Alia POV
Aku memandang jam di tangan. Masih ada lagi 2 jam sebelum pulang. Harini aku cuma ada kelas hingga tengahari. Waktu petang aku dihabiskan dengan menanda assignment student ku.
Aku kembali memikirkan tentang minggu lepas. Aku pulang ke kampung untuk berjumpa kedua ibu bapaku.
"Lia, ibu ada perkara sikit nak cakap", ibu berkata semasa kami sekeluarga menonton tv.
Aku memperlahankan volume tv dan berpaling ke arah ibu.
"Ibu nak cakap pasal apa?", aku bertanya.
"Ibu nak tahu Lia dah ada teman lelaki ke?", pertanyaan ibu membuatkan aku berasa agak risau.
Takut - takut ibu dan ayah sudah mencari jodoh untukku dan menyuruh aku berkahwin. Aduh apa aku nak jawab ni?
"Sebenarnya ibu Lia ada kenal dengan seorang lelaki ni. Kami masih berkawan tapi Lia tak nak terlalu berharap", aku sedar aku telah menipu.
"Sebenarnya ibu nak kenalkan Lia dengan anak kawan ibu",
Ah sudah. Jangan cakap ibu nak suruh aku kahwin pulak. Melihat aku yang terdiam, ibu menyambung lagi
"Umur Lia ni dah sesuai nak berumah tangga. Takkan Lia nak tunggu umur 30 tahun baru nak kahwin?", kata ibu.
"Betul cakap ibu kamu tu Lia. Lagipun ayah berkenan dengan Helmi tu. Ayah kenal dia sejak kecil lagi. Berpendidikan tinggi, ada kerjaya bagus memang sesuai dengan Lia", ayah yang sejak tadi diam mencelah.
"Lia, ibu bukan suruh Lia kahwin dengan Helmi tu dalam masa terdekat ni. Ibu nak korang berdua kenal hati budi dulu. Lagipun Helmi tu baik, hormat orang tua", kata ibu lagi.
YOU ARE READING
Aku Yang Tersakiti
Random"Hati I bukan milik you" - Aqil Zafran "I'll always love you" - Alia Qistina "Satu hari nanti, awak pasti akan jadi milik saya" - Ahmad Rafiq p/s : idea 100% dari otak sendiri. sebarang persamaan adalah kebetulan. Ini percubaan kedua saya dan harap...