Bab 12 : POV Gerald

171 2 0
                                    

Aku tidak punya perasaan ? Siapa cakap aku tidak kisah. Hatiku bagaikan dicarik-carik melihat kemesraan mereka. 

Sesal ? Ya, aku sesal kerana perpisahan yang berlaku. Walaupun aku lihat dia sangat bahagia dengan pasangan barunya tapi aku cemburu. Sangat cemburu. Sepatutnya aku dan dia masih bersama. Seharusnya kami sama-sama membesarkan satu-satunya puteri yang kami ada. 

Kalaulah aku tidak tersilap langkah dulu mungkin kami masih bersama menikmati rumahtangga yang bahagia.

" Abang, Cella janji cinta kita sampai jannah," bisiknya sambil tubuhnya kupeluk dari belakang.

Dia seorang isteri yang setia. Seorang isteri yang sempurna. Mendengar kata. Menerima keluargaku dengan baik. Malahan seluruh ahli keluargaku menyayanginya. Dia juga sangat lemah lembut dalam tindakan. 

Namun siapa sangka kerana kesilapanku dia berubah 360°. Dia tega melepaskan cinta kami kerana dikhianati. 

Aku juga tidak pernah menyalahkan arwah Sheena kerana mengodaku. Aku sendiri yang terbuai dengan layanannya. Namun saat akhir kehidupannya amat mengecewakanku. 

Aku mulanya tidak dapat menerima kenyataan isteri baruku meninggal kemalangan. Apa yang mengecewakan dia meninggal dalam kemalangan bersama lelaki lain. Lelaki yang aku kenali sebagai anak didik di tempat kerjaku. Paling menyedihkan dia mengandung bukan benihku setelah aku was-was dengan usia perkahwinan dan kelahiran bayi kami. Aku tega melakukan ujian DNa dan sah anak itu bukan benihku. Mana mungkin usia 2 bulan perkahwinan kami perutnya begitu ketara besar dan bila diam-diam doktor yang kami lakukan checkup mengesahkan isteri yang aku kahwini baru 2 bulan telah mengandung 5 bulan. 

Aku bersyukur kerana selepas bersalin bayi itu lebih kerap bersama kakak iparku dan akhirnya selepas isteri baruku meninggal anak itu terus tinggal bersama kakak iparku. Aku tidak ralat sangat kerana DNa mengesahkan dia bukan zuriatku. Aku masih mengizinkan anak kecil itu daftarkan atas namaku sebagai bapanya.

Aku menerima alasan keluarga kakak iparku agar bayi itu diserahkan kepada mereka kerana aku perlu fokus menjaga satu-satunya puteri zuriatku dari bekas isteri pertamaku. Aku terima semua itu. 

Aku sedih dan sangat hampa bila mengetahui Cella telah ke luar negeri dan ditemani Eddy sebagai suaminya. Aku sukar mempercayai begitu mudah cintanya beralih arah. Dia bukan wanita sebegitu. Aku terima apa sahaja alasannya mengahwini kekasih lamanya itu. Dia pernah memberitahuku dia menyintaiku dan tidak akan sesekali membuka pintu hatinya kepada orang lain. Aku pasti dia ada sebab-sebab tersendiri kembali kepada Eddy. Tetapi melihat kemesraan perhubungan mereka aku mengandaikan dia bahagia. Dan aku... Masih sebegini belum bersedia untuk mencari pengganti.

Mummy juga tidak mendesakku untuk mencari pengganti. Malahan mummy dan daddy pernah seiasekata mengatakan perkara yang sama.

" Kamu tak akan menemui lagi isteri sebaik Cella. Mummy kehilangan menantu dan juga anak kami. " 

Bagaimana perasaanmu andainya mendengar ibubapamu bernada sayu begitu. Ya, aku mampu berdiam diri sahaja. 

Mujurlah ada puteriku yang keletah bersamaku. Bila aku merindui ibunya aku akan menatapi wajahnya. Melihat dia membesar didepan mataku membuat perasaanku terhadap ibunya tidak pernah surut.

Bila sesekali dia menjemput puteri kami itulah peluang untuk aku menatapnya dari jauh. Dia sangat bersopan meminta izin dari mummy walaupun hakikatnya dia yang melahirkan puteri kami.

Serinity Of Love Part 2Where stories live. Discover now