49

465 46 27
                                    

Comeback!

Aku hanya memerhati Yoongi yang berada kira-kira 300 meter dihadapan. Somi yang berada disampingnya nampak gembira. Masih ingat Somi? Alaa junior yang diminati ramai dan tetiba je minat Yoongi aku tu. Huh Yoongi aku konon.

Tetiba je mata aku menjeling dengan sendirinya. Mata pon menyampah dengan tuan dia sendiri. Haduih.

Aku mencebik sebelum melangkah kekelas. Sampai je di meja, terus aku duduk dan meletakkan kepala. Semalaman aku memikirkan kes aku dengan Yoongi ni. Setelah berfikir banyak kali, aku meng-unblock semula Yoongi. Aku tak boleh la nak benci Yoongi.

Semalam aku hanya tidur 2 jam sebab mimpi Yoongi yang berbaring dekat hospital muncul lagi.

Kau gila. Dah macam tanda-tanda Yoongi nak mati je tak lama lagi.

Wait. What?! Terus kepala aku ditegakkan secara drastik. Takkanla apa yang aku fikirkan tu betul.

Tetiba aku teringat insiden ketika didepan rumah Yoongi. Waktu dia cakap pasal ubat tu. Alamak.

Laju kaki aku bergerak keblok senior. Selalunya junior takut sikit nak lalu blok senior ni. Well, senior kan gila sikit. Tapi bagi aku menda ni biasa je lagi-lagi pakwe aku antara lelaki yang berkuasa cehhh—pakwe sangat.

Aku berhenti dihadapan kelas Yoongi.  Nampaknya Yoongi sedang bergelak ketawa dengan membernya dan aku nampak Jimin sesorang dimejanya sedang tidur.

Walau sejahat-jahat Yoongi pun, aku tak rasa dia kejam dengan membernya sampai palau member dia. Ke sebab aku Jimin dipalaukan weh?! Tolongla jawab soalan aku ni!

Aku menelan air liur dan mengetuk pintu kelas. Dengar saja ketukan tersebut, satu kelas memandang aku. Dari kelas yang seperti zoo, mereka terus bertukar kepada sesunyi kubur. Lagi sekali aku menelan liur.

Disebabkan Yoongi yang tak menghebohkan tentang hubungan kitorang yang dihujung tanduk ni, hampir keseluruhan kelas bersorak kepada aku dan menjemput aku masuk. Siap sediakan kerusi disebelah Yoongi pulak tu.

Jimin dibelakang hanya dilihat sekilas kerana sekarang aku hanya akan bertumpu kepada Min Yoongi.

Aku berdehem perlahan sebelum menapak masuk. Kerusi disebelah Yoongi, aku duduk. Aku memandang member-member yang lain. Seperti tahu-tahu je, mereka semua balik ketempat masing-masing tanpa suara.

Tinggallah aku dengan Yoongi je.

Aku memandang Yoongi. Nampaknya dia sedikit pun taknak memandang aku, sebab apa? Sebab dia hanya memandang buku yang ada diatas mejanya. Acah-acah membaca konon ptuih.

Aku cepat-cepat menutup buku tersebut dan memegang muka Yoongi.  Mukanya dipaksa memandang aku. Walaupun mukanya memandang aku, tapi bukanlah matanya.

Matanya memandang kebawah.

"Yoongi look at me. " dia memandang sesaat sebelum memandang kebawah semula.

Eyy ada aku telan mamat kapas ni.

"kau sayang aku lagi kan? " kata aku perlahan cukup untuk kami berdua saja yang dengar. Lagipun kelas itu bising macam zoo, so aku tak risau sangat.

"dan kau dah benci aku kan. " balas Yoongi dengan mata yang masih memandang kebawah.

"tak. Mana ada aku cakap aku benci kau. " nafi aku.

"kat whatsapp. " balasnya lagi.

"aku tulis je. Mana ada aku cakap. "

Dia memandang aku sekilas.

"sama je. "

"tak"

"sama je la, Jieun. " katanya sambil mata tepat memandang aku.

"habistu kau ada tulis yang kau still sayang aku dekat whatsapp. " balas aku .

"aku bergurau je kan. " jawapannya membuat aku terkelu.

"okey so hubungan kita dalam 3 tahun ni cuma gurauan lah dekat kau? " suara aku ditinggikan sedikit tapi masih mereka didalam tak dengar.

Yoongi memandang aku.

"3 tahun ni aku sayang kau macam nyawa aku sendiri. Tapi apa yang aku tulis kat whatsapp tu cuma gurauan je. " katanya.

"Yoongi. Aku sayang kau. Aku nak kawin dengan kau. Aku nak kembar. Aku nak anak-anak yang comel yang muka dia macam kau. " kata aku bersungguh-sungguh.

Yoongi gelak perlahan.

"tak rasa ke kita ni awak sangat untuk fikir menda-menda macam tu? "

"what? Kau dah 18 dan aku dah 16. Lagi empat tahun kalau kita kekalkan hubungan kita, kita boleh kawin! Cmon Yoongi, kau juga yang mula-mula cakap nak kawin dengan aku. "

Yoongi lagi sekali gelak.

"orang yang kebelakang tu macam mana?" Yoongi memandang Jimin yang masih tidur.

Aku tersenyum. Nampaknya Yoongi dah mula baik.

"what? Aku mana suka Jimin. "

"ye la tu. Aku rasa kau ada cakap kat whatsapp yang kau suka Jimin. "

"aku bergurau je. "

"ouh gurau? "

"haah"

"habistu kalau nanti kau cakap kat whatsapp yang kau sayang aku tu kira macam gurau la? "

"no Yoongi. Hati aku ni" aku menepuk dada aku "sikit pon tak lupakan kau. Kiranya macam setiap masa ah aku teringatkan kau. "

Yoongi memegang tangan aku yang masih menepuk dada.

"janganla ketuk kuat-kuat. Organ dalaman tu nak guna lama. Nanti kau sakit, aku susah. " dia mengusap tangan aku.

"kenapa kau nak susah pulak." sengaja aku cakap macam tu. Nak main sikit dengan Yoongi gila ni.

"dah la Jieun. Aku penat dah nak lawan perasaan aku ni. Aku penat la tengok kau merayu dekat aku. Aku penat dah tengok kau menangis. Dahla bukan salah kau pun. Aku penat tahan diri aku dari peluk kau. Mian Jieun. Aku banyak buat salah kat kau. " Mata Yoongi berair. Manakala muka aku sudah pun basah dengan air mata.

Yoongi mengambil tisu dibawah mejanya dan mengelap air mata aku.

"dahla, jangan nangis. " pujuk dia.

Dia melihat jam tangannya sebelum memeluk aku dan berbisik "cikgu saya akan sampai dalam 2 minit lagi. Baik awak blah. "

Wait what. Dia cakap apa weh? Dia cakap saya awak ke weh?! WEH?!
ASDFGGJKL

Aku tersenyum dan memeluknya makin erat. Manakala budak-budak kelasnya semua bersiul kepada kami. Kata kami ni sweet lah apa lah. Diaorang ni tak tahu apa yang aku alami ngeh.

"taknak pergi. " rengek aku sebelum kepala aku disekeh lembut oleh Yoongi.

Dia berdiri dan menarik tangan aku sampai la keluar kelas.

"nak saya hantar awak ke? " aku tersenyum lagi. Oh goddddddd. Macam mana dia boleh berubah secara drastik ni?

"no need. Saya datang sendiri so biarla saya balik sendiri. Belajar molek-molek tau! Fighting! " kata aku sebelum berlari sepanjang koridor

Weh bahagia siot! Tak menyesal aku datang tadi.

Actually jumma dah takde idea, so tulis jela apa-apa asal ff ni habis cepat. Sorry kalau bosan or tak best. Ahahahahah

Suka baca novel melayu tak geng? Kalau suka mintak2 la usha cerita baru jumma. First time buat novel melayu ni so mungkin pelik sikit la cerita tu.

Btw tu cerita pasal bad boy ahahahah malu la. Something like badboy with naive girl la haaa gituww. Usha2 la okey! Support me please! Love you!

Comment+vote=#ahjummahappy

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 30, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Calling 🎈 MygWhere stories live. Discover now