Aqil POV
"Siapa awek tadi tu?", Amir bertanya setelah aku masuk dalam kereta.
"Aku tolong dia tadi. Macam nak pengsan. Tu yang aku hantar dia balik rumah", aku menjawab.
"Hmmm cantik tak?", Amir bertanya lagi.
"Boleh tahan lah"
Amir ketawa kecil lalu menyambung,
"Kau tak nak try ke Qil?"
"Gila kau. Habis Trish aku nak campak mana?", macam-macam Amir ni.
"Aku cakap je. Mana lah tau ada niat nak pasang lagi satu", Amir berkata lalu ketawa.
"Ish dahlah. Bawak la kereta tu diam-diam", aku menyandar sambil membelek iPhone ku.
**********
Alia POV
Sejak kejadian tempoh hari, aku asyik teringatkan Aqil. Aku ingin membalas budinya. Bagi aku ucapan terima kasih tidak memadai kerana zaman sekarang bukan mudah orang nak beri pertolongan.
Tapi macam mana aku nak cari dia? Nombor telefon dia pun aku lupa nak minta. Eh kejap, persoalannya berani ke aku mintak nombor dia?
Arghhh serabut aku!
Bunyi ketukan pintu mengejutkan aku.
"Lia, kau nak makan tak?" Lisa bersuara dari luar bilik.
"Nak! Kejap lagi aku turun", aku membalas.
Aku mencapai usb lalu mengecas iPhone ku. Aku turun ke dapur untuk makan malam.
Bau kari menggamit seleraku. Aku melihat Lisa sedang menyusun pinggan serta gelas. Aku menghampiri meja makan lalu duduk.
"Sedapnya bau. Kau masak apa?", aku bertanya sambil membuka periuk nasi.
"Haa hari ni aku masak special. Kari ayam", Lisa tersengih.
"Wow! Tak sabarnya nak makan!", muka aku dah macam budak-budak dapat gula-gula.
Eh salah. Budak sekarang mana excited kalau dapat gula-gula. Muka aku macam budak-budak dapat iPad. Haaa tu baru betul.
"Aku tau kau suka kari ayam. Sebab tu la aku masakkan untuk kau", Lisa mencapai senduk nasi lalu menghulurkan kepadaku.
"Thanks babe. Sorrylah aku jarang masak untuk kau. Asyik kau je masak untuk aku", aku menayang muka sedih.
"Takda hal lah. Kau kan dah selalu beli barang dapur. Lagipun aku memang suka masak. Dah makan makan", Lisa memulakan suapan pertamanya.
Kami berdua makan dengan senyap. Selesai makan aku membasuh pinggan mangkuk sementara Lisa menonton televisyen.
Aku menyertai Lisa menonton televisyen selepas selesai mencuci pinggan.
"Lia, haritu aku nampak lelaki keluar dari kereta kau masa kau balik kerja. Aku lupa nak tanya. Siapa dia tu?", Lisa memulakan perbualan.
"Oh haritu aku tak sihat. Dia yang tolong hantar aku balik", kataku.
"Eh tapi aku tengok kau ok je hari tu?" Kening Lisa sedikit berkerut.
"Aku nampak ada orang kena tikam. Terus la mabuk aku datang. Pening loya semua ada. Nasib baik aku tak tumbang kat situ. Mamat tu lah yang tolong aku"
"Ooo macam tu. Handsome tak mamat tu?", Lisa dah mula tersengih-sengih.
"Gediklah kau ni. Aku report kat Fareez baru tau", kataku dengan muka garang yang dibuat-buat.
"Hahaha jangan lah", kata Lisa lalu dia ketawa lagi.
Aku juga turut sama ketawa. Kami berdua sambung menonton tv sambil berbual hingga lewat malam.
YOU ARE READING
Aku Yang Tersakiti
Random"Hati I bukan milik you" - Aqil Zafran "I'll always love you" - Alia Qistina "Satu hari nanti, awak pasti akan jadi milik saya" - Ahmad Rafiq p/s : idea 100% dari otak sendiri. sebarang persamaan adalah kebetulan. Ini percubaan kedua saya dan harap...