Bab 2

1.6K 30 0
                                    

 "Berapa dah umur si Adam tu Ros?" Adam yang sedang leka bermain dengan anak-anak saudaranya diperhati. Hurmm...rupa ada, kerja bagus tapi kenapalah tak kahwin-kahwin lagi? Hajah Maimon berbisik sendiri. Mana mungkin tidak ada seorang perempuan pun yang berminat dengan cucunya itu? Sudah cukup lengkap pakejnya sebagai lelaki.

Hajah Rosnah tersenyum. Bila soalan itu ditanyakan oleh ibu mentuanya, memang dia faham benar apa tujuannya.

"Hurmm...tahun ni dah masuk 35 mak." Jawabnya antara mahu dengan tidak.

"Hurmm...dah 35 tahun tapi tak kahwin-kahwin lagi. Orang kata dah bujang terlajak dah tu. Dah tu tak kahwin lagi kenapa? Tunggu bidadari kayangan ke?" sinis Hajah Maimon menyindir.

"Bidadari kayangan apanya mak kalau orang kebanyakan pun tak melekat-lekat." Hajah Rosnah tersenyum lagi.

"Nak tunggu bila laginya Ros? Tengok si Azrina tu dah nak masuk tiga anaknya. Adiknya si Azhar, lepas raya dah nak bertunang. Jangan pulak nanti adik yang bongsu si Azwin tu pun dah kahwin dia masih membujang."

Hajah Rosnah hela nafas dan terus duduk. "Entahlah mak. Ros pun tak tahu nak cakap macam mana lagi dah. Kami dah carikan calon tapi semuanya dia tak berkenan. Habis tu Ros nak buat apa lagi? Takkan nak dipaksa pulak mak." keluhnya.

Senyum di bibir hajah Maimon terus melebar. "Kalau calon kamu dia tak berkenan, mak ada calon. Ermmm...lawa budaknya. Baru habis belajar. Rasanya sesuai sangat dengan Adam. Sama cantik sama pandai." Ucapnya beria.

Berkerut dahi hajah Rosnah mendengar cadangan ibu mentuanya itu. Patutlah beria datang ke rumahnya, ada hajat rupanya. Hurmmmm!

"Budak mana tu mak?" soalnya berbasi basi.

"Alaaa...budak kampung juga. Anak bongsu Mail Lundang."

"Mail Lundang?" hajah Rosnah kerutkan dahi. Mail Lundang mana pulak ni? Soalnya dalam hati.

"Ya Allah...Mail Lundang tu pun kamu tak kenal? Itulah rajin lagi balik kampung sampai jiran kampung pun dah tak kenal. Mail Lundang yang ada kebun nenas dekat kampung, ingat?" Bebelnya dan menantunya itu dijeling.

Hajah Rosnah senyum sahaja. Tahu silapnya tetapi untuk apa mereka balik ke kampung kalau ibu mentuanya itu jarang berada di sana kerana sentiasa ke rumah anak-anak. Bukan hanya sesekali tetapi hampir setiap bulan begitu.

"Anak dia yang mana?" soalnya walau pun hanya samar-samar diingatannya tentang lelaki disebutkan ibu mentuanya itu.

"Si Liyana. Kenal?"

Bersama kerutan di dahi, Hajah Rosnah menggeleng.

"Liyana yang belajar jururawat dekat UITM tu? Tak kenal?" hajah Maimon semakin beria.

Sekali lagi hajah Rosnah menggeleng. Tanya dia memanglah dia tak kenal. Langsung tak terbayang muka gadis itu diingatannya.

Hajah Maimon mendengus perlahan. Kepala digeleng. Cakap banyak pun tak guna kalau menantunya itu tidak tahu.

"Macam ginilah. Nanti mak balik Raub, mak minta gambar si Liyana dengan Mail. Bila-bila mak datang sini mak bawak dan tunjuk pada Adam. Mana tahu yang lain-lain dia tak berkenan tapi yang tok wan dia pilih, dia akan suka."

Serba salah hendak menolak, hajah Rosnah mengangguk sahaja. Ibu mertuanya itu bukannya dia tidak tahu bagaimana sikapnya. Ditolak permintaannya mahu panjang muncungnya nanti.

"Nanti biar mak bincangkan juga perkara ni dengan Bada. Takut nanti dia kata mak membelakangkan dia pulak."

Sekali lagi hajah Rosnah mengangguk. Melihat dari cara ibu mertuanya itu dia tahu wanita yang sudah hampir menginjak tujuh puluh lima tahun itu benar-benar serius. Hurmm...nasiblah Adam. Emak harap pilihan tok wan ni pilihan yang terbaik untuk Adam. Hati berbisik sendiri.



UTUSAN CINTA BUAT ADAMWhere stories live. Discover now