Bab 1

2.4K 45 2
                                    


But you only need the light when it's burning low

Only miss the sun when it starts to snow

Only know you love her when you let her go

Only knor you've been high when you're feeling low

Only hate the road when you're missing home

Only know you love her when you let her go

Terdengar nyaring telefon bimbitnya berbunyi, langkah diperlahankan dan telefon bimbit di dalam beg tangan dicari. Sebaik telefon bimbit dicapai panggilan tersebut terus dijawab.

"Waalaikumsalam.." jawabnya membalas salam yang menyapa telinga.

"Kau dekat mana?" Terdengar kalut suara Fazrin menyoal, bibir terus menguntum senyum.

"Aku baru keluar dari bank ni. Tukar kad bank baru sebab yang lama tiba-tiba tak boleh guna." Langkah terus diayun menuju ke arah keretanya diparkir. Disebabkan tempat parkir yang agak sesak di hadapan bank, mahu tidak mahu terpaksalah dia meletakkan keretanya jauh sedikit.

"Jadi tak nak ikut petang ni?" Fazrin menyoal lagi.

Aireen terdiam dan jam dipergelangan tangannya dikerling. Melihat waktu yang sudah menginjak ke pukul tiga petang, dengusan kecil dilepaskan. Disebabkan terlalu ramai orang yang berurusan di dalam bank tadi sampai terlewat pula dia balik ke hospital semula.

"Aku ikut tapi kalau aku lambat, kau tunggulah sekejap." Pesannya. Hayunan kaki masih seperti tadi. Tidak lambat dan tidak terlalu cepat tetapi teratur sahaja langkahnya. Sebaik terpandangkan kereta Honda Civik putih di hadapan, langkah kaki terus terhenti. Telefon bimbit di telinga dikepitkan di bahu. Sambil mendengar bicara Fazrin di telinga, kunci kereta di dalam beg tangannya dicari.

"Tapi jangan lambat sangat. Kalau boleh pukul lima setengah kau dah sampai rumah aku." Fazrin mengingatkan.

"Okey Faz, aku cuba ya. Kalau aku lambat sikit kau jangan tinggalkan aku pulak." Pesannya lagi.

"Iyalah."

"Okey, jumpa kau nanti." Ucapnya. Baru sahaja talian ingin dimatikan, dia teringatkan sesuatu dan nama Fazrin dipanggil semula.

"Ada apa? Nasib aku tak letak phone lagi." Bebel Fazrin.

Aireen tergelak kecil. "Ala, cepat sangat kau ni. Aku nak tanya, kau nak aku beli apa-apa tak?" Soalnya. Kunci yang baru dicapai di dalam beg dipegang dan pandangan dibuangkan ke arah padang di hadapan.

"Ikutlah. Kalau kau nak sedekah apa-apa kau beli ajelah." Fazrin membalas.

"Kalau bagi duit aje pun boleh kan?"

"Lagi bagus sebab kalau beri duit boleh juga diaorang belanjakan untuk perihal-perihal lain."

"Okey...okey." penggera kereta ditekan. "Ermmm....okeylah Faz. Aku pun nak balik hospital ni Jumpa kau petang nantilah." Ucapnya.

"Okey babe."

Salam dihulurkan dan talian diputuskan. Telefon bimbit diletakkan ke dalam beg semula dan penggera ditekan lagi. Senyap. Langsung tiada bunyi.

"Kenapa tak boleh ni?" Dahi dikerutkan. Alat penggera dipandang dan diketuk-ketuk di tapak tangan kemudian ditekan semula.

"Ya Allah, takkan dah habis bateri? Baru aje tukar." Mulut mula membebel sendiri. "Bateri tipu ke apa ni?" Penggera diketuk dan ditekan sekali lagi. Masih tidak boleh berfungsi. Mulut berdecup. Perlahan. Malas hendak mencuba lagi, kunci terus diacukan ke dalam lubang kunci. Eh! Kenapa tak boleh masuk pulak ni? Hati sudah mula berdebar. Salah kunci? Mana mungkin. Sudah tentulah itu memang kunci keretanya. Dicucuk lagi. Tiba-tiba penggera kereta tersebut berbunyi. Kuat. Aireen tersentak dan mula kalut. Penggera di tangannya ditekan-tekan. Allah! Desisnya. Kereta tersebut masih terus berbunyi. Hati mulai cemas. Pandangan dibuangkan ke sekeliling dan kelihatan beberapa mata sedang memandang ke arahnya. Ya Allah, apa patut dia buat sekarang? Kalutnya. Telefon Nuar, pomen si putih miliknya itu. Nama Anuar tiba-tiba terlayar di kepala. Tidak menunggu, telefon bimbit dicapai tetapi baru sahaja dia hendak mendail nombor telefon Anuar bunyi bising dari kereta tersebut terus berhenti. Aireen tergamam. Kunci kereta di tangan dipandang tidak berkelip. Rasanya dia tidak ada tekan penggera pun.

UTUSAN CINTA BUAT ADAMWhere stories live. Discover now