Bab 10 : Perihal Anak

172 1 0
                                    

Suara Nenda nyaring dari ruang dapur. Entahlah apa yang diperbualkan dengan bibik di dapur. Semenjak kehadiran nenda rumahku juga tidak sunyi lagi. Suara nenda memenuhi ruangan rumah samada dari dapur kadang di ruang menonton dan adakalanya di taman.
"Nenda, Sya nak keluarlah hari ni boleh tak? Dah sebulan lebih tak keluar rumah,"
"Kamu nak ke mana? Kamu tu kena masih berpantang. Badan kamu nampak aje cergas, kuat dari luaran. Tapi dalaman kamu tu tetap kena jaga."
"Nenda, Sya rasa dah kuat sangat ni. Sya rindu nak jumpa anak Sya," rayuku lagi.
"Kamu jangan nak mengada-ngada Sya, semalam baru bekas mentua kamu datang bawak anak kamu tu ke sini."
Mata nenda mencerlong tajam ke arahku. Dia menggeleng kepalanya geram melayani sikapku yang mencari alasan untuk mencapai cita-citaku.
"Sya, rindu betul dekat Ayuni nenda. Semenjak Sya keguguran ni, Sya rasa nak peluk dia sahaja. Nak dia ada depan mata Sya," ujarku sayu. Tubir mata rasa membengkak. Empangan hampir pecah.
Teringat semalam hampir tiga jam juga aku memeluk puteriku. Semalam bekas mertuaku datang bersamanya.
Terubat rindu dapat memeluk dan berbicara dengan puteriku itu. Aku ada juga menyuarakan hasrat untuk mengajak Ayuni bersamaku lebih lama tetapi mengenangkan Ayuni yang sudah masuk ke sekolah tadika berdekatan dengan rumah mummy. Nenda juga menyokong bicara mummy pasal Ayuni.
"Lepas dah sembuh nanti, Sya mesti nak kerja. Ayuni nanti sapa nak jaga. Takkan nak tinggal dekat pengasuh. Nenda tak percaya orang lain boleh jaga dia seperti Nanny dia," tegas Nenda.
"Kamu pun dulu, Nenda yang jaga. Elok juga membesar sampai sekarang ni," sambung Nenda lagi membuat aku tersengih lucu. Terimbau kenangan bersama Nenda yang agak garang mendidikku tapi penuh kasih sayang. Aku tak nafikan nenda yang menjagaku penuh kasih sayang. Garang nenda garang bertempat. Didikan nenda dan bonda sangat berbeza. Didikan nenda membuat aku belajar berdikari.
"Baiklah nenda. Sya masuk rehat dulu," ujarku mengalah. Aku mencium pipi nenda dan melangkah ke arah tangga. Seketika aku berpaling apabila nenda berdehem.
"Kalau ikutkan nenda tak bagi kamu panjat tangga sendiri ke atas. Rumah kamu ni tinggi sangat. Rasa menyesal pula hadiahkan rumah tinggi camni kat kamu. Nenda tak jangka hal begini akan berlaku..." lancang suara nenda dari belakang. Aku berpaling tidak memahami bicaranya.
"Kamu berehatlah kat bawah dulu. Tunggu suami kamu balik dulu. Biar dia bawak kamu ke atas," arah nenda lagi. Aku menggaru kepala binggung. Nenda mahukan aku berpantang lagi ke? Dah sebulan lebih aku mengikuti pantang cara nenda. Sudah sebulan aku berada di bilik bawah bersebelahan dengan ruang kamar nenda. Nenda tak benarkan aku tidur di bilik beraduku di tingkat atas. Alasannya aku kena banyak berehat kena pantang bergerak atau panjat tangga tinggi. Tak mahu urat tubuhku bergerak lebih. Aku perlu jaga pemakanan dan pergerakan. Tak boleh minum ais. Tak boleh makan itu dan makan ini. Tak boleh dekat dengan suami. Kena ikut cara nenda berpantang. Sebab itu nenda masih kuat dan sihat walaupun umurnya sudah menjejak 80an.
Aku akur. Pintu bilik kamar tetamu aku tolak. Menapak kearah katil. Nenda kemudian menutup pintuku dari luar.
Aku menapak perlahan ke arah katil. Bantal bercorak biru laut berenda silver itu aku tepuk. Mengibas tempat tidur sebelum aku menjatuhkan tubuhku dan berbaring. Rasa selesa bila dapat baring setelah seharian duduk di ruang rehat bersantai bersama nenda dan tetamu tadi.
Pagi tadi juga aku sempat bersantai di halaman. Sebulan aku berehat ini aku tak sangka nenda telah mengupah tukang kebun membuat taman mini bunga ros di tepi rumahku. Selain itu sebuah kolam kecil dan pergola juga telah dibina. Sebatang sungai kecil dan mini air terjun membuat aku menjadi rindu suasana rumah nenda di kampung. Teringat bila berdiri di tingkap boleh melihat air terjun dari seberang jambatan yang melintasi sungai tepi bukit. Aku jadi rindu dengan suasana tersebut.
Haruman bau vanila meresap di bantal membuat aku semakin terbuai. Aku cuba melelapkan mata. Cuba melupakan kerinduan itu.
Aku tertidur hingga aku rasa ada seseorang di sebelahku.
Terasa ada tangan yang membelai rambutku. Terasa pipi, dahi, mata dan bibirku dikucup. Aku biarkan dan terus memejam mata.
Selepas itu tubuhku dipeluk erat sambil baring. Nafasku rasa sesak dan aku membuka mataku.
Bauan woods maskulin menerjah hidungku.
Mata kami bertembung.
"Bie!" Panggilku separuh berbisik.
"Syyy... sorry kacau honey tidur," bisik si dia. Mulutku terus dikucupnya. Dia menolak bibirku dengan lidahnya. Memaksa aku membuka mulutku.
"Bie...!" Rengekku lagi. Terasa rindu pada sentuhannya. Aku terus meraba dadanya yang masih berbaju.
"Syyy... bie rindu honey. Bie tak sabar tunggu honey sihat sepenuhnya," suaranya mendayu separuh merayu.
"Tadi nenda panggil bie. Dia cakap honey dah boleh tidur kat kamar kita. Bie dah boleh bawak honey ke bilik atas."

"Jom bie

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jom bie. Honey nak tidur kat bilik kita," ujarku lagi. Aku membalas kucupannya. Lama kami tidak berkeadaan sebegini. Rasa rindu membuak-buak.
"Honey tak sakit lagi ke kat sini?" Tanya Eddy sambil membelai lembut perutku. Aku mengerdip mata dan menggeleng kepala.
"Honey dah sihat. Dah jemu sangat berpantang." Balasku lagi. Terdongak aku seketika apabila dia mencumbui bawah daguku. Leherku terus digigitnya geram.
"Jom, bie dokong honey ke atas," ajak Eddy. Aku mengangguk. Dia mencium pipiku sebelum bangkit. Kemudian dia menghulur tangan dan tubuhku terus dicepung.
"Badan honey dah kurus sedikit ya. Bie rasa dah semakin ringan."
Aku memaut erat leher suamiku. Tubuhku terus dicepung dan tangga ke kamar tidur didaki satu persatu. Dia terus melangkah gagah mendaki melintasi aras satu dan kemudian setapak lagi ke aras tiga di mana bilik tidur kami agak tersembunyi di situ.
Aku perasan keringat yang mula membasahi tubuhnya. Tubuhnya terus kupeluk erat. Cuba meringankan badan hinggalah pintu kamar kami di tolaknya.
"Bie, rindunya dekat kamar kita," seruku sambil mata memandang sekeliling bilik yang sudah bertukar cadar biru lembut. Perlahan tubuhku diletakkan di tengah katil. Aku menarik tubuhnya sama hingga dia terbaring tertiarap di atas tubuhku.
Matanya tunak memadang wajahku. Dia kelihatan sedikit mengah dan bibirnya sedikit terbuka menarik nafas menyedut udara setelah tenaganya dikerah memanjat tangga tadi.
"Honey, are you ready?" Tanya sambil menukar posisi. Kali ini tubuhku dipeluk dari sisi.
"Ya... hari ni dah genap 44 hari honey berehat!" Jawabku sambil menarik hidung mancungnya.
"Bie mandi dulu. Tadi bie keluar field. Melengas sikit badan," tambahnya lagi dan melepaskan pelukannya. Dia bangkit dan sempat mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air.
Aku tersenyum senang dengan reaksi sebegitu. Mataku memandang sekeliling bilik yang tidak banyak perubahan. Hanya cadar dan langsir sahaja bertukar tetapi susun atur masih sama.

Serinity Of Love Part 2Where stories live. Discover now