Chorong bangun dengan rambut yang kusut masai dan gogal makmal masih berada di atas kepala. Jinjja, aku tidur kat makmal semalam. Takpe, aku peluk suami aku, kata Chorong.Sejak semalam Suho ingin mendukungnya untuk tidur di biliknya tapi Chorong menolak dan mahu tidur bersama suaminya. Suho terpaksa berlalu pergi begitu sahaja.
Chorong melihat monitor komputer dan tertulis proses sudah selesai. Chorong terkejut. Akhirnya, dia dapat menghidupkan suaminya. Dia melihat suaminya yang masih menutup mata.
"Kalau semua ni menjadi, saya takkan biarkan awak pergi ke mana mana tanpa saya. Saya akan awasi setiap pergerakan awak."
Chorong memegang wajah Sehun. "Saya tak kisah walau awak robot sebab perasaan saya terhadap awak tetap sama. Saranghae." Bibir Sehun dikucup. Tubuh sasa itu dipeluk.
Akhirnya, Chorong cuba membuka mata suaminya. Tapi gagal. Dia cuba lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Dia cuba melihat monitor. Dia cuba melihat apa yang tidak menjadi.
"Waeyo, Chorong sshi?" Suho sudah memakai pakaian yang lengkap dan melihat Chorong dengan risau.
"Kenapa tak menjadi ni?" Chorongbhampir menangis kerana tak boleh hidupkan suaminya. Suho memegang bahu Chorong tapi tangannya ditepis kasar. Dia nampak Chorong sangat stres.
"Look, let me fix this. Awak cuma pergi mandi, arasseo. Dah pergi, biar saya buat." Suho menolak Chorong dengan lembut . Chorong mengalah dan beredar dari situ.
Suho membaiki apa yang patut dan tiba tiba dia terkejut. Kenapa semua fail ni kosong? Jika fail ni kosong, Sehun takkan sedar dia ni siapa dan Chorong akan sedih..
"Aisy, jinjja . Kenapa semua fail ni kosong?" Jarinya mula menekan nombor di telefon dan menghubungi Baekhyun yang sudah bertolak untuk bercuti ke Jepun.
"Nae , Suho hyung. Waeyo?"
"Kenapa fail ni kosong?" Baekhyun menelan air liur, Chanyeol hanya melihatnya di tepi.
"Fuh, mian hyung. Saya buat untuk kebaikan hyung. Jadi saya padam semua maklumat dan memori tu."
"Kenapa kau padam semua maklumat tu?! Kalau tak, robot tu takkan hidup!!"
"Hyung! Dengar baik2 . Saya buat ni untuk hyung. Dan saya nak tengok hyung dan Chorong bersama. Korang boleh bahagia tanpa mamat tu. Saya sibuk ni, annyeong." Talian dimatikan.
Suho mengeluh.
"Jadi korang nak hancurkan harapan saya bersama Sehun balik?" Suho terkejut dan melihat Chorong di belakangnya sudah menitiskan air mata.
"An..aniya..cuma fail ni terformat balik. Jadi.."
"Hajima!!!!" Chorong menjerit sambil menutup telinga . Dia menggeleng kepalanya.
"Saya ingat saya boleh percayakan awak. Tapi rupanya awak tipu saya." Chorong membuang gogal di atas lantai. Dia lari keluar dari rumah. Suho ingin mengejar tapi dia mengeluh. Dia melihat Sehun yang masih tertutup mata.
"Aku akan buat semula demi Chorong."
"Kebahagiaan aku tak penting. Tapi bila aku tengok orang yang aku sayang bahagia, itulah kebahagiaan aku yang sebenar."
![](https://img.wattpad.com/cover/128518090-288-k270529.jpg)
YOU ARE READING
ROBOT(Malay Fanfic) OSH+ PCR
FanfictionCast : OH SEHUN EXO PARK CHORONG APINK EXO "Andwae!! Oppa!! jangan tinggalkan jagi!!" Chorong meraung sekuat hatinya. Oh Sehun iaitu suamimya meninggal akibat kemalangan yang mencabut nyawa . "Awak tak boleh tingg...