Bab 9

968 17 0
                                    


"Una tak bergurau dengan umi dan mak ngah kan?" puan Azra sudah tidak senang duduk. Riak tenang anak gadisnya itu dipandang bersama kerutan.

Aireen menggeleng. "Una serius umi."

"Masalahnya, Una kenal ke dengan budak Adam tu? Rasanya baru sekali aje kan Una nampak dia?" mak cik Liza mengasak pula.

"Una kenal dia."

Puan Azra dan mak cik Liza melongo.

"Kenal gitu-gitu aje bukan kenal in person. Sebenarnya Una dah beberapa kali nampak dia dan setiap kali itu Una nampak dia di rumah Allah. Di masjid atau di surau." Kata-katanya terhenti. Puan Azra dan mak cik Liza dipandang silih berganti. "Una sukakan dia kerana agama dia, umi, mak ngah. Sebabnya, bukan senang nak jumpa lelaki seperti dia pada zaman sekarang. Masih berpegang kuat pada agama dan nampak begitu sopan penampilannya."

"Una selalu minta pada Allah supaya pertemukan Una dengan lelaki yang beriman kepada Dia dan mungkin pertemuan-pertemuan itu adalah petanda dari Allah untuk Una bahawa dialah lelaki yang Una cari dan layak menjadi pendamping dan pembimbing Una. "

Teringatkan perbualan dengan anak saudaranya itu, mak cik Liza hela nafas. Dia baru sahaja merancang untuk menemukan Aireen dan Adam tetapi tiba-tiba dia dikejutkan dengan permintaan begitu pula. Susahnya, Aireen menyuruh dia yang menjadi orang tengah untuk menyampaikan hajatnya. Haih! Payah...payah!

Dari duduk, mak cik Liza terus berdiri. Apa yang perlu dia lakukan? Terus ke rumah keluarga Adam dan merisik? Haih! Malu pula dia. Maklum, dia kan dari pihak perempuan.

Una..Una...kenapalah bikin kepala mak ngah jadi pusing macam ni? Nasib baiklah kamu tu anak saudara kesayangan mak ngah, Una. Kalau tidak memang tak kuasa mak ngah hendak layankan kehendak kamu tu. Bebelnya sambil mundar mandir di ruang tamu rumahnya.

"Ngah buatlah apa yang ngah mampu. Kalau budak Adam tu menolak pun sekurang-kurangnya kita dah sampaikan hajat Una."

Kata-kata adik perempuannya menyapa pula.

Aduh! dia pulak yang tersepit sekarang. Gambar Aireen yang diberikan adiknya di atas meja dikerling. Lama gambar itu dipandang sebelum gambar itu dicapai.

"Demi anak saudara mak ngah yang seorang ini, mak ngah akan usahakan sampai berjaya." Tekadnya. Berani Adam hendak menolak anak saudaranya? Bukannya Aireen tak ada rupa malah kerjanya juga bukan sembarangan. Bukan Aireen ingin berkahwin dengan Adam untuk menumpang hidup senang tetapi sekadar ingin berbahagi kasih sayang. Itu sahaja.

Nekad dan tidak terus menunggu di situ, mak cik Liza terus keluar menuju ke keretanya. Masuk sahaja ke dalam perut kereta, keretanya terus dipandu menuju ke rumah keluarga Adam yang berada tidak jauh dari lorong rumahnya. Sampai sahaja di rumah keluarga Adam, kereta diberhentikan dan dia terus keluar.

"Assalamualaikum....Ros!" Laung mak cik Liza sebaik berdiri betul-betul di hadapan pagar rumah dua tingkat milik keluarga Adam. Pagar yang berkunci itu ditolak-tolak agar mudah didengari.

"Assalamualaikum...Rossss!" Laungannya semakin dikuatkan.

"Waalaikumsalam..." Hajah Rosnah yang sedang sibuk memasak di dapur terus terkocoh-kocoh keluar. Sebaik terpandangkan mak cik Liza di pintu pagar rumahnya, dahi dikerutkan. "Liza...hai, pagi-pagi dah sampai rumah aku ni kenapa?" soalnya hairan. Langkah terus dibuka menuju ke pintu pagar.

"Aku ada hal nak bincang dengan kau ni Ros. Penting sangat ni." Mak cik Liza beria.

"Amboii...beria bukan main lagi tu? Ha, mari masuk dulu. Kita bincang dekat dalam." Pelawa hajah Rosnah sebaik pagarnya dibuka.

UTUSAN CINTA BUAT ADAMWhere stories live. Discover now