DANGER HAS COME !

33 7 3
                                    

*UNITED STATES *

*NOW* 

"Apa!" jerit Kai di dalam bilik kerjanya . 

Suara lantang Kai memenuhi rumah agam itu berjaya menarik perhatian anak buahnya yang berada di tingkat bawah . Masing - masing berpandangan sesama sendiri . Ada juga berbisik - bisik . Namun , hanya seorang sahaja yang melangkah naik ke bilik Kai . Baekhyun mengetuk pintu kayu beberapa kali sebelum membukanya . 

" Kenapa Kai ?Ada masalah baru atau... bussiness senjata kita tak lepas masuk negara lain ? " soal Baekhyun sambil menarik kerusi di hadapan Kai yang kelihatan serabut . 

" Orang tua tu rancang nak culik Min Ah ." balas Kai sambil memikirkan tindakan yang patut mereka lakukan . Rahangnya diketap .

" Hah! Tapi mereka tahukan yang Min Ah bukan Rina . Orang tua tu sendiri yang tembak Rina . " ujar Baekhyun  menegakkan badannya sambil memandang Kai . 

"Tak , mereka tak tahu Min Ah bukan Rina  . Yang mereka tahu... hapuskan Rina sebab Rina tahu kelemahan kumpulan tu . " balas Kai sambil otaknya ligat berfikir . 

Sejurus itu , Kai bangun dari kerusinya dan mengambil sepucuk  pistol yang sedia diletakkan di laci almari paling bawah . Dia harus selamatkan Min Ah . Ya , harus... Perempuan itu tidak bersalah malah tidak ada kena mengena dalam hal ini . 

"Baek , aku nak kau jejak location Min Ah . Aku dah letakkan GPS dekat dalam sling bag dia . " arah Kai sambil bergerak menuju lif dan seterusnya keluar dari rumah agam itu .Untung sahaja Kai terpikir mahu meletakkan GPS sewaktu Min Ah merawat lukanya . 

Baekhyun dan beberapa anak buah Kai yang lain menjalankan tugas masing - masing . Ada yang memasukkan beberapa pucuk pistol ke dalam beg . Ada yang sibuk dengan Laptop dan Ipad . Ada yang menyediakan kereta untuk menjalankan operasi mereka .  Sudah menjadi kebiasaan , mereka tidak perlu disuruh . Mereka tahu dan cekap memainkan peranan masing - masing . Ini menjadikan mereka sebuah kumpulan mafia yang digeruni . 

Kai memecut laju keretanya . Dia hanya perlu tunggu Baekhyun menghubunginya untuk menyatakan lokasi Min Ah berada . Buat masa ni , dia pergi ke hotel yang didiami oleh Min Ah untuk mencuba nasib . Tiba - tiba , telefon Kai menjerit mintak diangkat . Kai melihat nama pemanggil lantas dia tersenyum . 

" Hello Kai , dia dekat airport ." beritahu Baekhyun sambil membawa dirinya masuk ke dalam kereta yang berwarna hitam berkilat .Lantas , kereta itu memecut laju meninggalkan rumah agam itu . 

Kai mematikan panggilan selepas sahaja mengetahui lokasi Min Ah . Dia perlu cepat sebelum orang tua tidak berguna itu berjumpa dengan Min Ah . Dia membelok keretanya ke kiri dan menekan pedal minyak . 

"Rina , tolong saya ." sempat Kai mengucapkan ayat itu . 

Min Ah dan Hyera sudah tiba di United States Airport . Mereka sibuk mengeluarkan bagasi masing-masing sambil dibantu oleh pemandu taxi . Apabila sudah siap , Hyera menghulurkan beberapa not duit kepada pemandu itu . Mereka menarik bagasi lalu masuk ke dalam airport .

"Min Ah nak makan apa - apa ? " soal Hyera sambil berjalan melintasi deretan gerai makanan segera . 

" Min Ah nak makan donutlah . Lagipun nanti dalam flight ada makanan . " balas Min Ah sambil berjalan mendekati menu yang diletakkan di atas meja dihapan gerai. 

Kai yang baru sahaja sampai ke airport terus memakirkan keretanya di hadapan pintu utama . Dia tidak peduli jikalau dia dikenakan saman  . Polis di sini juga gerun dengannya . Matanya diliarkan di merata tempat sambil kakinya melangkah di serata lapangan terbang . Seketika dia melihat satu tubuh membelakanginya. Dia yakin itu Min Ah . Baru sahaja dia mahu melangkah , matanya menangkap seorang lelaki yang berpakaian serba hitam dari arah kirinya . 

(REEDITING )Last Memories (Kai Exo Fanfic )Where stories live. Discover now