"Hey Hina, Herin! apa kau buat tu?" tegur Gyumi pada kawan kawannya kerana dia melihat kawan kawannya itu berkelakuan pelik, emm dah lama dah mereka pelik sebenarnya.
Hina dan Herin berpaling serentak lalu mengurut dadanya kerana terkejut.
"Kyahh apa masalah kau ni!?"
"Tah! terkejut aku, kalau aku ada sakit jantung, tak ke menyusah kau kena angkat aku pergi hospital" bebel si Herin panjang.
Gyumi tersengih "alah, kan Jeno ada. Apa masalahnya" usik Gyumi, sebenarnya Gyumi sudah tahu apa yang Hina dan Herin sedang buat tadi, mereka berdua sedang mengusya crush mereka iaitu Jaemin dan Jeno.
Balasan Gyumi membuatkan muka Herin memerah tomato.
"Kan~ kalau macam tu aku pun nak pengsan, mana tahu Jaemin datang tolong buatkan CPR" kata Hina sambil bermain dengan hujung rambutnya lalu menekup mulutnya kerana terlepas cakap.
Aduhai, memang hanyut betul laa kau berdua ni.
"Oh~" hanya itu yang dikeluarkan pada mulut Gyumi, sengaja dia mengukirkan senyuman sinis untuk menakut-nakutkan Hina dan Herin.
"Jadi..."
"Yelah yelah! Kitorang akan belanja kau!" Potong Hina cepat.
"Apa pulak kitorang, kau lah!" Balas Herin kerana tidak berpaus hati.
"Aku pun tahu kau suka Jeno" kata Gyumi dengan megah sehinggakan dia tak perasan yang ada sekumpulan lelaki mendekatinya.
"Siapa yang suka aku?" Soal Jeno membuatkan mereka bertiga berpaling ke belakang.
"Jeno!" Jerit Gyumi dan Hina, manakala Herin dah membisu kerana malu.
"Tak sebenarnya.. " Gyumi cuba bagi keterangan tapi "Hai Hina" tegur Jaemin. Hina apa lagi tersipu malu lah dia.
"Eyh Gyumi petang ni teman aku keluar jom" ini pula Donghyuck. Gyumi dah blur sekarang ni, tak tahu apa yang nak diberitahu kepada Jeno ditambah pula soalan Donghyuck ini.
"Ha'a, jom Hina kita keluar sekali. Eyh Jeno, ajaklah si Herin tu sekali" kata Jaemin sambil menyiku lengan Jeno.
"Nanti dulu, sekarang ni siapa yang suka aku tadi?" Jeno masih berkeras nak tahu walaupun banyak halangan.
"Herin, dia suka kau" balas Hina tanpa dia sedari.
Jeno dah tersengih, nampaknya cintanya bukan bertepuk sebelah tangan. Herin pula dah merah menyala mukanya akibat terlampau malu.Donghyuck, Jaemin dan Gyumi sudah bertepuk tangan kerana mereka semua tahu yang Jeno sukakan Herin. Jadi, inilah masanya.
"Tunggu apa lagi, konfes laa Jeno!" Jaemin menyiku lengan Jeno lagi. Hina mengetuk kepala Jaemin "tak payahlah usik dia"
Dengan kelakuan Hina itu membuatkan semua rasa pelik "kau dengan Jaemin? Dah official ke?" Soal Gyumi hairan.
"Nae" balas mereka berdua serentak.
"Heyy kau tak bagitahu kitorang pun" jerit Gyumi lalu memukul lengan Hina. Jaemin pula ditumbuk perlahan bahunya oleh Donghyuck.
"Aduh sakitlah, kau duk sibuk hal orang ni. Kau berdua bila nak official? Jeno ng Herin nampaknya dah" balas Jaemin pedas membuatkan Gyumi dan Donghyuck tersentap.
"Aku dengan dia kawan je okay, kitorang bestchingu" balas Donghyuck dan menumbuk perlahan bahu Jaemin.
"Pahal pulak kaitkan aku dalam hal ni?" Gumam Gyumi perlahan sambil menjeling tajam Jaemin.
"Yelah, kalau macam tu. Petang ni triple date?"
"Tak! Aku dengan Gyumi bukan date!"
"Yelah yelah! Double date"
"Yeahhh!"
~~~~~~
Seperti yang dijanjikan, mereka keluar berenam tetapi mereka semua berpecah kepada tiga pasangan.
Jeno x Herin
Jaemin x Hina
Donghyuck x Gyumi
"Jom teman aku pergi karoke" Donghyuck menarik Gyumi masuk ke tempat karoke.
"Wat da heck hyuck? Kau ajak aku keluar semata mata untuk ni je?" Soal Gyumi tak puas hati.
"Yelah, kau nak pergi mana? Tengok wayang macam diorang jugak?"
Gyumi berpeluk tubuh sebelum menjawab "lagi baik dari duduk sini dengar suara sumbang kau"
"Kau lah yang suara sumbang! Aku punya suara merdu tau, sekali kau dengar akan jatuh cinta tau"
"Masalah sekarang, banyak kali dah aku dengar suara kau tapi aku tak-"
Donghyuck menguatkan volume music itu membuatkan sukar untuk mendengar apa yang diberitahu Gyumi. Dia abaikan Gyumi hinggalah dia habis menyanyi.
Gyumi memutarkan bola matanya berkali kali akibat kebosanan melanda. Tetapi ada betul kata Donghyuck siapa yang dengar suaranya akan jatuh cinta padanya. Ya, sememangnya dia sudah jatuh cinta pada Donghyuck tambah pula apabila dengar suaranya menyanyi, makin bertambah perasaan cinta dia terhadap Donghyuck. Tapi Gyumi tidak boleh menunjukkan dia sukakan Donghyuck kerana dia tahu Donghyuck tidak akan sukakannya kembali.
"Heyy Gyumi kau taknak nyanyi ke?" Soalnya setelah puas berada dalam dunia sendiri.
"Taknaklah aku, jomlah keluar!" Kata Gyumi dan terus keluar dari situ.
"Hey nantilah, kau nak pergi mana laju laju?" Donghyuck menarik tangan Gyumi membuatkan Gyumi berhenti.
Gyumi berpaling mengadap Donghyuck, Donghyuck dah mula hairan kerana mata Gyumi sedang menyeka cecair putih. Dia menangis ke?
"Gyumi kau? menangis ke?" Gyumi menggeleng kepalanya laju dan mengesat kasar air matanya dengan lengan baju "mata aku masuk habuk time aku keluar tadi" tipu Gyumi, padahal dia menangis akibat dengar suara Donghyuck menyanyi tadi.
"Oh sini aku tengok" Donghyuck menarik kepala Gyumi supaya dekat dengannya, mujurlah Gyumi ni pendek dari Donghyuck, senang untuk Donghyuck memandang matanya dengan mendongokkan kepala Gyumi memandangnya.
Gyumi menepis tangan Donghyuck setelah sedar yang mereka sedang bertentangan mata "Takpayah, dah okay dah mata aku ni"
"Hm okay.." balas Donghyuck sambil mengusap lehernya.
Mereka berjalan dalam kawasan bandar itu, sambil menunggu JeRin dan JaeNa selesai date mereka berdua masuk ke kedai yang menjual 'couple things'.
"Hey Gyumi kau nak buat apa kat sini?"
"Aku? buat apa kat sini? Oh aku nak beli sayur nak masak malam ni" jawapan Gyumi membuatkan Donghyuck menjelingnya tajam. Tulah, boleh pula tanya nak buat apa kat tempat tempat macam ni, mestilah dia nak beli atau tengok barang-barang yang ada dalam kedai tu.
Sambil-sambil Gyumi sedang membelek barangan yang ada dalam kedai itu, Donghyuck juga tidak lepas peluang untuk mencuci mata dengan barang-barang yang ada disitu kerana semua barang yang dipamerkan disitu sungguh cantik dan pasti pasangan bercinta yang masuk disitu akan keluar dengan habis duit XD.
"Hey Gyumi, cuba tengok ni" Donghyuck mengakat dua helai baju couple untuk ditunjukkan pada Gyumi.
Gyumi pandang baju yang dipegang Donghyuck "Kau nak pakai dua dua ke?"
"Eh apa pulak aku pakai dua dua ni, kau amik yang ini dan aku ini" Dia menunjuk yang saiz perempuan itu untuk Gyumi dan lelaki untuknya.
"Euww buat apa pakai baju tu dengan kau, geli lah aku" Gyumi memutarkan bola matanya sebelum mengalihkan pandangan ke tempat lain.
"Elehh, siapa je nak kau pakai" Balas Donghyuck lalu meletakkan kembali baju itu ke tempatnya.
"Donghyuck kenapa kau buat aku macam ni, kau tahu tak! Nasib baik aku cepat cover, aku nak sangat jawab ya Donghyuck! KENAPA KAU MAINKAN PERASAAN AKU DONGHYUCK?! KENAPA?!" jerit hati Gyumi sambil berjalan melihat barangan yang lain. Sejujurnya dia tidak dapat fokus semasa melihat semua barangan itu.
"Aduh kenapalah aku bodoh sangat terlepas cakap macam tu kat dia. Haishhh!" monolog Donghyuck sambil menampar pipinya berkali kali akibat menyesal.
YOU ARE READING
[C] we can't be bestfriend anymore ↪ haechan
Short Story"aku dah taknak kita jadi kawan" "apa? kau taknak jadi kawan dengan aku sebab aku sukakan kau?" published: 171224