"Terima kasih Eunji atas perkenalan kamu, Okey sekarang sila duduk" beritahu teacher Song Rinyhu.
"ehemm.. teacher" Eunji mengehem kerana hairan teacher tidak membahagikannya tempat duduk lagi.
"ouhh maaf teacher lupa hehehe" teacher tersengih seperti kucing senyum.
"haa siapa nak benarkan Eunji duduk di sebelahnya" teacher membuat tawaran kepada semua pelajar.
Lalu semua pelajar lelaki berdiri dari kerusi dan mengajak Eunji berada disebelah mereka dan juga banyak membuat aksi yang menggodai, bergusti, bergaduh dan sebagainya.
"Okey guys senyap! " tegas teacher Song Rinyhu.
Semua pelajar senyap.
"Okey, sekarang biar kita suruh Eunji membuat pilihan. Eunji kamu nak duduk disebelah siapa?" tanya teacher dengan nada yang lembut.
Eunji memerhati reaksi pelajar itu dan Eunji sudah membuat pilihan, dia menunjuk tempat duduk di penjuru sebelah kiri dan yang duduk disebelahnya perempuan yang bernama Son Naeun.
"Okey, Eunji sila duduk di situ" teacher memberinnya duduk.
Semua lelaki yang mengajaknya duduk putus harapan.
Eunji berjalan ke tempat duduknya dan mula belajar subjek bahasa inggeris yang teacher Song Rinyhu ajar.
***********
Waktu rehatEunji membawa bekalnya yang dibawa tadi untuk makan di atas bangunan.
"kenapa bangunan ni tinggi sangat, lain kali buat laaa dua tingkat jaa" rengek Eunji untuk ke atas bangunan yang tujuh tingkat itu.
"yeayy sampai atas pun" Eunji teruja, misinya ke atas sudah selesai.
Ketika itu Eunji hairan ada seorang lelaki berbaring di situ.
Eunji menghampirinya semakin dekat, semakin dekat, lelaki itu sedang nyenyak tidur.
'hensem jugak dia niy' kata hati Eunji
"Jungkook" Eunji melihat di rencananya menulis nama Jungkook.
Tiba-tiba Jungkook terjaga.
(T.B.C)
YOU ARE READING
Bad Boy 나쁜 소년 ✔
FanfictionEunji melihat ramen hanya tinggal satu saja lagi. "inilah peluangku" Eunji mengambil ramen itu secepat mungkin. Tiba-tiba seseorang merampasnya. Eunji merebut kembali. Orang yang merampas itu juga tidak melepaskan peluangnya. Ramen itu terjatuh...