Bab 20

814 48 7
                                    

Suasana di dalam gelanggang terasa tegang. Zakwan menjeling Liyana tajam. Liyana juga membalas jelingan Zakwan. Perlawanan yang sepatutnya berlangsung antara pasukan A dan pasukan B kini berubah menjadi perlawanan antara Zakwan (Team B) dan Liyana (Team A). Ahli-ahli pasukan mereka sudah berdiri jauh dari mereka berdua.

"This is what happen when you put two very competitive people in the opposite teams," komen Rayyan.

"Mhmm,"Akid membalas.

"Do you think we should stop them? The others are terrified to play now,"ujar Maryam.

"Nah, I think they were also watching both of them like us here,"kata Luqman. Mereka semua sedang duduk di tempat penonton.

Apabila bola dilontar kepada Liyana, bola itu terus dibaling kuat oleh Liyana ke arah Zakwan. Zakwan melompat dan bola tersebut melantun di atas lantai.

"Tch,"Liyana berdecit. Zakwan tersenyum sinis memandang Liyana. Liyana memberi pandangan 'Oh really?'.

Perlawanan bersambung lagi, pasukan B membaling dan menangkap bola sesama sendiri bagi mengelirukan pihak lawan. Apabila bola tersebut di tangan Zakwan, Zakwan membaling bola itu ke arah Liyana.

Liyana dengan tangkas membuat 'back flip' dan bola tersebut melepasi hanya 1 cm jauh daripada mengena belakang Liyana. Satu gelanggang dan pasukan yang sedang bermain bersorak kuat akan aksi yang ditunjukkan oleh Liyana tadi.

"That's an ex-gymnastic athlete for ya,"komen Akid sambil menepuk tangan bersama penonton yang lain. Rayyan, Luqman dan Maryam mengangguk setuju sambil turut menepuk tangan. Semasa semua memaparkan riak wajah terpegun, Zakwan kelihatan menyampah. Liyana membalas dengan senyuman kemenangan.

Priiiiiittt.

Bunyi tiupan wisel dari coach Johannes menandakan masa PE sudah tamat.

"Alright, that's it for today. Both team has equal amount of surviving members. The verdict is draw,"kata coach Johannes. Liyana dan Zakwan kelihatan kecewa. Dah dua-dua nak menang kan?

"Line up!"arah coach Johannes. Semua murid mula membuat 10 barisan di depan coach Johannes.

"There's about 30 minutes before your recess. You can go and have a quick shower and change to your usual uniform now. Thank you everyone,"ucap coach Johannes.

"Thank you coach!"balas semua pelajar. Mereka semua mula beredar ke bilik loker.

"Hey!"tegur Zakwan sambil melanggar bahu Liyana.

"Ack,"Liyana mengaduh kesakitan sambil mengusap lengannya. Saja Zakwan ni sebab tak puas hati tadi.

"Lah, itu pun sakit,"ejek Zakwan.

"Kau ingat badan kau lembut cam bantal? Rasa cam kena langgar dengan konkrit kau tahu,"ujar Liyana. Zakwan tersenyum macam kerang busuk.

"

Hehehe, nice flip by the way,"kata Zakwan. Liyana memaparkan muka 'tengok kaki ah'.

"Thanks, you too. Nice jump, but I would prefer it if you just stay nice and still at that moment,"ujar Liyana.

"Nah, I'll lose a foot if I did that,"balas Zakwan. Liyana tergelak kecil. Mereka berdua berbual sambil berjalan ke arah bilik loker. Apabila mereka tiba di depan bilik loker perempuan, Liyana memberhentikan langkahnya begitu juga Zakwan.

FEMALE PRESIDENT |✔Where stories live. Discover now