KIM MIN AH ...

79 9 5
                                    

*KOREA *

* NOW *

Cuaca pada hari itu sungguh cerah . Warga Seoul juga tidak melepaskan peluang ini untuk melakukan aktiviti yang diminati oleh mereka . Jalan raya di Seoul iaitu pusat negara bagi negeri Korea Selatan tidak pernah lengang dengan kenderaan . Jikalau di negeri lain memilih untuk menaiki kenderaan tetapi bukan di Korea . Rakyat mereka mengamalkan aktiviti gaya hidup sihat . Mereka menggunakan kenderaan awam atau berjalan kaki . Tidak dinafikan juga , terdapat setengah penduduk yang berkemampuan memilih untuk membeli kereta . Pada pagi itu , bunyi kenderaan yang membingitkan telinga dapat didengari .

Walaubagaimana pun , bunyi itu tidak berjaya menganggu tidur seseorang . Seorang gadis yang mempunyai kulit yang putih bak mutiara . Rambutnya berwarna perang . Dia sedang nyenyak tidur di dalam apartmennya . Gadis itu bernama Kim Min Ah .

* KRING...KRING...KRING... *

" Erghhh.... dah pukul berapa dah ni ... ? " kata Min Ah .

Min Ah memanjangkan tangannya untuk menggapai jam loceng yang terletak di atas meja sisi . Sambil mengambil jam loceng  sambil menguap dan dia membuat senaman ringkas di atas katil . Tindakannya serta – merta berhenti mendadak .

" Alamak... dah pukul 7. 30 pagi !!! " jerit Min Ah .

Selepas sahaja dia mengungkapkan ayat itu , Min Ah terus berlari mencapai tuala ungu yang digantung di rak baju . Dan...

*DUMM!!! *

Pintu tandas itu dihempas oleh seseorang dari dalam . Kedengaran bunyi air yang turun dari shower di dalam bilik air . Selepas 15 minit , pintu tandas itu kembali terbuka .

" Tu...la... layan drama korea sangat... sampai pukul 2 pagi "

" Hamik kau... degil sangat ... bangun pukul 7.30 "

" Nasib baik aku dah seterika baju semalam kalau tidak... " bebel Min Ah seraya pergi ke meja solek .

" Kite buat simple – simple udah la ye ... " kata Min Ah sambil mengikat rambut panjangnya menjadi ponytail .

Selesai dengan rambut . Min Ah mengemas barang – barang untuk di bawa ke tempat kerjanya .

" Handphone... , Earphone...Check "

" Wallet...Check "

" Dah....ok! "

Setelah meneliti penampilannya di cermin , Min Ah mencapai roti dan dia letak di dalam begnya . Dia berlari keluar dan mengunci pintu apartment sewanya .

*15 MINIT KEMUDIAN*

" Untung... tempat kerja dekat kalau tidak... jangan cakap la... nak sampai pukul 8 tepat . " bisik Min Ah .

Min Ah memasuki sebuah café yang terletak di tengah – tengah bandar Seoul . Walaupun Min Ah tidak mempunyai kerja yang mewah tapi dia selesa bekerja di sini . Biarlah dia menimba pengalaman  di Chill & Relax Café terlebih dahulu .

" Hai unnie , sihat ? " tanya Min Ah .

" Sihat..., kamu ? " soal Hyera iaitu pemilik café itu .

" Of course...sihat unnie . " balas Min Ah sambil mempamerkan senyuman biasanya .

Selepas bersembang dengan Hyera ,Min Ah berlalu masuk ke dalam ruangan staff . Dia hanya meletak beg dan memakai apron . Hari ini , Min Ah mengambil keputusan untuk menyusun buku – buku yang berselerak di atas rak mengikut jenisnya .

(REEDITING )Last Memories (Kai Exo Fanfic )Where stories live. Discover now