Alia POV
Aku lekapkan iphone ke telinga dan menunggu.
"Hai Lia. Aqil ni. You busy ke?", suara Aqil menyapa.
"Taklah. Kenapa call I ni?", aku cuba untuk bersikap dingin.
"Hmmm kereta you ok?",
Seriously? Itu yang dia tanya? Bukan nak tanya pasal aku ke apa. Ceh mengaku jelah Lia yang kau tu sukakan dia tapi sengaja jual mahal.
"Err Lia?", dia bersuara.
Aku berdehem sedikit.
"Kereta ok. I dah pergi workshop tadi", kataku.
"Oh okay. Glad to hear that. Tell you what Lia, I nak ajak you dinner weekend ni. Sebagai tanda maaf I. Itupun kalau you sudi. So what would you say?", hatiku melonjak keriangan tapi ada sesuatu perasaan yang menghalang.
Aku berfikir seketika. Nak pergi ke tak nak, nak pergi ke tak nak. Haihh susahnya. Ah lantaklah! Bukan selalu pun kau keluar dengan lelaki Lia.
"Ok", aku cuba menyembunyikan keterujaan suaraku.
"Thanks Lia. So nanti I ambil you kat rumah ok?", entah kenapa aku rasa sangat suka mendengar suara Aqil.
"You still ingat ke rumah I?", sengaja aku mengujinya.
"Of course, dear. See you later. Bye!", dia ketawa kecil sebelum mematikan panggilan.
Aku pulak tersengih-sengih macam orang tak betul. Mungkinkah ini peluangku untuk bercinta lagi?
**********
Hujung minggu seperti yang dijanjikan aku menunggu di ruang tamu pada jam 7.45 malam. Amboi excitednya kau eh Lia. Kalau benda lain takdanya kau nak on time macam ni. Aku ketawa sendirian. Kalau orang lain tengok mesti diorang ingat aku dah gila.
Tidak lama selepas itu, kedengaran enjin kereta di luar rumah. serentak dengan itu, iphoneku berbunyi.
from : Aqil
time : 7.48 p.m.
i dh smpai dpan rmh u
Aku memandang cermin buat kali terakhir dan mengemaskan shawl sebelum mencapai handbag di sofa. Aku keluar dari rumah dan masuk ke dalam keretanya.
"You dah lama tunggu?", Aqil menyapa sebaik aku menutup pintu kereta.
Aku menoleh ke arahnya. Dan aku terpaku. Aqil kelihatan sangat kacak walaupun hanya memakai sweatshirt berwarna kelabu dan jeans hitam. Jantungku berdegup laju dan mataku tak lepas dari merenungnya.
Aku hanya berhenti memandangnya setelah dia berdehem agak kuat.
"Sorry, you tanya apa tadi?", aku menunduk sedikit akibat malu.
Aqil hanya tersenyum lalu menjawab,
"Nevermind. Shall we go now?", aku menggangguk dan kereta terus meluncur laju.
Setelah beberapa minit mendiamkan diri, aku bersuara untuk menghilangkan rasa janggal.
"Kita nak makan dekat mana?", aku cuba mengawal suaraku yang agak bergetar.
"Adalah", Aqil berpaling sedikit kepadaku sambil bibirnya mengukir senyum.
Lebih kurang 15 minit kemudian, kami tiba di sebuah restoran yang agak mewah. Biar betul nak makan kat sini? Mesti mahal tempat macam ni.
"Jom Lia", Aqil keluar dari kereta dan aku ikut sama.
"Err you? Jom makan tempat lainlah"
"La kenapa pulak? Kan kita dah sampai ni. Dah jom masuk", tanganku dicapai dan Aqil hanya selamba berjalan ke arah pintu masuk restoran.
Aku pulak terkejut dengan tindakan Aqil, tapi tidak pula aku meleraikan genggaman tangannya. Kehangatan tangannya membuatkan aku selesa. Jantungku yang tadi dah reda mula berdegup kencang.
Aku hanya mengikut sampailah Aqil berhenti di sebuah meja. Dia melepaskan tanganku dan menarik kerusi untukku duduk. Tidak pernah ada lelaki yang melayanku begini. Malah ketika aku dengan Adib dulu, dia tidak pernah melayanku begini.
"You nak makan apa order je tau. I belanja", kata Aqil lalu dia mengenyitkan matanya membuatkan aku rasa ingin pengsan. Pipiku rasa berbahang dengan tindakan Aqil tadi.
Setelah memesan makanan kami berbual-bual kosong sementara menunggu makanan tiba. Aqil malah ketawa apabila aku berkata aku tidak sukakan bunga ros dan teddybear seperti perempuan lain.
Apabila makanan tiba, kami makan dengan senyap. Tapi sekali sekala aku mencuri pandang wajahnya. Dia nampak sangat comel ketika sedang mengunyah makanan.
Betul lah aku dah jadi gila. Tak boleh berhenti tengok dia makan. Oh my god overnya kau ni Lia. Dulu dengan Adib kau tak macam ni pun.
Sesudah makan, Aqil bertanya adakah aku mahu singgah di mana-mana sebelum pulang. Aku hanya menggeleng.
"Lia, boleh I minta something?", Aqil bertanya.
"Sure. Apa dia?"
"I nak jadi kawan you boleh?" dia bersuara agak perlahan.
"Mestilah boleh", dan aku dapat melihat senyuman manisnya terukir di bibir.
Kami berdua pulang setelah agak lama berbual. Aku tak sangka dia seorang yang sangat peramah.
"So nanti kita pergi makan lagi eh?", Aqil berkata apabila tiba di depan rumahku.
"Ok. Nanti dah sampai rumah text I tau?", aku keluar dari kereta setelah dia menggangguk.
Aku melambai dan Aqil membalas lalu keretanya hilang dari pandanganku.
Aku berjalan masuk ke dalam rumah dengan hati yang berbunga.
**********
Aqil POV
Setelah menghantar Lia pulang, aku memandu ke arah kondo milikku.
Aku tersenyum sinis apabila mengingatkan Lia yang begitu mudah mempercayai orang. Tak sangka begitu cepat dia selesa denganku tanpa mengetahui apa sebenarnya niatku.
Tak susah pun nak meraih kepercayaan perempuan macam tu.
Haihh Lia, Lia. Tunggulah nasib kau nanti.
Kau belum kenal siapa aku yang sebenarnya.
**********
Hai readers. Thanks sudi baca cerita saya yang tak seberapa ini. Keep supporting and saya akan update lagi. 😘😹
YOU ARE READING
Aku Yang Tersakiti
Acak"Hati I bukan milik you" - Aqil Zafran "I'll always love you" - Alia Qistina "Satu hari nanti, awak pasti akan jadi milik saya" - Ahmad Rafiq p/s : idea 100% dari otak sendiri. sebarang persamaan adalah kebetulan. Ini percubaan kedua saya dan harap...