35

1.3K 228 10
                                    

"Tak tak aku tak faham. Kenapa kau bawak aku kat sini?" Yoongi senyap. Dia menarik tangan aku menuju ke kereta semula.

Hampir 10 minit aku tanyakan soalan dan dia hanya senyap, kami sampai ditempat yang lain. Zoo.

---------

"Jangan hilang. Susah nak cari perempuan macam kau tau. " Yoongi memegang erat tangan aku.

"Ouh.. Kira saya ni macam limited edition lah kan?"

"Emmm maybe?"

Aku tersenyum. Walaupun dia tak sweet, takpe. Aku bahagia je.

"Aku nak pergi tandas. Nak ikut tak?" dia tersenyum nakal. Aku menolak muka dia sedikit.

"Dah shuh pergi." aku melepaskan pegangan tangannya nak menolak dia ketandas lelaki.

Lima minit kemudian dia masih tak keluar. Ah berak mungkin.

Aku pun duduk dibangku dihadapan tandas. Lama sangat aku pun bergerak melilau. Takpe nanti tunggu jelah call Yoongi.



--------

"Jom." Yoongi pelik. Mana Jungin?

"Jungin? Jungin?!" dia melilau sekeliling.

Tangan pantas mendial nombor Jungin tapi hampa dia tak angkat.

"Oh god. Tolong jangan jadi apa-apa." Yoongi meraup mukanya dan mula berlari tak tentu hala mencari Jungin.

---------

30 minit dia berjalan-jalan akhirnya aku ingat tentang Yoongi ditandas.

"Aduhh konfem dia marah gila" aku terus berlari kearah tandas tapi aku terhenti bila nampak kelibat seseorang yang aku sangat kenal.

"Ahjumma tumpang tanya boleh. Ahjumma ada nampak tak sorang perempuan ni dia putih, rambut warna perang dan dia lepaskan. Dia pakai cap pink, baju pink seluar biru. Hah tinggi dia lebih kurang bahu saya. Tolong ahjumma. Cakap yang ahjumma ada nampak dia.." Yoongi seakan-akan mahu menangis. Mukanya merah dan berpeluh.

Aku hanya melihat.

"Maaf. Ahjumma tak nampak pulak. Maafkan ahjumma ye nak. " Ahjumma tersebut hanya menepuk perlahan bahu Yoongi dan Yoongi hanya mengangguk.

Bila ahjumma tu blah, dia terus duduk mencangkung dijalan. Aduh dia tak tahu ke tu tempat awam? Aduh yoongi ni.

Dia menutup muka dia.

Nangis ke? Eh takleh jadi ni.

Aku terus berjalan kearahnya. Bila dia rasa ada orang mendekati dia, Yoongi terus mengangkat muka. Ouh. Dia tak nangis pon.

Seriously Yoongi nangis untuk perempuan?

"J..jungin! Yah. Kau pergi mana!?" dia terus bangun dan memeluk aku.

"Tolonglah jangan pergi jauh-jauh. Nanti kau hilang macam mana dengan aku? Nanti kena jawab dengan parent kau pulak."

Belum sempat aku nak memotong dia menyambung perkataannya.

"Aku sayang kau tau. Risau aku kau takde. Lain kali jangan buat macam tu. Kalau tak aku kurung je kau. Nanti tak hilang."



Alahai comelnya Yoongi.

Calling 🎈 MygWhere stories live. Discover now