Aku rasakan bagaikan mimpi. Tubuhku rasa lesu sangat. Kepala pun sedikit pening. Bauan yang berbeza menepis hidungku. Di mana aku?
Mata terasa pedih menatap cahaya lampu. Rasa tidak selesa pada bahagian hidung. Aku cuba meluaskan lagi pandanganku. Kain tirai berwarna biru laut melembutkan pandangan. Suasana berbeza dari biasa bila aku bangun tidur.. Aku raba ke mukaku. Aku dipakaikan topeng gas oksigen. Rupanya aku di katil hospital. Kenapa dengan diriku.
Aku berpaling ke sisi. Kelihatan kepala seseorang berteleku di sisi katilku. Tangannya menindih dadaku.
"Bie...!" Panggilku perlahan. Kepalanya aku belai lembut. Dia seakan tidak menghiraukan panggilanku.
"Bie...!" Suara dikuatkan, nyaring sedikit. Dia bergerak dan mengangkat kepalanya. Pandangan kami bertembung. Aku menarik topeng gas yang menutupi wajahku.
"Honey! Alhamdulillah honey dah sedar. Syukur Ya Allah! Isteri bie dah sedar...!" Bisiknya tersenyum gembira. Tubuhku dipeluknya dan dicium pipiku kiri dan kanan bertalu-talu.
"Bie... ! Bie !" Rintihku perlahan. Tanganku terasa perit.
"Ya, sayang!" Dia membisikkan lembut di telingaku.
"Tangan bie tekan getah aliran air ni. Sakit!" Seruku sambil menunjukkan dengan bibir ke arah aliran botol ubat yang tertarik.
"Oh! Maafkan bie...!" Balasnya panik. Dia menegakkan diri dan menggosok lembut pada lenganku yang terdapat jarum.
"Bie, kenapa honey di sini?" Tanyaku pelik. Kenapa aku di katil ini. Seingatku semalam aku di kamar rumahku.
"Honey. Maafkan bie. Semalam honey keguguran."
"Keguguran? Maksud bie? Honey mengandung?"
"Ya, sayang. Anak kita. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Honey keguguran di rumah kita semalam. Bie mohon maaf!"
Aku terkedu apabila melihat suamiku yang gagah itu mengesat airmatanya.
"Oh! Tuhan! Maafkan honey bie. Honey tak tahu honey pregnant. Maafkan honey kita kehilangan zuriat kita..." Kali ini giliran aku pula tersedu-sedu. Pedihnya terasa di hati. Seribu kesalan menyerbu. Silapku perkara ini terjadi. Kalaulah aku tahu lebih awal, aku akan berhati-hati. Aku akan jaga sebaik mungkin. Zuriat ini memang kami tunggu. Airmata mula bertakung di birai mata.
"Honey! Bie sayangkan honey. Bie redha Allah ambilkan zuriat kita. Tapi bie tak sanggup kehilangan honey..." bisiknya lembut. Dia mencium bibirku lembut. Rambutku dibelai-belainya.
"Bie, maafkan honey. Anak kita. Zuriat kita... Honey betul-betul tak tahu. Honey tak sangka honey mengandung. Maafkan honey," rintihku sayu sambil tangan suami kugenggam erat. Aku raih tangannya ke pipiku dan kukucup dengan linangan air mata.
"Tak mengapa sayang. Apa yang penting honey dah selamat. Anak jika Allah beri rezeki, Insya Allah kita boleh usahakan lagi. Bie mahu honey sihat. Rehatlah dulu," pujuk suamiku dan kucupan lembut dipipiku bagaikan tidak mahu dilepaskan. Aku menggangguk perlahan. Air mata yang menitis di pipiku disapu dengan hujung jemarinya. Walaupun terasa sedih dengan kehilangan zuriat kami tapi sokongan suami amat bermakna untukku. Ianya sedikit sebanyak mampu untukku kuatkan lagi semangat untuk meneruskan hari-hari laluku.
Lebih kurang pukul 9.30 pagi selepas doktor pakar memeriksa pagi itu, hari ini aku dibenarkan keluar. Tidak sabar untuk balik ke rumah dan berehat di kamarku sendiri.
Sepanjang aku berada di hospital suami sentiasa berada di sisiku. Dia menyuap sarapan untukku dan memandikanku di kamar mandi. Dia juga mengelap tubuhku dan rambut. Ketika suami menyikat rambut kami dikunjungi tetamu."Sya, bonda minta maaf baru sampai. Ingat nak datang malam tadi lagi tapi tak ada tiket flight," seru bondaku dan memelukku. Dia hadir bersama nenda dan juga ibu mertuaku.
"Tak mengapalah Eddy, tak ada cucu mami pun. Yang penting Sya dah sihat. Mami risau sangat bila diberitahu menantu masuk wad. Mami bertolak dari Ipoh awal pagi. Lepas tu janji jumpa dengan besan kat sini," Mami mertuaku terus riuh bercerita.
Aku gembira dikelilingi oleh keluarga kedua belah pihak. Mami mertuaku iaitu mak Eddy juga agak baik melayaniku tapi ianya tidak sebaik bekas mertuaku. Ah! Kenapa aku berterusan mengingati peristiwa lama. Kenapa sukar untuk dikikis buang kenangan lama. Ianya tak mungkin berulang lagi. Lagipun aku bahagia dengan kehidupan aku ini. Sudah 5 tahun aku lalui. Ianya lebih lama dari yang lepas.
Ibu mertuaku iaitu ibu Eddy sudah agak berumur berbanding bonda. Ianya sebaya nenda. Lagipun Eddy adalah anak bongsu mami. Dia juga melayaniku seperti biasa. Aku tidak nafikan ianya tidak akrab sangat berbanding dengan ipar duaiku yang lain. Bapa mertuaku juga sudah lama meninggal. Ibu mertuaku tinggal sendirian di Ipoh kerana dia masih mengendalikan perniagaan butiknya di sana. Satu sifat ibu mertuaku dia mempunyai anak angkat yang ramai dan kebanyakan staff butik tinggal bersamanya.
Semenjak aku berkahwin dengan Eddy anaknya, aku kerap juga balik menemaninya. Mami juga nampaknya lebih rapat dengan Nenda dari bonda. Mungkin faktor usia yang hampir sebaya. Malahan Nenda sudah beberapa kali pergi umrah dengan mami semenjak aku kahwin dengan Eddy.
"Sya, nanti Nenda tinggal dengan kamu hingga Sya sembuh sepenuhnya. Pasal kerja biar suami kamu yang buat. Kamu tu pernah berlaku juga macam ni sampai masuk hospital," Nendaku kalau bersuara memang tegas. Aku hanya mengangguk sambil kepalaku dibelai-belai tangan suami.
Aku mengangguk perlahan dengan bicara nenda. Aku tahu niatnya semata-mata untuk kebaikanku juga.
Selesai urusan keluar wad diuruskan oleh Eddy, kami balik ke rumahku. Kenderaan yang dipandu Eddy tiba di pagar rumah tepat pukul 1.00 petang. Suamiku yang mendokongku masuk ke dalam rumah.
Pembantu-pembantuku juga telah siap menghidangkan makanan untukku dan tetamuku. Mesti arahan suamiku.
Riuh rendah apabila keluarga dan tetamuku ramai bertandang.
"Nenda nak buat kenduri kesyukuran, tahlil dan bacaan Yassin malam jumaat nanti. Eddy ajak orang masjid, jiran tetangga dan rakan kamu," seru Nenda sambil tangannya memicit lenganku. Entahlah apa yang dipicit atau diurutnya kerana tanganku bukanlah sakit pun. Hanya sedikir bekas lebam selepas dimasukan ubat kat hospital.
YOU ARE READING
Serinity Of Love Part 2
عاطفيةKisah cinta terus bersambung. Dia terumbang ambing dengan cinta dan perkahwinan. Bayangan semalam terus menghantui. Bagaimanakah kesudahan sebuah cinta monyet bila naik hantu. Awas ada sketsa realiti rumahtangga tidak sesuai untuk bacaan si teruna...