[Gyumi's POV]
Selepas makan malam, kami dibenarkan buat hal masing-masing. Disebabkan harini ialah hari pertama perkhemahan, aktiviti akan bermula pada hari esok.
"Kamu semua dibenarkan berada diluar khemah sebelum pukul sebelas malam dan selepas pukul sebelas, kamu semua tak dibenarkan merayap merata rata" arahan cikgu Lee, jadi aku apa lagi, gunakan peluang ini sebaik mungkin laa.
Aku tinggalkan Hina ng Herin dikhemah sebab diorang nak tidur awal, aku ng diorang duk satu khemah dan aku jenis tak suka tidur awal, biasa laa burung hantu.
Aku berjalan mengelilingi tapak perkhemahan itu dan tiba tiba aku berhenti depan khemah Donghyuck.
Aku intai khemahnya, asal senyap? Dah tidur agaknya.
Lama aku merenung khemah tersebut, ada seseorang menyentuh bahu aku jadi aku menoleh arahnya laju.
"OH DONGHYUCK HENSEMM!!" latahku, oh no! Jaemin.
"Apa? Dong apa hensem?" soalnya.
"Aishh, terkejut aku lah! Ai Dong no yu hensemm lahh! Aduhhh" balasku sambil memegang dada aku, siyes kaget aku dibuatnya.
"Ahh? Don't know aku hensem? Ha'a aku hensem. Sekarang kau tahu" balasnya bangga, aku luku jugak kau nanti.
Tiba tiba bunyi zip khemah terbuka, kami berdua tengok kearah bunyi itu.
"Apa kau hensem hensem? Eww geli aku" kata Jeno sambil rolling eyes.
"Apasal aku dengar ada orang sebut nama aku je tadi?" soal Donghyuck membuatkan Jeno ng Jaemin memandang aku.
Aku menekan perit liurku "Oh tadi, aku memang panggil kau. Saja nak check betul ke ni khemah kau. Malam ni aku nak masukkan labah-labah dalam ni"
"Labah-labah?" jerit Jaemin.
Aku jeling dia pelik "kau kenapa?"
"Jangan weyh aku takut labah-labah!"
Aku tergelak, comel lah Jaemin ni. Eh eh maaf, nanti tak pasal pasal Hina cekik aku "heyy aku gurau jelah".
"Aku memang tahu kau, kau tak berani buat semua tu kat aku. Dah jom!" Donghyuck tarik aku masuk khemah dia, eh bukan dia je, Jeno ng Jaemin pun.
Ahh tengah main daun terup rupa-rupanya, tapi asal senyap je kalau main benda ni? Bisu agaknya mereka tadi.
"Jom sambung" ajak Jeno pada Jaemin dan Donghyuck, aku tenung Jeno sebab dia buat aku macam takda kat situ.
"Lepas tu aku kat sini nak buat apa? Aku pun nak main!" Jeno tergelak tengok aku mencebik, Donghyuck dah jeling Jeno. Aku tak tahu kenapa, jadi jangan tanya aku.
~~~~~~
"Yeayyy aku menang! Hahahaaa" sorak aku, mereka semua jeling aku.
"Elehh, naseb je" jawab Jaemin sambil berpeluk tubuh. Tahu laa tak puas hati, werkkk!
"Nasib kau kata? aku menang empat kali berturut-turut kau kata nasib? Kau semua yang tak pandai main sebenarnya! HA HA HA" Aku gelak besar, kemudian Jeno bersuara "eh, dah pukul sebelas, dua puluh lima minit laa"
Aku mula panik "Eh! aku kena balik khemah" aku bergegas bangun tapi Donghyuck tahan aku.
"Diam, nanti diorang tahu kau ada dalam ni" aku pandang wajah Donghyuck, fuyooo dekat.
"Tapi tapi.." dia diamkan aku dengan tekup mulut aku, kita ber'eyes contact lama. Setelah sedar aku gigit tangannya "Ouchhh!"
Aku cuba nak buka zip khemah tapi "cikgu nampaknya kawasan ni semuanya dah tidur" suara ini datang dari luar khemah. Aku tak jadi nak bukak. Aku pandang Jeno ng Jaemin yang sedang menyimpan daun terup tadi dan ambil beg masing masing untuk dijadikan bantal untuk tidur.
Aku pandang Donghyuck pula, dia pun tenung aku.
"Hyuck..." panggil aku perlahan. Dia angkat keningnya sebagai respon.
"Macam mana ni, kalau cikgu tahu aku dalam ni. Mati aku"
"Kau tidur sini laa"
"Sini?" soal aku sambil tunjuk khemah ni.
"Kalau kau taknak tidur tepi Jaemin or Jeno, tidur tepi aku ni" dia tunjuk ruang kosong yang ada tepi dia. Memandangkan dia tidur hujung sekali, dia tinggalkan ruang untuk aku baring sebelahnya.
Aku masih tak bergerak, aku duduk je depan pintu khemah. Donghyuck dah baring dan pejamkan mata.
Macam mana ni? Huaaaa.
Aku menongkat kepalaku dengan tangan untuk tidur tapi, tak boleh.
Akhirnya, Donghyuck bangun dan baringkan aku sebelah dia, kalau dia tak buat macam ni memang aku takkan tidur.
Nak balik khemah dah tak boleh, nanti cikgu yang berjaga kawasan ni akan tangkap aku keluar dari khemah lelaki pulak.
Dia peluk aku, aku balas pelukan dia bukan sebab aku nak, tapi automatik benda ni terjadi. Mungkin sebab aku sejuk sebab mereka LELAKI, tak tidur guna selimut!
'Donghyuck, boleh tak kalau ini bukan jadi pelukan terakhir kita?'
Aku sembamkan muka ke lehernya, bibir aku ada juga tersentuh dengan lehernya tapi dia biarkan. Sama ada dia dah tidur ataupun buat tak tahu je? Aku tak kisah, asalkan aku dapat gunakan peluang ni sebaik mungkin.
Setelah aku terlelap sekejap, kaki Donghyuck memeluk kakiku membuatkan aku tersedar. Aku tak tahu nak buat apa jadi aku diam je. Dia tak tahu aku sedar "Gyumi ah, saranghaeyo" bisiknya.
Jantung aku tiba-tiba berdegup dua kali lebih laju 'Donghyuck? Suka aku?' macam mimpi, tapi aku tak mimpi dan tak salah dengar rasanya.
Aku berfikir sebelum nak tolak dia dari terus peluk aku atau balas 'Nado saranghaeyo Donghyuck'?
"Donghyuck?" panggil aku perlahan membuatkan dia lepaskan kakinya cepat dari memeluk kaki aku.
"Eh kau?" kali ini dia lepaskan tangannya yang memeluk tubuhku.
"Kau ada cakap sesuatu ke tadi?" soalku membuatkan dia menggeleng. Mungkin mimpi aku ja tadi.
"Donghyuck..." "hm?"
Aku nak bagitahu yang aku suka dia tapi, nanti aku malu pulak sebab dia tak sukakan aku pun. Tapi, kalau tak cuba, mana tahu kan?
"Donghyuck aku mimpi kau konfes kat aku, kalau laa tu betul-" Dia potong percakapan aku.
"Hahaaa, mimpi tu mainan tidur jelah. Dahlaa, sambung tidur" Donghyuck melelapkan matanya semula, kali ini aku baring tidak mengadapnya. Sumpah aku nak menangis.
Dan kali ini aku memang tak boleh tidur, aku sejuk.
Tiba tiba ada tangan memeluk pingganku dari belakang, aku pegang tangannya, aku tahu itu Donghyuck.
"Tu bukan mimpi, aku betul betul suka kau" dia berbisik ditelinga aku. Aku bagaikan nak menangis sepuas hati. Tapi, kena lah control macho. Eh?
Air mata aku mengalir perlahan, dah lama dia nak jatuh tu, akhirnya berjaya juga. Aku genggam tangannya kuat "Aku pun suka kau Donghyuck" jawab aku dalam hati, selepas itu aku dapat lelapkan mata aku.
-skip time-
Selepas tiga hari pulang dari perkhemahan, Donghyuck macam dah taknak jumpa dengan aku. Dia selalu mengelak dari aku. Kami hanya boleh berjumpa dalam kelas je. Tu pun dia tak layan pun aku.
"Hey Hyuck!" Aku pegang bahu dia.
"Apa kau nak?" Wuish, garang.
Dia tak tengok aku, tapi dia fokus je kat henfon ditangannya. Dia ni, buat aku keliru dengan dia lah. Kata suka aku? Pasal tak layan aku?
Memandangkan cikgu takda, peluang aku ni nak balas confession dia malam tu.
"Hyuck aku-"
"Cikgu datangggggggg!!~"
Aduh kacau line betul laa cikgu nii -,-
YOU ARE READING
[C] we can't be bestfriend anymore ↪ haechan
Short Story"aku dah taknak kita jadi kawan" "apa? kau taknak jadi kawan dengan aku sebab aku sukakan kau?" published: 171224