BAB 9

48 2 0
                                    

Aqil POV

Sesudah makan aku mengajak Lia menonton tv. Kami berbual - bual kosong. Pada mulanya aku duduk agak jauh dengan Lia. Tetapi lama kelamaan aku semakin merapat.

Aku perasan bahawa riak wajahnya berubah setiap kali aku merapatkan badanku dengannya.

Dan akhirnya aku betul-betul rapat dengan Lia dan aku merangkul bahunya. Serta merta Lia menoleh ke arahku.

"Err you? Kenapa letak tangan kat bahu i ni?", Lia bersuara gugup.

"Saja je. Why? You tak suka ke I buat macam ni?", sengaja aku acah - acah nak merajuk.

"Tak lah. I cuma tak biasa", Lia kembali memandang ke hadapan.

Eleh aku dah agak, perempuan macam kau ni mesti takkan tolak punya. Ok Aqil time for plan B.

Aku berdehem sedikit sebelum bertanya.

"Lia, you dah nak balik ke?", aku bertanya sambil tanganku mengusap bahunya.

"Hah? Haa i memang nak balik dah ni", dia sedikit kelam kabut sambil bangun dari sofa dan ingin mencapai handbag.

"Eh kejap. I tanya je, bukan suruh you balik sekarang", aku menahan lengannya.

"Tapikan dah pukul berapa ni. Nanti Lisa risau pulak", Lia berkata.

"You tak payah balik lah, tidur sini je", kataku selamba.

Lia membesarkan matanya.

"You gila ke?! Takkan la i nak tidur sini!"

Alia POV

Permintaannya membuatkan aku terkejut besar.

"You gila ke?! Takkan la i nak tidur sini!", perasaanku bercampur baur.

"Relax lah. You ni gelabah sangat, dalam rumah ni bukannya ada sesiapa pun, i sorang je. I cuma mintak you teman i tidur. Semata mata tidur. Ke you fikir benda lain ni? Nakal jugak kan you ni", Aqil tersenyum dan riak wajahnya jelas gembira selepas berjaya mengusikku.

"I tak cakap macam tu pun lah. Dah la i nak balik", aku terus buka langkah ke pintu.

"Betul ni you tak nak tidur sini? Jarang tau i nak offer macam ni. Lagipun kan sekarang dah lewat ni. You nak drive balik jugak ke?", nampaknya dia masih tak berputus asa.

Sebenarnya aku mengaku aku ingin meluangkan masa dengan Aqil sebanyak mungkin. Kerana aku sudah jatuh suka dan sayang padanya.

Lagipun aku tak pernah dapat peluang begini. Hatiku berbelah bahagi.

Cuba fikir Lia, mungkin malam ni lah masa yang sesuai untuk kau luahkan segalanya. Kau kena pastikan dia tahu perasaan kau.

Dan untuk itu kau kena luangkan masa dengan dia malam ni. Kau kena percaya yang dia tak akan apa - apakan kau.

Dan pelbagai lagi kata hati yang memujuk aku untuk tidur di rumah Aqil pada malam ini.

Akhirnya aku bersetuju dan Aqil menarik tanganku masuk ke dalam biliknya.

**********

Aku melihat bilik bujang Aqil yang boleh tahan besarnya. Aku duduk di katilnya sementara Aqil mencari sesuatu di wardrobe.

"Nah ni untuk you. Takkan nak pakai jeans tu tidur nanti", Aqil berkata sambil tangannya menghulurkan sehelai t shirt dan seluar tidur corak kotak kotak.

Aku menyambut dan meletakkan pakaian tersebut di atas ribaku.

"You tukar la baju dulu. Bilik air kat sana. I nak turun sekejap", Aqil berkata lantas berlalu.

Aku masuk ke dalam bilik airnya dan membuka shawl. Aku memandang cermin yang besar itu.

'Betul ke apa yang aku cuba buat ni? Tak menyesal ke?'

'Alah Lia, bukan selalu pun kau buat macam ni'

'Tapi Lia berdosa lah. Kau nak tayang aurat kau kat dia, lepas tu berdua duaan pulak dalam rumah ni. Tak fikir ke kesannya nanti'

Arghhh pergi matilah.

Don't get me wrong. Aku bukanlah perempuan baik seperti yang disangkakan. Orang selalu menilai luaran, tetapi mereka tidak tahu siapa sebenarnya aku. Hanya aku yang kenal diri aku sendiri dan hanya aku faham apa yang aku mahukan.

Aku terus menyalin pakaian dan keluar dari bilik air tersebut.

Aku Yang TersakitiWhere stories live. Discover now