"DONGHYUCK!!" jerit Gyumi sambil menekup mulut Donghyuck apabila Donghyuck cuba membuka mulut untuk membocorkan rahsia Gyumi.
"Asdfghjkl!" Apa yang dikatakan Donghyuck memang tidak kedengaran jelas akibat tangan Gyumi menekup mulut Donghyuck kuat.
"Kau janji tak bocorkan rahsia aku?" Donghyuck angguk kepalanya cepat dan Gyumi lepaskan Donghyuck.
"Aahh! Nasib baik tak mati aku" kata Donghyuck sambil tercungap cungap mengambil nafas.
"Takpalah, mati kau, rahsia aku tak terbongkar" Donghyuck senyum sinis lalu berlari keluar kelas dan Gyumi apa lagi, dia mengejar Donghyuck.
Sampai saja dihadapan kelas senior mereka, Donghyuck berhenti sekejap untuk bagi smirk kepada Gyumi yang masih tidak sampai.
Donghyuck masuk ke kelas itu dan mencari hyung-nya iaitu Mark Lee.
"Hyung!" Panggilnya dan melangkah ke meja Mark, memandangkan sekarang waktu pulang. Jadi tiada siapa melainkan pelajar yang selalu pulang lewat kononnya nak belajar.
Setelah itu, Gyumi sampai di kelas itu juga dan berhenti di hadapan kelas untuk mengambil nafas.
Dia menjeling Donghyuck dengan pandangan helang. Donghyuck tersenyum kambing.
"Hyung kalau hyung nak tahu, Gyumi sukakan hyung!" Ujar Donghyuck tidak sempat untuk Gyumi menghalangnya.
Gyumi berhenti berjalan dihadapan meja Mark, Donghyuck dah tersenyum jahat kerana dia sudah membongkarkan rahsia Gyumi.
"Betul Gyumi?" Soal Mark pada Gyumi, Gyumi hanya diam tak terkata. Sesungguhnya dia masih lagi tidak percaya rahsianya dalam masa 2minit diberitahu kepada kawan baiknya sudah terbongkar dan si pembongkar itu ialah orang yang dia percayai dan kawan baiknya sendiri.
Gyumi terpaksa angguk untuk mengatakan ianya benar, tetapi apa yang dia katakan pada Donghyuck itu semuanya hanyalah dusta.
Tetapi si Donghyuck pula devil, dia nak kenakan si Gyumi sebab Gyumi juga tahu rahsianya yang dia sukakan Koeun iaitu merupakan senior mereka juga dan merangkap kawan mereka.
Kebetulan pada masa itu Koeun baru balik dari tandas jadi inilah masanya untuk Gyumi bersinar.
"Koeun unnie! Donghyuck sukakan unnie!" Koeun berpaling pada mereka yang dah macam cat dog bergadoh.Kali ini Donghyuck menarik rambut Gyumi dan Gyumi menarik rambut Donghyuck sekuat hati. Mark dan Koeun berusaha untuk meleraikan pergadohan mereka.
Setelah selesai leraikan mereka, Gyumi bersama Koeun dan Donghyuck bersama Mark.
"Unnie! Tengoklah Donghyuck tu dia tarik rambut Gyumi, huaaa sakitttt!" Adunya pada Koeun, dan Koeun hanya boleh tolong betulkan rambut Gyumi sahaja.
"Hyung! Aku tak puas hati lagi dengan dia ni! Lepaskan aku hyung!" Donghyuck masih lagi cuma untuk pergi menyerang Gyumi tapi tidak boleh kerana Mark menahannya.
~~~~~
Setelah selesai sesi pergadohan,
"Jadi Mark, baguslah. Gyumi juga suka kau, jadi cinta kau terbalaslah" kata Koeun sambil berpeluk tubuh.
"Ha'a kan, Donghyuck pon suka kau. Nampaknya cinta kau jugak terbalaslah ye?" Balas Mark pula pada Koeun, dua dua smirk.
Gyumi dan Donghyuck saling memandang antara mereka, tak sangka yang senior mereka sukakan mereka?
"Jadi hyung? Hyung suka Gyumi?"
"Unnie, suka Donghyuck?"
Mark dan Koeun mengangguk perlahan. Maknanya ya, mereka sukakan junior junior mereka juga.
Donghyuck dan Gyumi memberi reaksi yang sama dan dua dua mereka masam mencuka.
Apa yang berlaku sebenarnya antara mereka?
"Macam mana ni, aku ingat aku main main je sebab nak tengok Donghyuck jeles tapi apa aku dapat? Dia tak perduli pun? Dia memang tak sayangkan aku. Kyah Donghyuck-ah aku cintakan kau" monolog Gyumi sambil bermain dengan jarinya.
"Aku suka Koeun noona sebab dia cantik dan dia baik dengan aku. Dan aku tiada perasaan sayang pun kat dia seperti aku sayang Gyumi. Aku bagitahu hyung yang Gyumi sukakan hyung sebab aku ingat nak kenakan dia. Apa dah jadi sekarang ni? Hati aku sakit sekarang ni sebab aku tahu hyung pun sukakan orang yang aku suka" monolog Donghyuck sambil merenung keluar tingkap kelas.
"Kenapa aku bagitahu Mark yang aku suka Donghyuck? Kenapa aku sebut nama Donghyuck dan bukan namja lain? Aku suka kau lah Mark! Aku sebut nama dia sebab nak suruh kau jeles! Kenapa kau ni lembat sangat! Kenapa tak perasan yang aku sukakan kau!" Monolog Koeun sambil merenung Mark.
"Kyah pabo yaa! Aku sukakan kau! Bukan Gyumi! Kenapa happy sangat kau sekarang ni hah?!" monolog Mark sambil berpeluk tubuh dan merenung Koeun.
"Jadi kita bolehlah buat hal pasangan masing-masing kan? Dah jom kita balik" kata Mark lalu menarik tangan Gyumi keluar kelas.
Koeun dan Donghyuck hanya menghantar pandangan mereka keluar.
"Umm Donghyuck"
"Hmm"
"Kamu betul ke sukakan noona?" Donghyuck merenung Koeun apabila dia ditanya soalan sebegitu. Mata mereka bertentangan.
"Noona betul ke sukakan saya? Dari mata saya, saya yakin noona tak pernah sukakan saya" balas Donghyuck membuat Koeun terkasima.
"Noona mintak maaf Hyuck, noona gunakan nama Donghyuck untuk buat Mark jeles tapi tidak. Dia sukakan orang lain"
"Jadi noona tak sukakan saya, tak cintakan saya, tak sayangkan saya?"
"Ye Donghyuck, noona mintak maaf"
"Gwenchana noona, Donghyuck pun tak ada perasaan sebegitu kat noona, disebabkan kena truth dengan Gyumi saya terpaksa cari idea untuk bagitau apa apa rahsia"
"Kamu main truth or dare tapi kamu pilih truth?" Soal Koeun membuatkan Donghyuck angguk.
"Pengecutlah kamu ni" balas Koeun sambil tergelak. Donghyuck juga tersenyum.
"Jadi, kita nak wujudkan ke tidak hubungan ni?"
"Apa kata kita jadi fake couple depan mereka?"
"Bagus idea noona!"
Lalu, mereka ber'high-5 dan pulang bersama untuk membincangkan stategi untuk melakonkan hubungan palsu itu.
~~~~~
Mark masih lagi tidak melepaskan tangan Gyumi. Gyumi cuma diam, dia tidak tahu nak bertindak macam mana.
"Gyumi"
"Nae?"
"Can we go on date?" Gyumi menoleh kearah Mark dan tersenyum hambar.
"Date?" Keningnya bertaut, dia tidak percaya apa yang didengarinya.
"Yup"
"Yes, sure maybe"
"Okay, do you have time on this weekend?"
"Yaa i think yes"
"So we will make our first date on this weekend, arraseo?" Soal Mark sambil menggosok kepala Gyumi. Habis musnah rambutnya kerana telah diserabutkan oleh Mark.
YOU ARE READING
[C] we can't be bestfriend anymore ↪ haechan
Short Story"aku dah taknak kita jadi kawan" "apa? kau taknak jadi kawan dengan aku sebab aku sukakan kau?" published: 171224