Bab 4

1.2K 20 0
                                    

Lengan baju yang dilipat ke siku dikemaskan dan dikancing semula. Sebaik selesai memakai stoking, kasut terus disarung dan dia bingkas bangun. Baru sahaja dia ingin melangkah, dia terdengar namanya dipanggil. Spontan itu Adam berpaling dan tersenyum.

"Mak cik Liza." Sapanya sopan.

"Shoping ke?" Mak cik Liza ikut tersenyum. Duduk setaman tapi di pusat membeli belah juga jumpanya. Kalau di taman memang susahlah hendak bertemu anak teruna hajah Rosnah yang seorang ini.

Senyum Adam melebar. "Ada tournament bowling mak cik." Pandangan ditalakan ke arah pintu masuk Megalanes Bowling di hadapan.

"Dah tu buat apa dekat luar sini?" Terkebil-kebil mata mak cik Liza memandang Adam.

"Baru siap solat mak cik."

"Oh!" kepala diangguk. Haih! Berkenan betul dia dengan budak bernama Adam ini. Bukan setakat elok budi bahasanya tetapi agamanya juga terjaga. Dengarnya Adam juga rajin bersolat di surau taman perumahan mereka.

"Mak cik buat apa sini? Tengok wayang ke?" soal Adam cuba berseloroh.

Mak cik Liza tergelak. "Mak cik cari barang hantaran untuk Mizi." Terangnya.

"Oh! Habis tu mana Mizinya? Adam pun dah lama tak jumpa dia." Mata melilau memandang sekeliling.

"Allah, kamu ni Dam. Mizi kan kerja dekat KL. Mak cik datang sini dengan anak saudara mak cik. Dia tengah solat."

"Oh!" Adam mengangguk. "Saya minta diri dulu ya mak cik Liza. Nak masuk dalam semula."

"Ha, iyalah. Ermm...anak saudara mak cik pun dah sudah tu." Pandangan dibuangkan ke arah Aireen yang sedang menyarung kasutnya tidak jauh dari situ.

Adam menoleh sekilas kemudian memandang mak cik Liza semula. Dia pun tidak tahu yang mana satu anak saudara wanita di hadapannya itu kerana ramai gadis-gadis mula berada di situ. Dan dia pula, malas hendak bertanya.

"Saya pergi dulu mak cik." Ucap Adam sekali lagi.

Mak cik Liza mengangguk dan Adam terus beredar.

"Mak ngah kenal ke dengan lelaki tadi tu?" Aireen terus menyoal sebaik ibu saudaranya itu dihampiri. Terkejut dia bertemu lelaki itu di situ. Sejak tadi dia hanya memerhati sahaja tuan punya diri. Hendak datang dekat dan berkenalan, segan pula dia.

"Lelaki mana?"

"Alaaa, yang borak dengan mak ngah tadi tu."

"Hurmmm...anak jiran taman mak ngah tu. Adam namanya." Bersahaja mak cik Liza membalas dan mula buka langkah.

Oh! Adam namanya. Hurmmm....nama pun dah sekacak tuan punya badan. Bisiknya sambil simpan senyum dan terus mengekor di sebelah mak cik Liza.

"Dia buat apa dekat sini?" rajin pula dia bertanya tentang anak teruna orang. Sebenarnya lebih kepada hendak mengorek rahsia.

"Ada tournament bowling katanya. Jumpa dia pun kebetulan dia baru lepas siap solat."

Ermm...bertambah lagi markah suami pilihan buat lelaki yang bernama Adam itu. Tetapi betulkah lelaki itu masih bujang?

"Dia datang dengan isteri ke mak ngah?" Tengok? Pandai tak Aireen twist soalan? Masakan dia hendak bertanya Adam sudah beristeri atau belum. Pelik pula mak ngah mendengarnya nanti.

"Haish! Orang tu bujang trang..trang..trang lagi."

Senyum Aireen terus melebar. Tapi mana tahu dah ada tunang?

"Hurmm...tengok gaya macam dah berumur. Tentu dah ada tunang tu." Bersahaja dia bersuara.

"Belum. Puas dah emak dia kenalkan dengan beberapa orang calon tapi satu pun dia tak berkenan. Orang kerja bagus tentulah memilih yang bagus-bagus." Lembik pula mulut mak cik Liza bercerita.

UTUSAN CINTA BUAT ADAMWhere stories live. Discover now