BAB 1

152 3 1
                                    

Alia POV

Aku mengatur langkah menuju ke cafe yang terletak berhampiran pasaraya. Lepas beli barang rasa haus pula. Seusai melabuhkan punggung, aku terus memesan minuman kegemaranku iaitu Green Tea.

Sambil menunggu minuman tiba aku scroll instagram. Tak sampai dua minit dah bosan. Handphone aku campak ke atas meja.

Aku memerhatikan meja sebelah kananku. Ada sepasang couple sedang rancak bersembang. Meja kiri pulak satu family tengah makan.

Sedangkan aku forever alone. Aku mengeluh sambil memikirkan hubunganku dengan Adib yang terputus di tengah jalan. Ingatanku bagai ditarik ke belakang.

Ya, Adib ialah bekas teman lelaki aku. Lelaki yang aku sangka setia, penyayang dan jujur rupanya telah curang dengan salah seorang rakanku sendiri. Aku terlampau kecewa pada waktu itu sehingga aku berasa serik untuk bercinta lagi.

Walaupun kami sudah putus hampir setahun aku masih belum dapat melupakannya. Sangat susah untuk move on memandangkan dia first love aku.

Banyak kali aku jumpa orang kata cinta pertama tak semestinya bersatu. Alangkah bagusnya kalau semua cinta pertama itu berkekalan.

Sedang aku mengelamun minuman yang dipesan telah tiba. Aku menyedut dengan banyak kerana haus. Haihh gelojoh betul. Nak balik cepat punya pasal. Selesai minum aku menuju ke kaunter lalu membayar harga minuman tersebut. Setelah itu aku bergerak menuju ke rumah sewaku.

**********

Sesampainya dirumah, aku meletakkan barang-barang yang dibeli di atas meja makan.

Lisa iaitu housemate ku melangkah turun dari tingkat atas.

"Laa aku baru je chat kau kata nak keluar. Ingatkan kau tak balik lagi", Lisa berkata sambil mencapai mug.

"Aku saja nak balik cepat tadi. Nak rehat-rehat kat rumah. Kau nak pergi mana ni?", Aku bertanya sambil menyusun kotak cereal.

"Aku nak keluar dengan Fareez kejap", Lisa dah tersenyum - senyum.

"Amboi amboi. Senyum bukan main kau", Aku sengaja mengusik Lisa.

Bukannya aku tak tau yang boyfriend Lisa tu macam mana. Sweet sangat. Untunglah dapat boyfriend macam tu. Dah la handsome, baik pulak tu.

"Oklah aku pergi dulu. Jangan lupa kunci pintu tau", Lisa menghabiskan minumannya lalu melangkah keluar dari dapur.

Aku hanya melihat melalui tingkap di mana Fareez membukakan pintu kereta untuk Lisa. Memang gentleman betul. Aku membetulkan kembali langsir dan mengunci pintu sebelum naik ke bilik.

*************

"

Sorry lambat sikit. I pergi isi minyak tadi", aku berkata setelah duduk.

"It's okay. Asalkan you datang", Adib hanya mengukir senyum kecil.

"So kenapa you nak jumpa i?"

"Actually Lia I ada benda penting nak bagitau you ni. I harap you terima"

Aku Yang TersakitiWhere stories live. Discover now