BAB 10

68 2 0
                                    

Alia POV

Aku menutup pintu bilik setelah sampai di rumah. Handbag aku campak atas katil dan aku mengambil tuala lalu masuk ke dalam bilik air.

Di dalam shower aku teringat peristiwa malam tadi di mana pertama kali aku tidur sekatil dengan lelaki.

Dan perasaan yang indah menjelma apabila Aqil merangkulku sepanjang malam. Aku rasa disayangi, aku ingin perhatian sebegitu.

Pagi tadi aku sebelum aku pulang Aqil menghadiahkan satu ciuman di dahi yang membuatkan aku tersenyum sehingga sekarang.

Kalau cerita perasaan berbunga - bunga aku ni sampai bila pun tak habis. Aku menyudahkan mandian dan keluar dari bilik air. 

Aku mengambil iphone ku lalu membuka aplikasi whatsapp. Seperti yang aku jangka berderet - deret message dari Lisa.

Tidak lama kemudian pintu bilikku diketuk. Mesti Lisa tengok keretaku sudah ada di garaj.

Aku bangun lalu membuka pintu. Wajah Lisa yang sedikit berkerut di depan pintu aku pandang.

"Lia kau pergi mana semalam? Aku call tak angkat, whatsapp tak reply. Kau tidur mana sebenarnya?", Soal Lisa bertalu - talu.

"Banyaknya soalan kau. Haha ok lah aku jawab. Aku lepak rumah kawan aku semalam then aku tumpang tidur rumah dia", aku menjawab dengan tenang.

"Kawan kau yang mana?", Lisa bertanya lagi.

"Kawan lama aku masa sekolah dulu. Alah kalau aku bagitau kau bukannya kenal pun", aku sedar bahawa aku telah menipu tetapi aku tak nak Lisa tahu hubunganku dengan Aqil.

"Yeke ni? Kalau rumah kawan takkan lah takde masa nak reply whatsapp aku", Lisa seperti tidak mempercayaiku.

"Aku tak tengok phone semalam. Ralit sangat berborak. Kalau kau tak nak percaya sudah", aku berpura - pura merajuk.

"Yelah yelah, tapi lain kali make sure bagitau aku dulu. Takde lah aku risau sangat", Lisa akhirnya mengalah denganku.

**********

Sejak akhir - akhir ini, hubunganku dengan Aqil bertambah rapat. Boleh dikatakan setiap hari sabtu aku tidur di rumahnya. But please hanya tidur semata mata ok?

Aku dah tak peduli leteran Lisa. Semalam aku bergaduh dengannya kerana perkara ini.

"Lia, aku nak cakap sikit ni", Lisa memulakan perbualan semasa aku sedang menonton televisyen.

"Hmm apadia?"

"Aku nak tahu rumah siapa yang kau tidur tiap - tiap minggu tu"

"Laa kan aku dah cakap tu rumah kawan aku. Kitorang memang rapat, dah la kau jangan risau sangat"

"Oh kawan eh? Lelaki kan?"

"Kalau lelaki pun kenapa? Ada aku kacau hidup kau?"

"Lia tolong lah jangan buat macam ni. Kau tak kesian ke dekat parents kau. Kalau diorang tahu pasal hal ni macam mana? Mesti diorang sedih. Aku cuma tak nak kau menyesal"

"Eh apa masalah kau ni sebenarnya? Aku tak pernah sibuk pun pasal hal kau! Yang kau nak sibuk ceramah kan aku apahal?! Oh kau sorang je eh yang boleh ada boyfriend. Aku tak boleh? Kau sebenarnya sakit hati kan bila aku ada boyfriend. Seteruk teruk aku, at least aku tak sodok boyfriend orang lah!", Suaraku menjulang tinggi.

Lisa tercengang dengan kata - kataku.

"Kau jaga baik - baik sikit mulut kau tu. Jangan nak mengungkit cerita lepas. Fine suka hati lah kau nak buat apa, tapi ingat satu perkara ni. Kalau apa - apa terjadi dekat kau jangan terhegeh - hegeh nak cari aku", Lisa masuk ke dalam biliknya lalu menghempas pintu.

Aku telah berjaya menaikkan kemarahannya. Tetapi kenapa ada sedikit perasaan sesal di hatiku?

**********


Hujung minggu seperti biasa aku akan pergi ke rumah Aqil. Sebelum ke rumahnya aku singgah di sebuah mini market untuk membeli sedikit barang dapur. Aku bercadang untuk memasak makan malam untuk Aqil.

Sedang aku memilih barang, aku terserempak dengan Amir iaitu kawan baik Aqil.

"Hai Amir", aku menyapa.

"Eh hai Lia. Beli barang ke?", Amir tersenyum memandangku.

"Haah beli barang dapur sikit", Aku membalas.

"Lia, lepas ni jom teman saya makan nak?", pelawa Amir.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Sebenarnya aku sudah tidak sabar untuk berjumpa Aqil. Tetapi serba salah pula melihat Amir mengajakku. Lagipun aku tidak pernah keluar dengan Amir. Belum berkesempatan untuk berbual-bual dengannya. Disebabkan perasaan rindu aku pada Aqil melebihi segalanya, aku menolak pelawaan Amir.

Amir hanya tersenyum hambar dan berlalu pergi setelah aku memohon maaf kepadanya. Keluhan kecil aku lepaskan. Aku meneruskan pembelian serta membayarnya lalu segera ke rumah Aqil.

Sesampainya di hadapan pintu, seperti biasa Aqil menyambut aku dengan mesra. Dia memelukku dan aku membalas kembali pelukannya sambil tersenyum lebar. Setelah itu aku menuju ke dapur untuk memasak.

"Lia, malam ni I ada ajak kawan I makan sekali. You tak kisahkan?", Aqil memulakan perbualan semasa aku mencapai pisau untuk memotong bawang.

"Siapa? Lelaki ke perempuan?", aku bertanya dengan nada cemburu.

Aqil hanya tergelak kecil. Dia mencapai pisau di tanganku lalu diletakkan di tepi. Aqil menarik bahuku supaya menghadapnya.

"Kenapa you ni kuat jealous sangat hmm?", nada suaranya lembut sekali sehingga perasaan cemburuku hilang.

Tetapi aku sengaja jual mahal. Masih mengekalkan muka rajukku, aku hanya diam menunggu biacara Aqil.

"Lelaki lah sayang", kata-kata Aqil membuatkan aku terus tersenyum.

"Amboi kemain senyum. Tadi muka macam itik", Aqil terus mengusikku.

"Mengadalah you ni", terus aku lepaskan rangkulan Aqil dan kembali menyambung kerjaku. Manakala Aqil hanya ketawa. Suka lah dia dapat kenakan aku.

Tiba - tiba kedengaran bunyi loceng. Aku dan Aqil serentak berpaling melihat pintu.

"Haa dah sampai pun kawan I. You tunggu kejap eh", Aqil berlalu dan menuju ke ruang tamu.

Aku memasang telinga mendengar perbualan mereka.

"Haa Mir masuklah", kata Aqil.

Mir? Amir? Amir ke?

Alamak mati aku. Beria aku menipunya tadi. Tak dapat teman dia makan sebab nak balik cepat, masak untuk housemate aku yang tak sihat. Now, aku ada kat rumah Aqil. Apa yang dia akan fikirkan tentang aku nanti. Tak semena- mena hatiku berdebar kuat. Aku tidak mahu orang lain tahu hubunganku dengan Aqil. 

Lamunanku tersentak apabila suara Aqil memanggilku. Mesti dia nak aku berjumpa dengan Amir. Aku memandang pintu dapur dan beg tanganku di atas meja makan berdekatan dengan dapur. Patut aku lari keluar dan balik atau berhadapan dengan Amir?

************

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 01, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku Yang TersakitiWhere stories live. Discover now