.

Malahan kamarku di tingkap atas juga aku hadkan pergerakan. Aku hanya benarkan pembantu masuk ke kamarku untuk membersihkannya seminggu sekali sahaja. Iaitu setiap petang khamis. Hari lain mereka dibenarkan menyapu lantai dan habuk di bahagian luar sahaja. Untuk pembersihan harian, aku lakukannya sendiri. Aku terlalu menjaga privasi di kamarku.

"Bie betul ke tak dapat temankan honey malam ni?" Aku bertanya sekali lagi melalui telefon. Walaupun aku sudah tahu jawapannya, hatiku masih berharap dia akan berubah fikiran.

"I'm sorry honey. Bie betul tak dapat pergi."

"Okey. Takpelah. Honey pegi dengan CekBad ajelah..." jawabku sayu sebelum memutuskan panggilan telefon.

Aku melihat ke arah wadrobe pakaianku. Aku merancang untuk mengenakan blaus berbunga merah dan skirt kembang warna peach digabungkan dengan selendang warna peach juga.

Aku sebenarnya telah bertudung semenjak balik dari belajar. Suamiku juga amat menyenangi dengan penampilanku. Dia yang memberi sokongan kepadaku untuk berpakaian muslimah.

Hadiah untuk Ayuni telah aku beli dan tempah minggu lepas lagi. Aku agak teruja untuk meraikan hari lahirnya. Aku pernah memohon dari bekas mertuaku untuk meraikannya di rumahku tapi ditolak dengan berhemah. Alasannya Ayuni tiada kawan di tempatku nanti. Aku akui tempat tinggalku kini agak jauh dari rumah mereka. Teman-teman Ayuni juga tinggal berdekatan di taman perumahan yang sama.

Ayuni pernah aku ambil untuk tinggal denganku tetapi kesibukanku membataskan waktu untukku bersama Ayuni. Kini sekiranya aku free di hari cutiku barulah aku membawanya ke rumah. Aku membawanya bercuti bersamaku dan aku akan cuba memasak untuknya.

"Jangan lupa datang majlis anak kita," sepotong ayat di skrin telefon aku baca. Aku hanya membalas sepatah sahaja. Hatiku terusik dengan istilah 'anak kita'.

" Insya Allah." Jawapan terpendek aku cuba taip di aplikasi hijau.

Semenjak aku berkahwin, aku amat menjaga batasan hubungan dengan mantanku. Dia tidaklah kerap menghubungiku semenjak mengetahui aku telah bersuami. Tiga tahun bersamanya memang satu memori indah untuk kami tapi kami redha kini dengan jodoh kami. Dia juga ada memaklumkan kepadaku bahawa isterinya telah meninggalkan dia selepas setahun berkahwin dan semenjak itu dia rela bersendirian membesarkan anaknya. Hatinya telah tertutup kini dan dia seakan memberi harapan kepadaku, andainya ada jodoh kami pada masa hadapan dia rela kami bersatu kembali. Aku keliru dengan janji itu. Bila mengingatinya aku akan segera beristighfar kerana aku tahu aku ada tanggungjawab kepada suamiku waktu ini.

Aku mencuba untuk tidak membuat perbandingan dua perkahwinan yang kulalui. Ianya sangat berbeza. Lagipun aku kini lebih matang mendepani. Apa yang aku tahu, aku dan suamiku saling menyayangi. Aku tetap berdoa semoga jodohku dengan suamiku hanya maut memisahkan kami. Insya Allah.

Serinity Of Love Part 2Where stories live. Discover now